Siasah Syariyyah Berkembang di sebalik Kekangan

Siasah syariyyah bermaksud hukum hakam dan peraturan yang melaluinya sistem pemerintahan atau pentadbiran negara dapat disusun agar ia sesuai dengan roh syariah. Di samping itu ia diletakkan di atas asas syariah yang komprehensif bagi memastikan tujuan (maqasid) syariah tercapai, sekalipun tiada dalil dari nas-nas yang jelas (dari al-Quran dan sunah). Berdasarkan surah al-Hadid (57) ayat…

Diat Pelihara Hak Waris Mangsa Bunuh

TAHUN 2003 menyaksikan banyak jenayah yang membabitkan nyawa manusia. Pembunuhan yang dilakukan, sekali pun tidak disengajakan seperti kemalangan maut disebabkan kecuaian adalah kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit atau kebendaan. Kemalangan maut meragut 14 nyawa selepas bercuti Aidilfitri tahun lalu menyebabkan berbelas keluarga kehilangan orang tersayang dan aset kepada keluarga. Seorang suami atau…

Wasatiah dalam Pembangunan Islam

Umat Islam dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai umat wassatan. Umat wassatan bermakna umat yang pilihan lagi adil, dan juga bermakna umat yang pertengahan, iaitu pertengahan segala pembawaannya, tidak melampaui dan tidak keterlaluan di dalam menganut kepercayaannya, demikian juga akhlak dan amalannya; segala-galanya berkeadaan di tengah-tengah, dan diusahakan meliputi soal-soal dunia dan akhirat. Manusia ialah makhluk…

Bendung Naluri Jenayah Individu

Secara fizikalnya, setiap individu mempunyai kecenderungan atau naluri biologikal. Naluri biologikal adalah satu bentuk keinginan semula jadi yang datang sejak lahir sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah kepada seluruh insan tanpa ada pengecualian. Namun setiap individu adalah berbeza dari segi tahap dan peringkat kecenderungan naluri bergantung kepada satu-satu masa dan keadaan persekitaran. Ada individu mempunyai naluri…

Keluarga Kuat Dapat Tangani Gejala Sosial

Usaha-usaha ke arah memperkasakan institusi keluarga merupakan agenda utama dalam pembangunan negara kerana kerajaan menyedari bahawa institusi ini sedang menghadapi keretakan yang serius. Kerajaan mengambil inisiatif mengatasi masalah ini melalui dasar-dasar dan program-program pembangunan insan seperti kempen Rumahku, Syurgaku, Utamakan Keluarga-Semakin Hari Semakin Sayang dan Smart Start Campaign. Kempen-kempen sebegini diharapkan dapat menyalurkan maklumat yang…

Menghormati Manusia, Sama Ada Hidup Atau Mati

Pemerintahan sekular memisahkan urusan dunia dengan agama. Ruang lingkup agama dibataskan hanya kepada aspek kepercayaan seseorang dan amalan spiritual individu dengan Tuhannya. Menyerahkan undang-undang ciptaan mengurus hal ehwal masyarakat dan pentadbiran negara. Pemisahan antara urusan pentadbiran negara dengan ehwal keagamaan berlaku di negara yang mengamalkan dasar sekular. Islam adalah agama yang syumul. Ruang lingkupnya mencakupi…

Langkah Mengukuh Daya Kanak-kanak

Harapkan pagar, pagar makan padi – itulah peribahasa Melayu bagi menggambarkan kekecewaan mereka terhadap orang yang bukan sahaja gagal melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka, malah mereka pula yang mensia-siakan amanah tersebut. Inilah yang berlaku kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol, sumbang mahram dan jenayah seksual yang lain. Kanak-kanak merupakan amanah kepada masyarakat dan menjadi…

Hentikan Prejudis Terhadap Islam

Ketika ini umat Islam khususnya di negara ini sedang menyaksikan pelbagai kemelut kehidupan yang melanda saudara seagama mereka di negara lain. Kemelut yang melanda mereka ini amat ketara terutama di negara-negara bukan Islam atau di mana mereka sebagai penduduk minoriti sahaja. Mereka ini dilihat amat sukar untuk menjalankan aktiviti keagamaan secara bebas dan dengan perasaan…