Pulihkan Hati Pengawas Ummah

Bertolak daripada pembangunan ummah sebagai dasar pembangunan, Islam membangunkan perkara-perkara yang meliputi kehidupan ummah secara menyeluruh yang termasuk antara lain bidang-bidang penyelidikan, ekonomi, pentadbiran, politik, kebudayaan, sosial dan sebagainya. Dalam proses pembangunan kehidupan dan penghidupan ummah ini, Islam bukan sahaja lengkap dengan teori pembangunannya, sejarah pembangunannya dan cara pelaksanaan pembangunannya tetapi Islam juga lengkap dengan…

Pembangunan Meliputi Perubahan Sahsiah

Persoalan pokok dalam pembangunan Islam ialah manusia dengan segala kemaslahatannya. Hal ini mencakupi bidang yang amat luas; tersimpul dalam kewujudan dan peranan manusia itu sendiri sebagai hamba dan khalifah Allah. Berpunca dari tanah lumpur yang kotor yang ditiupkan roh oleh Allah, manusia wujud dalam dua dimensi – rohani dan jasmani. Manusia diberi hak untuk memilih…

Membendung Naluri Ke Jerat Rasuah

Antara perkara yang amat membimbangkan masyarakat dan negara ketika ini adalah berkaitan peningkatan gejala rasuah yang didapati semakin serius. Laporan-laporan media tempatan mahupun kes-kes yang direkodkan oleh pihak berkuasa menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Malah lebih mencemaskan lagi apabila individu dari sektor perkhidmatan awam didapati turut terlibat dalam gejala buruk ini. Kebimbangan ini telah pun disuarakan…

Orang Islam Mesti Pelihara Hak Setiap Individu Manusia

Dalam al-Quran dan Sunah terdapat perkara-perkara yang menyentuh hak-hak manusia. Ini lebih jelas apabila meneliti kandungan Sahifah Madinah. Jaminan ke atas hak-hak rakyat adalah bertujuan supaya keadilan dan kesaksamaan dapat dicapai dan dinikmati oleh rakyat. Jaminan kepada hak-hak rakyat atau individu adalah menjadi makasid al Syariah. Tujuan utama syariah adalah untuk menjaga kepentingan manusia dalam…

Mengurus Kejayaan Wanita

Sejak beberapa dekad yang lalu, kerajaan Malaysia telah berusaha untuk mengintegrasikan wanita dalam arus pembangunan negara. Dengan pengisytiharan Dekad Wanita, Majlis Penasihat Negara Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) telah pun ditubuhkan yang bertujuan untuk menasihati kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan dengan wanita dalam pembangunan. Kemudian, Urus Setia Hal Ehwal Wanita telah ditubuhkan di Jabatan…

Promosikan Perkahwinan Berdaya Tahan

Setiap tahun 150,000 pasangan muda mendirikan rumah tangga. Namun, statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan dari tahun 1990 hingga 2001, terdapat sebanyak 144,137 kes perceraian yang dilaporkan. Ini bermakna, secara purata terdapat lebih kurang 12 ribu perceraian setahun. Apa yang harus diingat, statistik ini merujuk kepada pasangan Islam sahaja. Khabarnya, perceraian di kalangan masyarakat…

Etika Mengutamakan Pemeliharaan Nyawa

Agama Islam disanjung tinggi kerana ajarannya yang sentiasa mempertahankan kesejahteraan dan keselamatan setiap individu. Islam melihat setiap individu sebagai makhluk yang sewajarnya dimuliakan dan dipelihara nyawa, maruah dan kehormatan mereka tanpa mengira perbezaan darjat dan kedudukan, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Israa, ayat 70 bermaksud: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam dan Kami angkat…

Jiran Jadi Asas Masyarakat Penyayang

Kemajuan yang upaya dicipta hasil daripada kebijaksanaan manusia yang menguasai ilmu tidak semestinya menjanjikan segalanya kebaikan, bebas daripada kesan yang boleh menjejaskan kehidupan manusia dan kebahagiaan hidup dalam masyarakat. Kemajuan ada kala boleh mendatangkan kesan negatif jika tidak diurus dengan baik dan diasaskan kepada nilai-nilai kemanusiaan yang murni. Untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin…

Mengekalkan Perpaduan Satu Amanah

Pemimpin dan kepimpinan merupakan dua faktor penting yang mencorakkan sesebuah masyarakat. Ciri-ciri pemimpin dan corak kepimpinan jua yang akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun masyarakat itu. Tugas dan tanggungjawab para pemimpin sememangnya satu tugas yang berat. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab memastikan setiap anggota masyarakat mendapat gambaran yang jelas terhadap setiap polisi, arahan dan tugas,…

Toleransi Asas Pembinaan

Sesebuah negara tidak hanya ditegakkan atas asas perundangan semata-mata. Terdapat beberapa ramuan atau prinsip-prinsip yang perlu diikuti dalam mempertahan dan memelihara kelangsungan bangsa. Di antara prinsip yang mesti dipegang dan diterima oleh masyarakat – terutama masyarakat berbilang kaum dan agama adalah mempunyai sikap toleransi. Apakah asas yang perlu kita pakai dalam menonjolkan prinsip ini? Sebagai…