Etika Pencegahan Wabak Dalam Islam

Wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) kini merupakan satu ancaman baru global di abad 21 terhadap kesihatan dan nyawa manusia yang semakin hari semakin mencemaskan. Insiden jangkitan penyakit berkaitan pernafasan ini menunjukkan ada peningkatan di kebanyakan tempat tertentu di dunia ini, lantas turut meningkatkan suasana panik dan gelisah orang ramai, ditambah pula tiada sebarang vaksin…

Didikan Benteng Diri Terhadap Pornografi

Baru-baru ini kita sekali lagi melihat kesungguhan pihak berkuasa dalam membanteras pengedaran cakera padat video (VCD) lucah. Persoalannya, mampukah usaha ini menjadi titik penamat kepada masalah pornografi dalam masyarakat kita? Usaha kerajaan untuk membanteras VCD lucah ini memang disokong dan dialu-alukan. Namun, kita perlu ingat bahawa walaupun kita berjaya menghapuskannya, tetapi bahan-bahan pornografi ini masih…

Negara Islam Masih Terikat Dengan Barat

Merdekakah negara-negara Islam dalam konteks politik dunia hari ini? Persoalan ini timbul khususnya selepas 50 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua, negara-negara Islam terpaksa menanggung beban yang berat akibat daripada kemelut dan konflik yang melanda dunia dan melibatkan umat Islam sejak itu. Umat Islam di merata dunia bukan sahaja terpaksa membayar dengan darah, pengorbanan fizikal dan…

Takrifan Negara Islam Luas

Dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 6 Julai 2002, dilaporkan keputusan sebuah mahkamah di Berlin yang menegah seorang guru wanita Islam memakai tudung. Fereshta Lydin telah memperjuangkan hak kebebasan mengamalkan agama termasuk memakai tudung. Isu yang sama pernah juga berlaku di sebuah negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bahkan pada satu ketika pelajar-pelajar wanita Islam Malaysia…

Bangkit Daripada Kejatuhan Baghdad

Seluruh dunia ketika ini masih lagi dihantui bahang dan keperitan yang berlaku akibat kesan pencerobohan Amerika Syarikat (AS) dan negara tentera bersekutu ke atas Iraq. Walaupun peperangan di bumi Iraq itu semakin berakhir, namun tiada jaminan bahawa kesan peperangan tersebut juga akan berakhir secara pantas di mana keadaan akan menjadi seperti sediakala, malah mungkin mustahil…

Media Barat Salah Faham

Media cetak dan elektronik masih menguasai dunia penyebaran maklumat. Kita menyaksikan gambar-gambar yang tersiar di dada akhbar dan majalah memberi seribu penjelasan ditambah pula dengan televisyen dan Internet yang memaparkan secara visual kejadian dan peristiwa yang sebenar. Dengan kemajuan teknologi terkini media dapat menyiarkan maklumat terkini dan pada bila-bila masa sahaja. Di zaman darurat dahulu…

Kuatkan Suara Ummah Dengan Tindakan

Sesungguhnya banyak pengajaran yang mampu diselak dan direnungi akibat pencerobohan dan pencabulan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara kecil Iraq terutamanya bagi komuniti Islam sejagat dalam menghadapi dunia global. Begitu juga, cabaran-cabaran yang bakal mereka tempuhi ketika berdepan dengan negara-negara kuasa besar tertentu yang sentiasa mengintai peluang yang ada untuk membenam mahupun merampas kekayaan hasil semula…

Berkongsi Masalah Wanita

`Berilmu, Bersuara, Bertindak’ begitulah tema sambutan Hari Wanita Sedunia Kebangsaan yang telah diadakan pada 8 Mac lalu di Kuching, Sarawak. Tema ini menunjukkan bahawa berilmu sahaja tidak memadai, sebaliknya, wanita perlu menggunakan ilmu yang mereka ada dengan bersuara dan bertindak agar mereka mendapat hak-hak yang telah ditetapkan. Banyak lagi ilmu yang perlu dicari melalui pembacaan…

Akhlak Cermin Sikap Terhadap Pencipta

Ajaran-ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. ketika menyebarkan Islam selain memperbetulkan akidah adalah membentuk akhlak mulia. Tugas ini dilakukan serentak semasa seruan keimanan tauhid kepada Allah s.w.t. Keimanan tanpa akhlak mulia melahirkan generasi yang tidak seimbang dan tempang cara hidupnya. Dalam sebuah hadis secara tegas Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, Sesungguh aku ini diutuskan adalah…

Peranan Majikan Bina Keluarga Sejahtera

Dalam ayat 21, surah ar-Rum, menunjukkan bahawa perkahwinan memberikan ketenangan hati dan emosi kepada suami-isteri yang merupakan asas kepada kesejahteraan hidup mereka keseluruhannya. Dengan ketenangan hati dan emosi itu mereka dapat melaksanakan segala peranan yang lain dengan lebih baik, berkesan dan produktif. Peranan-peranan yang dimaksudkan itu ialah peranan mereka sebagai individu, ahli keluarga, pekerja dan…