Kekuatan Islam Tegakkan Keadilan

Malaysia amat bertuah apabila diberi kepercayaan dan amanah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Ke-13 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Ini adalah gambaran masyarakat dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh diharapkan. Dengan barisan kepemimpinan negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dunia mempunyai keyakinan yang…

Debaran Menanti Serangan AS

Buat sekelian kalinya, dalam sejarah ketamadunan, dunia diancam oleh satu lagi keadaan yang akan menyebabkan banyak negara akan mendapat tempias daripada apa juga yang bakal berlaku di Iraq. Sebagai salah sebuah negara yang banyak mempengaruhi harga dan pasaran minyak antarabangsa, apa juga yang terjadi kepada Iraq dan rantau Teluk akan menyebabkan keadaan pasaran minyak dunia…

Bekerja Tetapi Mampu Menyelamat Keluarga

Kesejahteraan anak-anak adalah di dalam tangan kedua-dua ibu bapa mereka. Ibu bapa yang diberi amanah untuk menjaga anak-anak tersebut sudah pasti tidak dapat lari daripada tanggungjawab ini dan tidak boleh dengan semudah itu menyalahkan orang lain jika anak-anak mereka `tidak menjadi’. Oleh itu, ibu bapa perlu serius dalam menjalankan tanggungjawab keibubapaan. Namun, oleh kerana Datin…

Implikasi Pengklonan Ke Atas Fitrah Manusia

Perdebatan mengenai teknologi pengklonan khususnya untuk mengklonkan manusia menjadi satu polemik di kalangan saintis dan pemimpin politik. Sesetengah negara dengan jelas meletakkan pengklonan manusia sebagai satu kesalahan jenayah. Jika dilihat pada proses untuk menghasilkan manusia klon ini, ia adalah satu proses pembiakan seksual yang tidak memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebaliknya…

Manusia Diikat Peraturan

Al-Quran menceritakan tentang penciptaan secara terperinci serta menjelaskan asal usul kejadian manusia daripada Adam. Manusia dijadikan daripada benih dan jenis yang sama, iaitu daripada tanah (turab), daripada air mani (main mahin), daripada segumpal darah beku (al-alaq). Dan seterusnya Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa ayat 1 menyatakan yang bermaksud: Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu…

Sikap Pemandu Cemarkan Hari Raya

Seluruh umat Islam kini walau di mana pun mereka berada masih lagi merayakan kemeriahan Syawal sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran kepada Ilahi. Mereka menang kerana berjaya melawan segala kekangan hawa nafsu selama sebulan di bulan Ramadan. Dan mereka bersyukur kerana dikurniakan dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan itu. Dan sewajarnya kemenangan mendidik dan…

Berwajah Bersih Pada 1 Syawal

SETIAP yang bermula akan berakhir. Seperti juga dengan Ramadan tahun ini. Ia datang dan berlalu dan pasti akan datang lagi di tahun-tahun hadapan menemui kita. Dengan tertutupnya catatan amalan bulan Ramadan tahun 1423 Hijrah semoga kita mendapat azam baru. Harapan yang utama iaitu pengampunan atau maghfirah seperti hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: barang siapa…

Usaha Mencari Bapa Misali

Keibubapaan sering didengar. Daripada namanya, ia menggambarkan kerjasama ibu dan bapa dalam menguruskan anak-anak mereka. Tetapi jika ditinjau di majlis-majlis ilmu tentang keibubapaan, 95 peratus yang hadir adalah golongan ibu. Mana pergi golongan bapa? Mungkin ada yang salah anggap tentang konsep keibubapaan ini. Mungkin mereka menganggap salah seorang menjadi wakil telah memadai. Akibatnya, golongan bapa…