Pisahkan Keganasan daripada Islam

Sebagai orang Islam, kita seharusnya berpendirian bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat dan menyeru umatnya supaya membuat kebajikan dan sederhana dalam sebarang tindak-tanduk penganutnya. Ini seharusnya menjadi pandangan yang satu dan seragam oleh setiap umat Islam. Malangnya ini tidak berlaku kerana kita bersatu dari segi pendapat tapi tidak melalui tindakan. Dalam pada bulatnya kita…

Khutbah Nabi Bernada Sederhana

Selain daripada pendidikan formal yang disampaikan oleh guru atau ustaz di sekolah atau madrasah terdapat forum lain bagi menyampaikan maklumat atau dakwah. Forum yang dimaksudkan iaitu khutbah di masjid dan tazkirah. Ada dua sembahyang mempunyai khutbah. Pertama, sembahyang fardu Jumaat dan kedua-dua sembahyang sunat Hari Raya – Aidilfitri dan Aidiladha. Khutbah Jumaat dilakukan sebelum fardu…

Kurangnya Sifat Kedermawan

Berasal dari perkataan Greek philos yang bermaksud love atau cinta atau sayang dan anthropos yang bermaksud man atau manusia, philanthropy bermaksud for the love of mankind atau demi rasa cinta atau sayang sesama manusia. Akibat daripada rasa sayang inilah, kita terdorong untuk menghulurkan bantuan, baik dalam bentuk material mahupun bukan material, kepada mereka yang memerlukan…

Kesepakatan Moral Demi Kestabilan Dunia

KEHIDUPAN yang indah adalah kehidupan yang disulami oleh nilai-nilai akhlak, moral dan etika yang menjadi asas kepada apa jua aktiviti kehidupan dan pergaulan. Pengajaran dan penghayatan nilai-nilai yang mulia ini dalam kehidupan, sebenarnya menjamin kewujudan keamanan dan kestabilan dalam masyarakat manusia. Sesungguhnya nilai-nilai moral diperoleh daripada ajaran agama dan ketuhanan. Manusia sebagai makhluk yang dijadikan…

Bajet 2003 Mesra Keluarga

Banyak sekali cadangan yang dibuat dalam Bajet 2003 yang mendatangkan manfaat kepada keluarga. Yang paling ketara, kakitangan awam lelaki yang isterinya bersalin, akan diberi cuti sehingga tujuh hari bagi membantu meringankan urusan keluarga. Bagi para pengkaji keluarga yang sedang memikirkan cara bagaimana meningkatkan peranan kebapaan dalam rumah tangga, ini adalah satu hadiah yang amat besar…

Kemerdekaan Boleh Hilang Jika Tidak Dijaga

Kemerdekaan memberi erti yang sangat bermakna kepada sebuah negara. Masyarakat Islam di peringkat permulaan di Mekah tidak dapat mengecapi makna kemerdekaan. Nabi sendiri tidak bebas menyebarkan ajaran Islam – terpaksa dilakukan secara senyap-senyap. Penganut Islam tidak bebas melakukan suruhan agama. Bahkan golongan tertentu menyeksa orang yang memeluk agama Islam seperti yang berlaku ke atas Bilal…

Menanam Minat Terhadap Sains

Kini ramai yang memperkatakan tentang pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang akan bermula tahun hadapan. Ramai yang bimbang dasar ini akan menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat menguasai kedua-dua subjek tersebut hanya kerana anak-anak mereka tidak menguasai bahasa Inggeris. Sebenarnya, kejayaan atau kegagalan pelajar menguasai sesuatu subjek bukan hanya terletak pada kemahiran mereka…

Perlembagaan Tidak Halang Islam

Mengikut Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berbanding dengan beberapa negara Islam lain dalam OIC tidak banyak perbezaannya. Hanya Perlembagaan Republik Turki sahaja secara nyata meletakkan negaranya negara sekular. Ini terdapat dalam Perkara 2: The Republic of Turkey is a democratic, secular and social state (Republik Turki ialah negara…

Negara Kebajikan Rapuhkan Institusi Keluarga

Sehari dua ini kita difahamkan bahawa masalah sosial seperti sumbang mahram, delinkuen di kalangan remaja, keruntuhan akhlak, perceraian dan seumpamanya yang berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini berpunca daripada kerapuhan institusi keluarga. Maka, apakah jika masalah sosial ini tidak ada atau berkurangan, ini bermakna institusi keluarga kita juga berada pada tahap yang kukuh? Tinjauan kepada…

Memahami Konsep Membanteras Jenayah

Perkataan jenayah dalam Islam mengandungi pengertian yang am dan khusus. Secara amnya ia bererti sesuatu yang tidak baik dilakukan dan ia merangkumi dosa. Dari segi perundangan apa sahaja yang dilarang dalam Islam, jika dilakukan ia adalah satu dosa dan dengan itu boleh ditakrifkan sebagai jenayah dan mempunyai implikasi-implikasi tertentu dari segi hukuman. Jenayah hudud adalah…