Hubungan Islam dengan Ahlul Kitab

Islam adalah antara agama-agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Di samping Islam, terdapat agama-agama wahyu lain seperti Yahudi dan Nasrani (Nasara). Masing-masing mempunyai kitab iaitu al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur. Nabi bagi orang Islam ialah Muhammad s.a.w., nabi bagi agama Yahudi ialah Musa dan bagi orang Nasrani adalah Isa. Dalam…

Pertembungan Etika dengan Akhlak

Salah satu aspek yang sangat diberi perhatian oleh Islam bagi memastikan supaya perjalanan sistem hidup manusia dapat berlangsung dalam suasana yang sihat dan harmoni ialah kesempurnaan akhlak. Ini kerana akhlak yang baik dan mulia sahaja dapat menjamin kesejahteraan dan kejayaan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Secara umumnya akhlak boleh dipecahkan kepada dua…

Akhlak dalam Melayan Kerenah Isteri

Sabtu ini kita akan menyambut Maulidur Rasul dengan tema Bersama Hayati Keindahan Islam. Keindahan Islam ini terkandung dalam ajaran-ajarannya yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Malangnya, keindahan ini amat sukar untuk dilihat kerana akhlak orang Islam tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenarnya. Justeru, sempena sambutan Maulidur Rasul ini, kita perlu membulatkan tekad untuk mencontohi akhlak…

Pihak Yang Layak Mengurus Wakaf

Negara kita baru saja selesai menjadi tuan rumah kepada Muktamar Ketujuh Menteri-Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam. Persidangan ini sudah tentulah penting bagi usaha meningkatkan lagi kelicinan dan kecekapan pengurusan dan pembangunan harta wakaf di dunia Islam. Institusi wakaf itu sendiri adalah merupakan satu institusi yang telah memainkan peranan besar di sepanjang sejarah tamadun Islam…

Pupuk Nilai Hidup Murni

Umat Islam telah memasuki tahun 1423 hijrah. Adalah menjadi tradisi di negara kita kemunculan tahun baru disambut meriah, dipenuhi dengan pelbagai acara. Sambutan Awal Muharram, atau Maal Hijrah diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Individu tertentu dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah. Tidak lama lagi umat Islam akan memperingati peristiwa Maulidur Rasul iaitu pada 12 Rabiul…

Sumbang Mahram: Mangsa Perlu Melapor

Rata-rata, semua bersetuju bahawa hukuman bagi pesalah sumbang mahram perlu ditingkatkan. Ini memandangkan ia dilakukan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan melindungi mangsa seperti bapa, datuk dan abang yang juga merupakan wali bagi mangsa itu. Ternyata, perintah Allah dalam Surah At-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga…

Islam Tuntut Umatnya Cergas Dalam Ekonomi

Jika diteliti, kedudukan ekonomi umat Islam di dunia hari ini secara keseluruhannya sangat menyedihkan berbanding pencapaian ekonomi penganut agama lain, seperti Kristian dan Yahudi. Realiti ini sangat bertentangan dengan falsafah yang dipelopori oleh Islam itu sendiri. Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan shariah yang dibenarkan. Pada hemat saya,…

Tanggungjawab Mengurus Amanah

Keperluan untuk memberikan amanah kepada sesama manusia kadang-kadang menjadi satu kemestian dan tidak dapat dielakkan, kerana manusia memang tidak dapat hidup bersendirian; saling perlu memerlukan di antara satu sama lain dan saling perlu tolong-menolong dalam menjalani aktiviti kehidupan. Dari kaca mata Islam, pada dasarnya menerima amanah digalakkan kerana ia adalah satu bentuk pertolongan yang dapat…

Umat Islam Seumpama Satu Jasad

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. Dari aspek sejarah, semasa baginda berada di Mekah memperlihatkan perjuangan baginda untuk merubah sistem yang ada tidak diterima dengan mudah oleh keluarga dan bangsanya. Baginda berhadapan dengan pelbagai halangan dan tentangan. Begitu juga terhadap pengikut-pengikut baginda yang masih tidak ramai. Ada yang diseksa dan terpaksa…

Harapan dari Tanah Suci

Sememangnya ibadat haji memerlukan tenaga dan pemikiran yang kental, sekaligus memerlukan kesabaran dan ketenangan. Semasa saya menulis artikel ini, umat Islam baru sahaja selesai menyempurnakan ibadat haji dengan berakhirnya acara melontar jamrah pada hari ke-13 Zulhijjah dan selamat menunaikan tawaf dan sa’i haji. Tawaf dan sa’i selepas melontar jamrah merupakan satu kerja yang amat mencabar.…