Suara Retorika Dari Kampus

Isu pilihan raya para pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) baru-baru ini mendapat publisiti meluas dalam media negara kita, sekali gus menunjukkan kepentingannya. Malahan jika dilihat sepintas lalu pilihan raya perwakilan pelajar itu seolah-olah menyamai pilihan raya umum negara dari segi liputan akhbar. Pada zaman saya menjadi pelajar dulu sebenarnya tidak timbul politik pelajar seperti…

Orang Islam Cemari Imej Agama

SERANGAN ke atas Amerika Syarikat (AS) pada 11 September yang lalu mengakibatkan masyarakat Islam sentiasa berada dalam keadaan bertahan dan surut ke belakang. Orang Islam pada umumnya menjadi sasaran serangan dari segenap penjuru dunia, sama ada secara kekerasan, atau serangan psikologi, serangan mulut dan kata-kata sinikal. Malah orang Islam sentiasa dipandang penuh waspada dan ragu-ragu.…

Suarakan Bantahan Secara Meluas

Pada minggu yang lalu, Institut Kefahaman Islam Malaysia telah menyampaikan mesejnya kepada pihak Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tentang keprihatinan umat Islam mengenai serangan yang dilakukan oleh negara tersebut terhadap orang Islam di Afghanistan yang diserang bertubi-tubi sejak beberapa minggu yang lalu. Serangan yang dilakukan untuk menghapuskan pengganas seperti yang didakwa oleh kerajaan AS itu nampaknya…

Hati-hati Belajar Agama di Luar Negara

Sama ada kita sedari atau tidak, sebenarnya pada masa kini terdapat kanak-kanak yang tidak bersekolah kerana beberapa sebab yang tertentu. Oleh itu apabila dikuatkuasakan undang-undang bagi mewajibkan pendidikan rendah kepada kanak-kanak kita, maka alasan-alasan yang menyebabkan kanak-kanak kita tidak bersekolah juga haruslah dicari dan dikaji, agar sebab musabab yang menjadikan ibu bapa tidak menghantarkan anak-anak…

Kecaman Akibat Berbeza Pengertian Jihad

Kadang-kadang agak sukar untuk berbicara tentang sesuatu isu secara objektif, amanah dan berdasarkan ilmu pengetahuan. Hal ini menjadi sukar kerana nampaknya dunia ini telah melahirkan agak ramai manusia yang fanatik dan tertutup mindanya. Oleh itu mereka akan sentiasa melihat orang lain sebagai orang yang bersalah. Inilah yang terjadi ketika saya menulis beberapa rencana tentang jihad…

Tidak Perlu Jadi Umat Emosional

Tulisan saya minggu lalu mengajak umat Islam di negara ini khususnya, dan masyarakat Islam di seluruh dunia umumnya, agar tidak segan-silu menjadi umat yang berbeza daripada sesetengah umat Islam negara lain dalam memberi reaksi terhadap serangan Amerika ke atas Afghanistan. Salah satu perkara yang harus dijauhi ialah memberi reaksi yang terlalu bersifat emosional, kerana mungkin…

Waspada Terperangkap Dalam Jerat Barat

PERISTIWA 11 September yang berlaku di Amerika Syarikat merupakan satu lesen kepada Barat, khususnya Amerika, untuk mencari mangsa di kalangan manusia yang selama ini sering dianggap sebagai pengganas atau sering melakukan keganasan, iaitu orang Islam. Kalau pun bukan orang Islam yang melakukannya, tetapi mangsa yang diandaikan melakukan segala keganasan itu sentiasa dituding kepada orang Islam…

Islam Hanya Mengeluh Serangan Amerika

Akibat daripada serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Afghanistan, sebuah negara yang paling daif dan miskin ialah keluhan dan kutukan negara-negara Islam terhadap serangan itu. Inilah yang tersiar di dalam media sehari selepas serangan yang bertajuk negara-negara Islam menyelar AS. Kuasa besar itu disifatkan sebagai pengganas yang harus dihapuskan di muka bumi ini. Nampaknya mungkin…

Konflik Hak Asasi Manusia di Barat

Banyak sekali yang diperkatakan tentang serangan ke atas negara Amerika. Satu serangan yang meranapkan menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York dan sebahagian bangunan Pentagon di Washington, yang merupakan kemegahan negara yang paling berkuasa, gagah dan canggih di dunia hari ini. Dari hari pertama serangan itu berlaku sehingga ke saat ini, saya percaya media…