Dunia Penuh Dengan Sandiwara

Banyak sekali yang diperkatakan tentang serangan ke atas negara Amerika. Satu serangan yang meranapkan menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York dan sebahagian bangunan Pentagon di Washington, yang merupakan kemegahan negara yang paling berkuasa, gagah dan canggih di dunia hari ini. Dari hari pertama serangan itu berlaku sehingga ke saat ini, saya percaya media…

Perkembangan Intelektual Dalam Bahaya

Aliran pembangunan intelektual di kalangan sebahagian besar pelajar kita di institusi pengajian tinggi kelihatan agak negatif dan membimbangkan. Kecenderungan melihat sesuatu isu secara hitam putih iaitu dalam orientasi hukum dari segi baik atau tidak baiknya, salah atau benarnya, kelihatan seperti mengeluarkan fatwa dalam masalah fikah, iaitu halal atau haram, dan balasannya syurga atau neraka. Sikap…

Islam Menentang Perhambaan

Sejak awal lagi Islam menentang perhambaan sesama manusia dan telah mempunyai banyak agenda untuk menghapuskan perhambaan di kalangan umat manusia. Perhambaan dalam pengertian klasik hampir tidak wujud lagi di kalangan umat manusia, kerana perhambaan itu telah digantikan dengan perhambaan bentuk baru yang lahir dalam berbagai-bagai cara penindasan di antara penjajah dengan negara atau rakyat yang…

Jihad Membasmi Kejahilan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dipraktikkan oleh kerajaan kita dengan menentukan kuota kemasukan pelajar bumiputera ke pusat-pusat pengajian tinggi adalah satu jihad untuk mengatasi kejahilan pelajar bumiputera yang sebelum terlaksana dasar ini, amat jauh ketinggalan di belakang pelajar bukan bumiputera. Islam memerintahkan umatnya – lelaki dan perempuan menuntut ilmu. Orang yang berilmu tidak sama dengan…

Bahaya Pemikiran Jihad Menjadi Ganas

Generasi muda, termasuk para remaja dan pelajar universiti, adalah generasi yang dinamik, inovatif dan kreatif, penuh dengan keunggulan idealismenya, semangat pengabdiannya dan sangat menginginkan diwujudkan segera gagasan-gagasan baru dalam hidupnya. Meskipun dalam banyak hal mereka agak bebas dan merdeka, tetapi di sebaliknya mereka sebenarnya belum dapat berdiri sendiri, apa lagi berfikir seperti orang dewasa yang…

Budaya Menghancurkan Umat Berkembang

ISU-ISU pembangunan negara yang berkaitan dengan agama nampaknya banyak yang menggawatkan daripada menyenangkan dalam konteks masyarakat kita sekarang. Saya menyebut perkara ini terutamanya apabila banyak perbincangan dan polemik sering dilakukan di dalam Internet dan e-mel, atau surat-surat terbang yang tidak bernama, malahan melalui tabloid yang kurang bertanggungjawab terhadap kewibawaan ilmu pengetahuan Islam dan keunikan agama…

Terharu dengan Pengakuan Pemimpin

SATU sifat baginda Rasulullah s.a.w yang amat wajar diteladani dalam menghadapi zaman-zaman gawat dan resah gelisah yang melanda masyarakat kita kini, pada pandangan saya ialah sifat memaafkan kesalahan orang lain dan bertolak ansur ketika menghadapi kerenah manusia. Dalam sejarah baginda Rasulullah s.a.w tercatat satu peristiwa yang penuh dengan keagungan rasa hati dan membangkitkan emosi manusia…

Masa Hadapan Cerah untuk yang Berilmu

DALAM Islam tidak wujud sebarang pertikaian tentang kepentingan ilmu. Allah s.w.t menjelaskan tentang perbezaan orang yang berilmu dan yang tidak berilmu, baik dari segi status, lebih bertakwa kepada-Nya dan berbagai-bagai ungkapan lain secara terang dan berkiasan bagi menunjukkan kelebihan orang yang berilmu mengatasi orang jahil. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan tentang kepentingan mencari ilmu dan hukumnya…