Prestasi Islam di Negara Kita

DALAM pertemuan yang sering diadakan dengan para pelawat dari Barat, seperti pengunjung dan pengkaji dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, satu hal yang sering dinyatakan oleh mereka bahawa banyak perkara yang diterangkan kepada mereka tentang penonjolan imej Islam di negara kita tidak diketahui oleh masyarakat di AS dan Eropah. Berita-berita mengenai Islam dan masyarakat Islam…

UIAM Lambang Kecemerlangan Malaysia

SATU pengalaman baru yang saya rasakan amat menarik ialah pengalaman ke arah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kembali ke tahun 1981. Sungguhpun saya tidaklah merupakan seorang pemain utama dalam merealisasikan idea penubuhan UIAM itu, tetapi peranan saya menyertai para perintis dalam projek itu amatlah menarik. Saya merasa amat berbangga dan gembira kerana Rektor…

Islam Mampu Hadapi Globalisasi

MENJADI umat global yang bertaraf dunia dan dapat memainkan peranan menerajui kemajuan universal adalah sesuatu yang seharusnya dimainkan oleh umat Islam. Maka istilah global di sini perlulah dianalisis dengan teliti untuk kita meninjau dan mencari jawapan bagaimanakah umat Islam dapat menjadi umat global. Namun yang menjadi persoalan dalam seminar IKIM pada 27 dan 28 Mac…

Krisis Kurang Jika Umat Islam Berilmu

MENJADI tokoh, baik apa saja tokohnya, adalah sesuatu yang berlaku di luar dugaan saya. Bagaimanapun ditakdirkan Allah s.w.t saya telah dipilih untuk menerima kurniaan tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan bagi tahun ini. Oleh itu satu agenda penting yang saya rasa wajar dibicarakan ialah tentang struktur dan sistem pendidikan Islam di negara kita untuk menghadapi cabaran-cabaran…

Agama Pelihara Institusi Sosiobudaya

TULISAN saya minggu lalu mengenai kekeliruan yang ditimbulkan tentang penggunaan bahasa dalam memprojekkan identiti keislaman seseorang menarik perhatian beberapa pihak. Antaranya seorang guru bahasa berkelulusan sarjana yang sedang mengajar di salah sebuah universiti tempatan yang menghantar e-mel kepada saya. Beliau menulis antara lainnya seperti berikut: Kupasan tentang pengaruh bahasa bagi sesetengah golongan yang mampu menyebut…

Perbezaan Bahasa Tidak Rosakkan Akidah

KEJADIAN manusia dengan kepelbagaian bahasa mempunyai rahsianya yang tersendiri. Allah s.w.t menegaskan di dalam al-Quran bahawa hal tersebut merupakan satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya. Kejadian manusia yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan kaum, warna kulit dan bentuk rupa paras merupakan satu keajaiban yang semuanya menjurus kepada kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. Kita ditakdirkan Allah s.w.t menjadi…

Kesepaduan Umat Perlu Sikap Terbuka

BAGI sesiapa yang memahami al-Quran atau membaca tafsirannya, tentu pernah terbaca kisah Bani Israil yang membuat beberapa helah ketika Nabi Musa a.s menyampaikan perintah Allah s.w.t kepada mereka agar menyembelih lembu betina seperti yang tersebut di dalam surah al-Baqarah ayat 67 hingga 71. Mereka menganggap bahawa perintah itu adalah satu mainan semata-mata, sebab itulah mereka…

Sampai Bila Umat Islam Akan Berkrisis?

BIASANYA orang Islam amat peka terhadap isu-isu agama, terutamanya yang menyentuh akidah dan keimanan serta hukum halal haram dalam sebarang aspek kehidupan mereka. Berdasarkan pengalaman saya dengan komuniti Islam yang pernah saya lihat dan temui di banyak negara Islam, termasuk di Eropah dan Amerika, nampaknya umat Melayu pada umumnya merupakan umat Islam yang paling peka…

Persoalan Seminar atau Warung Kopi

SATU persoalan yang ditimbulkan oleh seorang peserta seminar Pelaksanaan Hukum Syarak Di Malaysia anjuran IKIM dan kerajaan negeri Pulau Pinang di Penang Golf Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 9 – 10 Februari 2001 yang lalu ialah isu kegagalan kerajaan melaksanakan undang-undang Islam di negara kita walaupun telah lebih empat puluh tahun negara ini mencapai…

Fakta Ekonomi Melayu Mencemaskan

MASYARAKAT sekarang sering melihat kepada fakta dan angka dalam membicarakan isu-isu yang mempunyai hubungan dengan pembangunan ekonomi. Kadang-kadang dengan melihat kepada angka dan fakta ini barulah kita mengetahui sesuatu kedudukan bagi satu situasi bangsa, etnik, negara dan sebagainya. Seminar Pelaburan Beretika Menurut Islam: Satu Cabaran yang dianjurkan oleh IKIM pada 13 dan 14 Februari diberitahu…