Pecahkan Rekod Kelembapan Pelajar Melayu

PADA masa kini, terdapat banyak berita dan tulisan di dalam media yang mendedahkan tentang kelemahan pelajar kita dalam pelajaran dan pengajian mereka. Dalam dua tiga minggu ini terdapat berita yang menjelaskan tentang satu kajian yang menunjukkan bahawa prestasi pelajar Melayu di dalam peperiksaan akhir peringkat ijazah di universiti amat rendah dan tidak memberangsangkan. Jika dibandingkan…

Umat Islam Patut Berfikiran Matang

KETIKA Abdullah Tarmugi, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Sukan, merangkap Menteri Hal Ehwal Masyarakat Islam, Singapura melawat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Selasa lalu, di antara perkara yang menjadi kebimbangannya ialah isu krisis pemikiran yang dihadapi masyarakat Islam dari sudut yang membawa kepada sikap fanatik, minda yang tertutup, konservatif, tidak peka dengan aliran-aliran semasa seperti isu…

Jangan Layan Orang Jahil

DALAM menghadapi sebarang isu yang ditimbulkan oleh orang jahil dan tidak berilmu, kita seharusnya mengambil pengajaran yang dijelaskan Allah s.w.t. di dalam surah al-Furqan, ayat 63 yang bermaksud: Hamba-hamba Tuhan (Pemurah) ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan merendah diri, dan apabila ditegur oleh orang-orang yang jahil maka mereka ucapkan (perkataan yang) sejahtera. Penjelasan…

Pengajaran Hak Asasi Manusia di Sekolah

DALAM proses peningkatan ilmu para pelajar dewasa ini, telah banyak cadangan dikemukakan oleh beberapa pihak bagi memperkenalkan beberapa kursus atau subjek baru di sekolah seperti pendidikan seks dan hak asasi manusia. Bagi tujuan mengemaskinikan pengetahuan para pelajar dan membuka minda mereka kepada kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan moden, maka saya fikir majoriti orang awam akan…

Slogan Indah Tidak Selesaikan Masalah

KETIKA mengambil bahagian dalam program Diskusi menerusi saluran perdana TV Malaysia Jumaat lalu, seorang penonton mengemukakan pandangan bahawa isu perpecahan ummah yang sedang dibicarakan sekarang ini berpunca daripada pemerintah yang tidak mahu kembali kepada al-Quran dan sunah. Mengikut penonton itu, sekiranya kerajaan kembali kepada al-Quran dan sunah maka semua masalah akan selesai dan kita akan…

Agenda Muzakarah Umat Islam

MUZAKARAH bermaksud perbincangan dan pertukaran pandangan yang berdasarkan ilmu pengetahuan. Hasil dari satu muzakarah ialah pertemuan fikiran dan fakta ilmu yang merupakan penyelesaian bagi satu isu atau masalah yang dipertikaikan. Berdasarkan pengertian yang luas ini maka saya fikir dunia Islam seluruhnya memerlukan satu muzakarah yang dapat menyelesaikan banyak persoalan yang berkaitan dengan dasar dan falsafah…

Toleransi Ada Batas-batasnya

BERIKUTAN daripada tulisan saya di dalam ruangan ini minggu lalu, terdapat beberapa orang pembaca yang beranggapan seolah-olah Islam tidak dapat bertoleransi di dalam beberapa aspek yang tertentu, sedangkan pada dasarnya Islam adalah satu agama yang penuh dengan sifat toleransi dan bertolak ansur. Memanglah saya bersetuju bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan sikap toleransi dan bertolak…

Berhati-hati Bincang Kebebasan Beragama

SAYA berharap bahawa keghairahan kita membicarakan isu hak asasi manusia pada masa-masa yang terakhir ini tidak mengundang kekeliruan yang serius tentang kebebasan beragama dalam masyarakat Islam. Satu perkara yang harus difahami bahawa hak asasi dan kebebasan manusia dalam sebarang aspek kehidupannya sentiasa disertakan dengan peraturan dan undang-undang yang tertentu. Kebebasan mutlak pada umumnya hampir tidak…

Tazkirah Politik Cemarkan Tarawih

BULAN Ramadan telah berlalu dengan pantas sekali. Hari ini kita telah menunaikan ibadat puasa selama sebelas hari. Tetapi kita tidak pasti apakah amalan berpuasa ini benar-benar telah meninggalkan kesan yang baik terhadap diri kita dari segi pertuturan, tingkah laku, peningkatan kerohanian dan sebagainya. Hanya individu itu sendiri yang dapat menilai dan merasakannya. Yang amat diharapkan…

Ramadan Menawarkan Perubahan Radikal

SATU perkara penting yang dibawa Ramadan setiap tahun ialah perubahan radikal yang berlaku kepada beberapa sistem kehidupan manusia. Ketibaan bulan puasa mengubah peraturan makan minum, jadual tidur, beribadat sunat dan sistem lain, termasuk sistem penghadaman dan pencemaran yang melibatkan sistem biologi manusia. Sistem ini, atau sekurang-kurangnya beberapa aspek tertentu tentang peraturan ini, mengalami perubahan setibanya…