Jalan Pertengahan Islam

KETIKA merasmikan satu program anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) pada Ahad lalu saya telah mengetengahkan satu isu kepada para mahasiswa yang menghadiri program tersebut, iaitu isu kesederhanaan atau jalan tengah yang diambil oleh Islam dalam mengatur kehidupan manusia di dunia ini. Saya menjelaskan bahawa Islam sering memberikan ruang untuk para penganutnya memikirkan satu…

Pemikiran Umat Islam Kini Keliru

SAYA teringat untuk membicarakan tajuk di atas setelah melihat banyak judul buku yang membicarakan tentang pemikiran para sarjana Islam tentang berbagai-bagai tajuk semasa yang memerlukan kajian lanjut dan agenda susulan bagi melaksanakannya sebagai agenda umat Islam keseluruhannya. Salah satu judul buku yang baru diterbitkan dalam konteks ini ialah pemikiran Al-Dawalibi tentang nasionalisme, sekularisme, murtad dan…

Mencontohi Keperibadian Ulama Dahulu

MEMBICARAKAN kesilapan orang Islam yang menjejaskan nama baik Islam, bukan bererti memandang rendah kepada mereka khususnya para bijak pandai dan orang-orang yang berlatarbelakangkan ajaran agama. Malahan kita amat menghormati dan memandang tinggi orang yang berlatarbelakangkan agama, apa lagi orang yang kita panggil alim ulama mengikut tradisi dan budaya kita selama ni. Masalah yang menjejaskan nama…

Mempertahankan Imej Islam Negara Kita

DI dalam semua forum dan perbincangan yang diadakan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, saya sentiasa mempertahankan umat Islam di negara kita sebagai umat yang sederhana, bertolak ansur dan bersikap terbuka dengan semua kaum dan etnik tanpa mengira latar belakang keagamaan, budaya dan bahasa mereka. Pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara kepelbagaian kaum dan agama yang berjaya…

Perlakuan Buruk Umat Cemar Imej Islam

SEMINAR meningkatkan kefahaman Islam di dalam media yang diadakan selama tiga hari di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan telah saya perkatakan beberapa isu di dalam tulisan saya yang lalu berakhir dengan persefahaman yang baik di antara para perwakilan media Barat dan peserta yang mewakili beberapa buah negara Islam, termasuk para perwakilan negara kita sendiri.…

Kewartawanan Politik dan Beretika

ISU pemberitaan secara politik oleh media Barat menjadi tumpuan saya ketika membentangkan kertas kerja di dalam seminar di IKIM pada 1 Julai yang lalu. Seminar yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang Islam di dalam media itu menyaksikan kehadiran para perwakilan Barat dan Amerika, di samping perwakilan negara-negara Asia. Isu utama yang didialogkan ialah tentang imej…

OIC Perlu Pertingkatkan Agenda Penyelidikan

TULISAN saya minggu lalu membicarakan tentang menghayati Islam secara berilmu, kerana sekiranya penghayatan itu tidak dilakukan secara berilmu dan berhikmah, maka kesan buruk akan tertimpa ke atas orang Islam dan agama kita sendiri. Hal ini menimbulkan persoalan sejauh manakah orang Islam dan masyarakat Islam telah melengkapi diri mereka dengan ilmu pengetahuan, terutamanya jika dibandingkan dengan…

Menghayati Islam Secara Berilmu

KEBANGKITAN Islam yang bermula pada sekitar tahun tujuh puluhan, termasuk di negara kita, menuntut perubahan dan penyesuaian serta penghayatan Islam sepenuhnya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna meliputi semua sudut aktiviti dan tingkah laku manusia sama ada di peringkat individu dan awam yang merangkumi segala aspek kehidupan di bidang ekonomi, pendidikan, politik, sosial,…

Maulidur Rasul: Apakah yang diperingati?

MUNGKIN dalam memperingati hari keputeraan Rasulullah s.a.w ini kita boleh bertanya diri kita apakah yang seharusnya kita peringati ketika menyambut peristiwa besar ini? Apakah kita hanya menyambutnya sebagai rutin biasa, iaitu kerana ia disambut setiap tahun maka kita juga haruslah menyambutnya pada tahun ini dengan istiadat perarakan, pembacaan berzanji, ceramah dan sebagainya. Atau lebih daripada…

Kekerasan Cemarkan Imej Islam

MASALAH yang sering dihadapi oleh umat Islam dalam memprojekkan agama Islam sebagai agama perdamaian, dinamik, progresif dan selari dengan perubahan masa dan zaman ialah realiti yang wujud di dalam masyarakat Islam dan di negara-negara Islam yang pada umumnya agak bertentangan dengan gambaran yang hendak diprojekkan itu. Perselisihan di antara umat Islam sendiri yang kadang-kadang membawa…