Hak Bersuara Ada Sempadan

DI DALAM ajaran Islam setiap kebebasan mempunyai batas dan hadnya yang tertentu. Hak bersuara umpamanya bukanlah diberikan tanpa sempadan sehingga semua orang boleh berbicara apa saja yang ia mahu tanpa mempunyai prinsip dan asas yang tertentu. Masyarakat Barat yang terkenal dengan masyarakat permisif tanpa terikat dengan prinsip nilai akhlak kerohanian memanglah memberikan hak yang luas…

Tidak Bijak Memulau Akhbar

JIKA orang-orang Islam benar-benar melaksanakan perintah agama dalam menambahkan pengetahuan dengan membaca, iaitu mengikut perintah yang diwahyukan Allah s.w.t kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w melalui ayat pertama yang diturunkan kepada baginda, maka orang-orang Islam merupakan orang yang paling banyak pengetahuannya. Malah jika perintah Allah itu dipatuhi dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh orang-orang Islam,…

Berbahaya Jika Terlalu Berpolitik

BERPOLITIK tidaklah menjadi satu kesalahan dalam mempromosi dan melaksanakan sesuatu idea atau gaga-san di dalam masyarakat kita. Kita perlu berpolitik dalam menyusun pentadbiran dan agenda sosial, ekonomi dan sebagainya. Tetapi sebagai satu umat yang terlibat dan komited dengan adab, nilai dan etika keagamaan, maka kita juga harus membataskan diri kita supaya tidak terbawa-bawa dengan sesuatu…

Jangan Sombong Ketika Berkuasa

SUNGGUHPUN Hari Raya Aidilfitri telah berlalu selama dua puluh satu hari menjelang hari ini, tetapi satu kebaikan yang ada di dalam masyarakat Islam di Malaysia ialah adat dan tradisi merayakan Hari Raya selama sebulan, iaitu keseluruhan bulan Syawal ini. Rumah terbuka dan jamuan Hari Raya masih lagi diadakan di sana sini sebagai satu wadah mengeratkan…

Menjaga Lidah dan Tingkah Laku

DUA perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku. Rasulullah s.a.w berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah…

Alaf Baru Untuk Siapa?

SAYA anggap diri saya sebagai salah seorang penulis yang bernasib baik kerana dapat menulis – walaupun dengan tulisan seringkas ini – pada hari terakhir abad serta alaf ini. Esok dengan izin Allah s.w.t kita akan memasuki abad baru yang datang hanya seratus tahun sekali, dan yang paling besar kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. esok juga…

Sesuaikah Agenda Agama Dipolitikkan?

KETIKA mengisytiharkan permulaan puasa Ramadan pada 8 Disember yang lalu di Arab Saudi, media elektronik dan cetaknya mengeluarkan arahan dan amaran secara serentak bahawa orang bukan Islam hendaklah mematuhi peraturan yang tidak membenarkan mereka makan dan minum pada siang hari di khalayak ramai sepanjang bulan puasa. Mereka akan dikenakan tindakan sekiranya melanggar peraturan ini. Saya…

Islam dan Realiti Masyarakat

REALITI sosial, ekonomi, politik dan perkembangan semasa manusia dan alam sentiasa mendapat tempat dalam pelaksanaan Islam bermula dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga ke hari kiamat. Namun satu perkara yang harus diingat, bahawa mengambil kira realiti hidup, tidak semestinya membawa kepada perubahan hukum yang muktamad tentang prinsip agama. Hukum agama tetap wujud dan sah, cuma pelaksanaannya…

Melalui Ramadan dengan Muhasabah Diri

MENJELANG bulan suci yang sedang kita lalui pada hari keduanya hari ini, kita bersyukur di atas kurniaan Allah s.w.t kepada kita semua dengan kesihatan, ketenteraman, keamanan dan kemakmuran. Ketegangan politik dalam negara kita yang agak memuncak sebelum pilihan raya yang lalu, nampaknya mulai menguncup dan reda, dengan berakhirnya persaingan merebut kerusi dan kuasa politik dengan…

Hadapi Pilihan Raya dengan Bijaksana

NEGARA kita kini sedang menghadapi suasana pilihan raya yang amat rancak. Sebagai rakyat negara yang telah menghadapi pilihan raya selama sembilan kali, rakyat Malaysia seharusnya telah matang dan berakal dalam membuat pilihan mereka dan dalam menentukan sikap serta pendirian masing-masing. Bagaimanapun, nampaknya keadaan tidaklah seperti yang diharap-harapkan, kerana dari suasana berkempen, cara meraih simpati dan…