Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:
1.1 (a) Jawatan: Pembantu Teknik Penyiaran Gred JA5 (Nota: Jawatan ini setaraf dengan Gred 5 dalam Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia) |
|
(b) Kumpulan: Pelaksana | |
(c) Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | |
1.2 Jadual Gaji Minimum RM2,256.00 Maksimum RM6,942.00 Kenaikan gaji tahunan RM145.00 (Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman) |
|
1.3 Elaun (a) Khas RM160.00 (b) Perumahan RM300.00 (c) Imbuhan Sara Hidup RM350.00 (d) Insentif Kritikal RM150.00 |
|
1.4 Syarat Lantikan
|
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan; (b) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik/elektronik, telekomunikasi, kejuruteraan audio, kejuruteraan komputer atau yang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh IKIM daripada Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf; atau (c) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik/elektronik. telekomunikasi, kejuruteraan audio, kejuruteraan komputer atau yang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh IKIM daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (d) Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (e) Mempunyai pengalaman tidak kurang dua (2) tahun bagi pemegang Diploma dan tiga (3) tahun bagi pemegang Sijil Politeknik dalam bidang berkaitan; dan (f) Calon perlu bersedia untuk bekerja dalam waktu syif dan semasa cuti umum. Calon juga perlu bersedia untuk bekerja di luar kawasan (outstation); (g) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman di dalam penyiaran radio dan mempunyai kemahiran di dalam sistem audio, audio mixer, radio automation system, system networks (LAN networking, computer networking, data networking dan sebagainya), audio over IP (AoIP), outside broadcasting, sistem pemancar dan lain-lain yang berkaitan. |
1.5 Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama
|
(a) Membantu Penerbit-penerbit dalam kerja-kerja teknikal produksi seperti rakaman, penyuntingan, ‘mixing’ dan lain-lain bagi menghasilkan bahan rancangan yang akan disiarkan pada tahap kualiti penyiaran yang tinggi; (b) Melaksanakan kerja-kerja operasi teknikal dan penyelenggaraan seperti monitor operasi studio ‘on-air’, bilik EDIT, bilik Kawalan Pusat (MCR) dan mengambil tindakan langkah-langkah pembaikan segera atas peralatan jika berlaku sebarang kerosakan dan siaran tergendala; (c) Memantau operasi sistem pemancar radio di kesemua stesen-stesen pemancar seluruh Malaysia dan mengambil tindakan langkah-langkah pembaikan segera dengan menghubungi pihak Network Operation Center (NOC) Celcom dan Telekom Malaysia (TM) jika berlaku kerosakan atau siaran tergendala; (d) Melaksanakan kesemua kerja-kerja operasi teknikal bagi sesuatu rakaman luar dan siaran langsung luar dari mana-mana lokasi termasuklah dari persiapan teknikal seperti ujian talian siaran langsung; (e) Bertindak sebagai pegawai yang bertanggungjawab bagi urusan operasi studio penyiaran terutamanya dari segi teknikal pada waktu-waktu syif dan cuti-cuti umum; (f) Membuat kerja-kerja penyelenggaraan (maintenance) berjadual ke atas semua peralatan penyiaran, sistem studio dan pemancar serta membuat laporan operasi teknikal dan kerosakan ke atas peralatan tersebut; (g) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
1.6 Cara Permohonan
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tel: 03-62046374 (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 8 Mei 2025 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.