Teknologi pada hari ini terus berkembangan. Perkembangan teknologi pada hari ini amat pantas untuk diikuti atau boleh dikatakan kita kini sedang ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi ini. Kalau kita melihat tentang perkembangan perisian (software) atau gajet-gajet yang ada pada hari ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada sahaja perisian atau gajet yang baru. Kalau kita melihat dalam telefon bimbit kita sahaja sudah cukup menggambarkan beratus-ratus perisian atau mungkin beribu-ribu yang ditawarkan. Ada yang diberi secara percuma manakala ada yang berbayar.
Perkembangan teknologi pada hari ini merentasi berbagai budaya dan bangsa yang ada di dunia. Bangsa-bangsa di dunia ini dapat disatukan melalui teknologi media baru ini. Berbagai-bagai maklumat dapat disalurkan merentasi benua sepantas kilat.
Perkembangan teknologi ini juga sebenarnya tanpa kita sedari telah membawa kesan besar kepada ideologi atau cara berfikir generasi muda. . Generasi muda atau lebih dikenali sebagai generasi Y dan Z ( lahir 1990-2010). Ideologi ini akhirnya akan mempengaruhi landskap politik sesebuah negara yang akhirnya akan membawa kepada kemusnahan atau dapat membangunkan sebuah peradaban yang baru.
Ada berbagai-bagai definasi apabila kita bercakap mengenai ideologi. Descartes menyatakan ideologi adalah inti dari semua fikiran manusia. Manakala Machiavelli pula, berpandangan ideologi adalah sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh penguasa. Menurut Francis Bacon, ideologi adalah paduan atau gabungan pemikiran yang mendasar sesuatu konsep dan menurut Karl Marx, ideologi adalah alat untuk mencapai kesetaraan dan kesejahteraan bersama dalam masyarakat. Ini lah antara definasi ringkas mengenai ideologi
Kalau kita melihat corak pada hari ini, peranan media massa juga turut berubah. Sebagai contoh, peranan suratkahabar atau telivisyen bukanlah sebagai penyalur maklumat no 1 seperti satu ketika dahulu. Kini, media baru telah memainkan peranan yang amat penting dalam persoalan ini. Masyarakat pada hari ini lebih percaya kepada media baru berbanding dengan maklumat daripada suratkahabar dan telivisyen. Telivisyen kini hanya digunakan sebagai medium hiburan bagi menonton tayangan filem, rencana atau lain-lain dokumentari. Bagi generasi Y mereka telah bergantung sepenuhnya kepada media baru dan bahan yang terdapat di media baru ini lah yang akan mencorakkan pemikiran mereka dan yang paling penting mereka adalah pemimpin di masa hadapan. Gaya kepimpinan mereka kelak besar kemungkinan akan dipengaruhi oleh bahan-bahan yang terdapat dalam media baru kerana bahan-bahan tersebut merupakan guru bagi mereka
Berita mengenai skandal seseorang pemimpin, artis atau tokoh-tokoh tertentu akan cepat tersebar tanpa dapat dikawal lagi melalui media baru ini.. Ledakan maklumat dapat kita perolehi dari berbagai-bagai sumber. Karikatur mengenai wajah-wajah pemimpin telah dijadikan bahan lawak jenaka dan sedikit sebanyak telah hilang rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Ini lah antara kesan-kesan atau pengaruh media baru dalam perkembangan teknologi. Perkembangan ini bukan hanya berlaku di Malaysia malah seluruh dunia. Kita sekarang ini sebenarnya sedang mengalami perubahan landskap politik negara kesan daripada media baru ini. Cara berpolitik masa kini tidak lagi cara dengan cara berpolitik pada masa dahulu. Oleh itu, kebebasan media baru ini harus lah dikawal oleh kerajaan berdasarkan justifikasi-justifikasi tertentu.
Kalau dilihat kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media Reporters Without Borders (RSF), Malaysia berada pada tangga 145 daripada 179. Pada tahun 2012 pula, kedudukan Malaysia adalah pada tangga ke 122.
Tiap-tiap tahun RSF menghantar kajiselidik kepada pengamal-pengamal media di Malaysia tanpa mengira media sama ada media cetak atas talian. ataupun dari wartawan-wartawan yang berkhidmat di media penyiaran, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain.
Persoalan-persoalan kaji selidik untuk membuat indeks kebebasan media adalah berdasarkan kepada tiga perkara. Pertama, kebebasan media di negara ini adakah ia dikawal oleh kerajaan, atau dimiliki oleh kerajaan. Kedua, adakah kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya dalam pemberian lesen penerbitan dan yang ketiga, adakah tindakan terhadap wartawan/cybertroper yang melaporkan tentang penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan ataupun pemimpin kerajaan.
Gejala berita palsu atau fitnah sebenarnya membawa kesan besar dalam masyarakat kita. Ia akan mengakibatkan jurang pemisahan yang semakin besar, nilai-nilai muhibah akan semakin terhakis. Ia juga akan melibatkan maruah diri dan keluarga. Oleh itu satu mekanisma baru yang lebih mantap perlu diujudkan ke arah mengawal gejala fitnah dan sebaran berita palsu ini. Sebagai contoh, sebaran berita palsu mengenai gempa bumi akan berlaku di Kuala Lumpur dan Bukit TInggi.
Sebarang berita-berita palsu yang di muat naik di laman face book atau whats app seharusnya dapat dikenakan tindakan yang sepatutnya. Tindakan seperti ini secara tidak langsung akan dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab terhadap setiap patah perkataan yang di muat naik di laman facebook misalnya. Begitu juga dengan sikap masyarakat ingin menjadi orang pertama untuk menghantar (forward) mesej yang mereka terima melalui whatss app sedangkan kesahihannya belum terbukti lagi. Dalam era digital ini, gejala-gejala seperti ini seharusnya dapat di bendung pada peringkat awal sebelum ianya menjadi lebih parah.
Kini kemajuan teknologi elektronik sedang mengubah wajah sistem komunikasi di dunia ketiga. Konsep ini dikenali sebagai kebebasan media atau “freedom of information” yang di dokong oleh Barat. Konsep ini telah diperjuangkan oleh Hak-Hak Asasai Manusia (1948). Pada prinsipnya konsep kebebasan informasi dan komunikasi menurut faham Barat tidak mengindahkan batas-batas negara dan perbezaan sistem-sistem budaya. Setiap orang siapa sahaja berhak atau bebas mempunyai, menyimpan, menerima dan menyampaikan informasi, pendapat dan idea-idea kepada siapa sahaja dan negara mana saja.
Prinsip ini sebenarnya memberikan implikasi yang besar, iaitu semua nilai-nilai asing bebas memasuki nilai-nilai budaya nasional. Sebagai contoh buku “ The Salmanic Verses” oleh Satan Rusdee merupakan satu contoh konsep kebebasan informasi menurut faham Barat. Begitu juga dengan filem “Innocence of Muslim” atau nama asalnya Desert Warriors yang bersifat anti Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW terutama di Amerika, Peranchis dan Jerman.
Al’Quran sebagai kitab dapat kita kategorikan sebagai salah satu jenis media cetak. Jadi sebagai media cetak ianya memiliki fungsi-fungsi yang lebih kurang sama dengan fungsi-fungsi media cetak yang lain. Sebagai contoh fungsi mendidik, fungsi mengkritik, fungsi pengawasan sosial, fungsi hiburan (hiburan yang sihat dan dibenarkan), fungsi untuk menyalurkan aspirasi masyarakt dan lain-lain lagi. Jadi, sebagai kesimpulannya adalah media baru dapat berfungsi sebagaimana yang dinyatakan di atas ini atau media baru ini lebih banyak berfungsi ke arah keburukan dari kebaikan?