{"id":12694,"date":"2015-10-08T01:59:10","date_gmt":"2015-10-08T01:59:10","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/ikimwp\/?p=12694"},"modified":"2015-10-08T01:59:10","modified_gmt":"2015-10-08T01:59:10","slug":"zulhijjah-dirai-roh-pengorbanan-dihayati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/zulhijjah-dirai-roh-pengorbanan-dihayati\/","title":{"rendered":"Zulhijjah Dirai, Roh Pengorbanan Dihayati"},"content":{"rendered":"<p>Ditulis oleh \u00a0Norkumala binti Awang \u00a0Diterbitkan :\u00a0<img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-12470\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/utusan_malaysia.png\" alt=\"utusan_malaysia\" width=\"70\" height=\"30\" \/><\/p>\n<p>Zulhijah merupakan bulan yang sarat dengan pelbagai peristiwa sejarah, bakal kita tempuhi sedikit masa lagi. Zulhijjah sinonim\u00a0 dengan rukun Islam yang kelima\u00a0 iaitu\u00a0 haji dan juga ibadah korban. Keistimewaan bulan Zulhijjah bukan hanya khusus untuk mereka yang menunaikan fardu haji semata-mata,\u00a0 tetapi juga memberi kelebihan pada mereka yang tidak menjadi tetamu Allah.\u00a0 Jarang sekali kita mendengar ramai orang yang menunggu akan ketibaan malam satu Zulhijjah sepertimana menantinya kedatangan bulan Ramadan.\u00a0 Sedangkan, kelebihan sepuluh \u00a0hari awal bulan Zulhijjah wajar direbut dan dinikmati bagi umat Islam yang mencari medan pahala sebagai bekalan ke akhirat.\u00a0 Seperti mana sabda Rasullullah SAW daripada Ibnu Umar RA\u00a0 yang bermaksud:&#8221; Tidak ada hari yang lebih besar disisi Allah SWT\u00a0 dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil,\u00a0 bertakbir dan\u00a0 bertahmid.&#8221;<\/p>\n<p>Menurut \u00a0al-Hafiz\u00a0 Ibnu Hajar, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijah ini ialah kerana di dalamnya\u00a0 terhimpun beberapa ibadat yang besar iaitu\u00a0 solat,\u00a0 puasa,\u00a0 sedekah dan haji.\u00a0 Sedangkan pada waktu yang lain,\u00a0 ibadat-ibadat tersebut\u00a0 tidak pernah terhimpun sebegitu.\u00a0 Ia juga seperti pesta ibadah\u00a0 bagi\u00a0\u00a0 umat Islam\u00a0 yang tahu memanfaatkannya.\u00a0 Setiap Muslim hendaklah menyambut dan meraikan kedatangan musim kebajikan\u00a0 dan medan pahala tersebut dengan penuh kesyukuran. Malah seharusnya perlu dihadirkan rasa bertaubat yang bersungguh-sungguh\u00a0 dengan meninggalkan segala dosa dan maksiat.\u00a0 Ini kerana dosalah yang menyekat dan menghalang\u00a0 manusia daripada melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada Allah.<\/p>\n<p>&#8220;Tidak ada satu pun amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).&#8221; Para sahabat bertanya: &#8220;Tidak pula jihad di jalan Allah?&#8221; Nabi SAW menjawab, &#8220;Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya\u00a0 dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).&#8221;[Ahmad, at-Tirmizi]. Keistimewaan ini tidak ditawarkan pada\u00a0 bulan bulan yang lain, apakah masih sanggup kita membiarkan ia berlalu begitu sahaja? Barangkali, bagi sesetengah orang,\u00a0 ia dipandang sebagai\u00a0 remeh\u00a0 kerana masih\u00a0 mempunyai\u00a0 persepsi bahawa bulan Zulhijjah milik mereka yang menunaikan haji\u00a0 untuk melipatgandakan amal ibadah.<\/p>\n<p>Mendekatkan diri kepada Allah memerlukan rasa mujahadah yang tinggi.\u00a0\u00a0 Pengorbanan untuk melawan hawa nafsu dan mengikat diri untuk menjadi hamba yang taat\u00a0 perintahNya\u00a0 perlu dididik dalam jiwa\u00a0 setiap individu muslim.\u00a0 Inilah semangat pengorbanan yang wajar dipupuk dalam ertikata\u00a0 menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh dua insan yang berjiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.\u00a0 Ibadah korban yang dilakukan sempena hari raya Aidil Adha bukan semata-mata menyembelih binatang dan memberi sedekah kepada yang memerlukan tetapi rohnya jauh lebih besar.\u00a0 Simbolik daripada ibadah ini ialah semangat pengorbanan dan jihad yang tinggi perlu ada bagi setiap individu muslim. Kita perlu mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat malah sanggup berkorban jiwa, tenaga, masa dan harta demi merealisasikan matlamat tersebut.<\/p>\n<p>Kecekalan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah memberikan sumber inspirasi kepada umat manusia pada hari ini.\u00a0 Mereka mengorbankan jiwa raga dan perasaan demi perintah Allah. Maka dengan itu wajar kita\u00a0 mencontohi kekuatan iman dan semangat pengorbanan yang telah dipamerkan oleh dua susuk tubuh\u00a0 yang agung tersebut.\u00a0 Demi mencari\u00a0 keredhaan Allah,\u00a0 pengorbanan jiwa raga, masa dan tenaga\u00a0 serta harta benda ditagih. Kita tidak akan kehilangan sekiranya ada perkara yang perlu dikorbankan demi mencari keredhaan Allah. Malah ia merupakan satu pengorbanan yang akan dibalas jua dengan ganjaran yang sebaik baiknya oleh Allah.\u00a0 Al-Quran juga mengabadikan kisah sejarah\u00a0 yang membuktikan kejayaan dan keberkatan hidup adalah hasil daripada pengorbanan.\u00a0 Pengorbanan ibu Nabi Musa AS yang menghanyutkan\u00a0 zuriatnya demi menurut perintah Allah\u00a0 melebihi\u00a0 daripada keinginan untuk\u00a0 mendakap\u00a0 puteranya.\u00a0 Pengorbanan yang tulus itu akhirnya dibalas oleh Allah dengan mengangkat puteranya Nabi Musa menjadi Rasul.<\/p>\n<p>Realitinya hari ini, ramai umat Islam yang\u00a0 sanggup mengeluarkan wang ringgit untuk menjalani ibadah korban dengan menyembelih binatang tetapi tidak sanggup untuk mentaati perintah Allah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum lain.\u00a0 Sikap ini seolah-olah hanya memahami ibadah korban itu sebagai ritual semata-mata tanpa ada roh pengajaran yang sebenar daripadanya. Masih ramai yang tidak\u00a0 menunaikan solat lima waktu, menutup aurat\u00a0 serta tidak melaksanakan perintah Allah bertepatan dengan ajaran yang telah digariskan dalam Islam.\u00a0 Malah umat Islam\u00a0 tidak segan silu berterusan\u00a0 mengamalkan perkara yang dilarang oleh Allah seperti rasuah, menipu,\u00a0 bermusuhan, serta bergelumang dengan maksiat judi, zina\u00a0 dan banyak lagi.<\/p>\n<p>Musuh utama dalam menggerakkan misi pengorbanan\u00a0 ditunjangi oleh hawa nafsu dan syaitan. Kita tidak mampu untuk berkorban dengan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri\u00a0 sekiranya masih dihalangi oleh runtunan nafsu dan godaan syaitan.\u00a0 Musuh tersebut akan\u00a0 menjadikan manusia\u00a0 lebih menyayangi harta benda\u00a0 dan wang ringgit,\u00a0 berasa rugi serta membuang masa apabila melakukan amal kebajikan dan perkara yang bermanfaat.\u00a0 Malah\u00a0 pelbagai lagi godaan yang menyebabkan manusia\u00a0 terpedaya.\u00a0 Dengan\u00a0 tipu daya tersebut umat Islam juga malas untuk melaksanakan ibadah, khususnya dalam melipatgandakan\u00a0 pahala bersedekah, berpuasa, berzikir dan solat sunat dalam bulan Zulhijjah.<\/p>\n<p>Pelaksanaan ibadah korban juga harus dimaknai sebagai suatu pendidikan kepada mereka yang mampu memberikan\u00a0 sebahagian daripada harta kekayaan kepada umat manusia yang amat\u00a0 memerlukannya.Malah semangat pengorbanan hasil daripada ibadah tersebut mampu mengikis kecenderungan sifat \u2018keakuan&#8217; yang mendominasi peribadi seseorang individu. Walaubagaimanapun, pengorbanantidak hanyaterbatas kepada harta benda sahaja tetapi jugamerangkumi kemampuan intelektual, masa dan tenaga dalam membangunkan sesebuah masyarakat.<\/p>\n<p>Zulhijah akan berlalu seperti mana perginya Ramadhan atau bulan-bulan yang lain. Banyak ruang dan peluang yang Allah berikan kepada hambanya untuk dinikmati. Sekiranya kita melepaskan peluang ini maka\u00a0 terlepas jualah\u00a0 untuk kita meraih nikmat dan rahmatNya.\u00a0 Malah sekiranya semangat perjuangan dan pengorbanan Aidil Adhaitu tidak dihayati,\u00a0 manfaatnya juga tidak akan dapat dirasai.<\/p>\n<p>Justeru semangat pengorbanan sempena musim kebajikan ataupun\u00a0 bulan Zulhijjah ini perlu dinilai dan dimuhasabahkan kembali.\u00a0 Semangat ini perlu\u00a0 dipupukagar selari dengan\u00a0 amalan seharian.\u00a0 Kita seharusnya sanggup dan bersedia untuk melakukan pengorbanan dalam mencari keredhaan Allah, mengorbankan keinginan\u00a0 nafsu yang\u00a0 mendorong kepada\u00a0 kejahatan dan berkorban masa serta tenaga untuk dimanfaatkan dalam mentaati segala suruhan Allah.\u00a0 Ini merupakan penghayatan yang hakiki dan ikhlas demi meraih ganjaran daripada Allah.Umat Islam harus meletakkan matlamat meraikan Zulhijah dengan menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh\u00a0 insan-insan terdahulu. Semoga dengan roh pengorbanan umat Islam\u00a0 pada hari ini akan\u00a0 menjulang nama Islam dan kelangsungannya demi generasi akan datang.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/survey.ikim.gov.my\/index.php\/survey\/index\/sid\/849218\/lang\/ms\" target=\"_blank\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-12430 size-full\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/wp-content\/uploads\/2015\/09\/kajian.png\" alt=\"kajian\" width=\"341\" height=\"132\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ditulis oleh \u00a0Norkumala binti Awang \u00a0Diterbitkan :\u00a0 Zulhijah merupakan bulan yang sarat dengan pelbagai peristiwa sejarah, bakal kita tempuhi sedikit masa lagi. Zulhijjah sinonim\u00a0 dengan rukun Islam yang kelima\u00a0 iaitu\u00a0 haji dan juga ibadah korban. Keistimewaan bulan Zulhijjah bukan hanya khusus untuk mereka yang menunaikan fardu haji semata-mata,\u00a0 tetapi juga memberi kelebihan pada mereka yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":12949,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-12694","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12694","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12694"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12694\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12694"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12694"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12694"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}