{"id":14066,"date":"2015-12-01T15:36:23","date_gmt":"2015-12-01T15:36:23","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/ikimwp\/?p=14066"},"modified":"2015-12-01T15:36:23","modified_gmt":"2015-12-01T15:36:23","slug":"isu-pemutihan-kahwin-lari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/isu-pemutihan-kahwin-lari\/","title":{"rendered":"Isu Pemutihan Kahwin Lari"},"content":{"rendered":"<p>Ditulis oleh Siti Shamsiah binti Md Supi\u00a0. Diterbitkan <img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-12470\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/utusan_malaysia.png\" alt=\"utusan_malaysia\" width=\"70\" height=\"30\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Nikah di Siam, daftar di Pahang. Tiada pertuduhan dan tiada denda. Itu peluang yang diberikan oleh Majlis <\/span><span style=\"color: #000000;\">Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) <\/span><span style=\"color: #000000;\">kepada pasangan yang berkahwin lari di Selatan Thailand, sehingga akhir Januari 2016.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Rasional program pemutihan ini dilaksanakan adalah bagi membantu pasangan-pasangan terbabit yang mengalami pelbagai masalah disebabkan perkahwinan mereka tidak diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan. Bukan sekadar pasangan sahaja yang menanggung masalah sebagai akibat perbuatan mereka, anak-anak yang dilahirkan daripada perkahwinan lari ini juga turut berhadapan dengan berbagai-bagai masalah. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Apabila kelahiran mereka gagal untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, sudah tentu permasalahan lain akan menyusul. Seperti pendaftaran persekolahan dan urusan simpanan wang di bank. Malah, bantuan zakat juga sukar untuk disalurkan kepada anak-anak bagi perkahwinan sebegini. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Itu justifikasi yang dibuat oleh pihak Majlis sebagai pihak berkuasa negeri yang tentunya sebelum itu sudah melakukan tinjauan dan menyaksikan pelbagai implikasi yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan terlibat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Saya juga dapat melihat bahawa ia adalah untuk membendung akibat-akibat tidak baik yang mungkin boleh berlaku pada masa akan datang. Juga sebagai usaha untuk memelihara masa hadapan generasi akan datang yang dilahirkan daripada perkahwinan lari daripada prosedur dan undang-undang negeri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Walau bagaimanapun di satu sudut yang lain, jangka masa tiga bulan yang disediakan oleh pihak berkuasa negeri adalah satu tempoh yang amat selesa bagi segelintir pihak untuk mengambil peluang berkahwin lari. Mereka seterusnya dapat mendaftarkan pernikahan mereka tanpa rasa bersalah. Barangkali agensi-agensi yang menawarkan perkhidmatan kahwin lari di lima daerah di Selatan Thailand juga akan turut memperalatkan program pemutihan ini untuk menarik minat bakal-bakal pasangan<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">menerima perkhidmatan mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Saya percaya kalangan wali adalah antara pihak yang akan berasa tidak berpuas hati. Ini kerana seolah-olahnya, program pemutihan yang dilaksanakan telah menafikan hak dan peranan wali terhadap wanita yang berada di bawah perwalian mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Berkahwin lari adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang. Bagi sesetengah sektor pekerjaan terutamanya sektor kerajaan, perbuatan berkahwin lari akan memberi kesan kepada reputasi atau nama baik pekerja. Tetapi program pemutihan ini menjadi suatu peluang yang boleh ditinjau dan didalami dengan lebih lanjut oleh segelintir individu yang mempunyai hasrat untuk berkahwin lari tetapi mempunyai kekangan tertentu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Selanjutnya, saya juga percaya ia akan memberikan rasa bimbang kepada kalangan isteri. <\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><span style=\"color: #000000;\">Kebimbangan kerana dimadukan tanpa pengetahuan dan tanpa sebarang persediaan dari sudut emosi juga mental. Pada masa yang sama ia<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">dibenarkan untuk didaftarkan walaupun tanpa menurut prosedur biasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Saya tidak menolak kemungkinan jika perkara ini berlaku, ia akan memberi tamparan hebat kepada golongan isteri. Kedudukan mereka yang selama ini dipelihara oleh undang-undang, seolah-olahnya dinafikan begitu sahaja. Sementelah proses permohonan poligami yang dilaksanakan di negara ini akan dibuat dalam pengetahuan isteri sedia ada. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sudah menjadi sebahagian daripada prosedur bahawa pandangan mereka <\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><span style=\"color: #000000;\">akan diminta bagi perkahwinan yang dicadangkan oleh suami mereka. Walaupun keputusan mahkamah tidak semestinya memihak kepada mereka, tetapi sekurang-kurangnya sudah ada dalam pemikiran mereka tentang keadaan perkahwinan mereka pada masa akan datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Isteri yang terbabit akan mengalami kejutan dan rasa terkilan. Selanjutnya ia boleh mengakibatkan kemurungan, jika konflik atau krisis secara agresif dalam rumah tangga tidak berlaku.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Tanpa menafikan tujuannya adalah baik bagi pernikahan yang sudah pun dilaksanakan tetapi masih belum lagi didaftarkan, isu dan permasalahan yang saya bangkitkan ini mungkin boleh difikirkan secara bersama sebagai antara risiko kepada program pemutihan yang dilaksanakan itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sebenarnya saya juga melihat bahawa di situ terdapat peluang dan ruang yang sangat baik, ketika program pemutihan ini dilaksanakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Walaupun pendaftaran terhadap pernikahan itu tidak disusuli dengan sebarang pendakwaan atau hukuman dan denda, tetapi soal selidik mungkin boleh dilakukan. Pasangan<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">tidak dikenakan dengan sebarang tindakan undang-undang, tetapi mereka perlu bekerjasama untuk memberi data-data tertentu. Atau menjawab soalan-soalan tertentu yang sebelum itu sudah pun dirangka oleh golongan pengkaji yang profesional.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Semua maklumat dikumpulkan dalam satu data base, dan ia boleh dimanfaatkan oleh mana-mana pihak yang berminat. Asal sahaja pihak-pihak berkenaan boleh menghasilkan sesuatu yang boleh memberikan kebaikan kepada masyarakat.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><span style=\"color: #000000;\">Daripada maklumat yang diperoleh itu, barangkali pihak berkuasa boleh melihat permasalahan-permasalahan tertentu dalam kalangan pasangan yang berkahwin lari. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Contohnya faktor-faktor yang mendorong mereka memilih tindakan berkenaan. Barangkali ia diakibatkan oleh sikap-sikap tertentu wali. Atau kerenah ahli keluarga tertentu dalam keluarga berkenaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Selain itu, tahap kepuasan hati kalangan pasangan yang terlibat juga boleh diukur. Mungkin perkahwinan yang dibina benar-benar dapat memberikan kebahagiaan kepada mereka walaupun terpaksa mengambil langkah sedemikian. Ataupun peratusan yang berasa kesal dan menderita itu lebih besar berbanding dengan mereka yang mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Selain itu keadaan hubungan sesama ahli keluarga setelah berlakunya kahwin lari oleh pasangan terbabit juga boleh dikenal pasti. Sama ada pasangan mengalami peminggiran oleh ahli keluarga dan saudara-mara, ataupun mereka tetap diterima seperti biasa. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Itu adalah sebahagian daripada persoalan-persoalan yang boleh dikemukakan. Kemungkinan terdapat persoalan-persoalan lain yang mampu memberikan penemuan-penemuan yang sebelum ini tidak mampu dibayangkan oleh sesiapa. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Maka di sini kita dapat lihat bahawa, walaupun isu pertama yang dilihat itu adalah berkaitan undang-undang, tetapi ia turut memberi akibat dan<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">menghasilkan permasalahan-permasalahan dalam ruang lingkup sosial yang lebih luas. Juga tidak menghairankan jika terdapat isu-isu yang boleh diukur dengan input ekonomi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Program pemutihan yang dirintis oleh Negeri Pahang mungkin akan diikuti oleh negeri-negeri lain atas rasional dan justifikasi tertentu. Adalah sangat baik jika program ini turut melibatkan agensi-agensi yang lain, termasuk dari pihak kerajaan pusat, universiti dan institusi penyelidikan supaya kebaikan itu bukan hanya tertumpu pada golongan tertentu sahaja, tetapi sebagai suatu usaha demi kesejahteraan kepada masyarakat secara menyeluruh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/survey.ikim.gov.my\/index.php\/survey\/index?sid=584518&amp;lang=ms\" target=\"_blank\"><span style=\"color: #000000;\"><img decoding=\"async\" src=\"images\/banners\/kajian.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ditulis oleh Siti Shamsiah binti Md Supi\u00a0. Diterbitkan Nikah di Siam, daftar di Pahang. Tiada pertuduhan dan tiada denda. Itu peluang yang diberikan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) kepada pasangan yang berkahwin lari di Selatan Thailand, sehingga akhir Januari 2016. Rasional program pemutihan ini dilaksanakan adalah bagi membantu pasangan-pasangan terbabit&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":25,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-14066","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14066","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14066"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14066\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14066"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14066"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14066"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}