{"id":14072,"date":"2015-12-02T15:42:12","date_gmt":"2015-12-02T15:42:12","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/ikimwp\/?p=14072"},"modified":"2015-12-02T15:42:12","modified_gmt":"2015-12-02T15:42:12","slug":"pelarian-manusia-merupakan-satu-fenomena-yang-sentiasa-berlaku-apatah-lagi-jika-wujud-krisis-dalam-negara-tertentu-konvensyen-geneva-1951-mendefinasikan-seseorang-pelarian-ialah-seorang-yang-berada-d","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/pelarian-manusia-merupakan-satu-fenomena-yang-sentiasa-berlaku-apatah-lagi-jika-wujud-krisis-dalam-negara-tertentu-konvensyen-geneva-1951-mendefinasikan-seseorang-pelarian-ialah-seorang-yang-berada-d\/","title":{"rendered":"Pelarian Manusia Dari Perspektif Islam"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Ditulis oleh Mohamad A&#8217;sim bin Ismail . Diterbitkan <img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-12470\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/utusan_malaysia.png\" alt=\"utusan_malaysia\" width=\"70\" height=\"30\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pelarian manusia merupakan satu fenomena yang sentiasa berlaku apatah lagi jika wujud krisis dalam negara tertentu. Konvensyen Geneva 1951 mendefinasikan seseorang pelarian ialah <\/span><span style=\"color: #000000;\">seorang yang berada di luar negara asalnya, mempunyai perasaan takut yang berasas atas sebab &#8211; sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, pandangan politik atau keahlian dalam sesuatu kumpulan sosial, dan disebabkan perasaan takut tersebut, mereka tidak dapat atau tidak sanggup mendapatkan perlindungan negara itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Terkini, konflik keganasan dan peperangan di negara Syria menjadi punca kebanjiran pelarian rakyat Syria ke negara jirannya seperti Jordan, Iraq, Lubnan, Turki dan juga ke seluruh dunia khasnya ke Eropah.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malaysia juga tidak terkecuali daripada menjadi potensi destinasi pelarian Syria apabila pihak berkuasa memberi harapan kepada 3 ribu pelarian Syria untuk berlindung di Malaysia dalam tempoh 3 tahun akan datang. Selain itu, di Malaysia sudah ada pelarian dari negara seperti Myanmar, Somalia, Sri Langka dan Afghanistan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Syariat Islam melihat perlindungan kepada manusia adalah satu keperluan asas. Ini termasuk perlindungan kepada pelarian atau orang berhijrah di atas pelbagai sebab, khasnya yang melibatkan ancaman keselamatan diri dan nyawa. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Orang Islam yang memberi perlindungan kepada golongan berhijrah disifatkan sebagai orang-orang beriman.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Ini seperti termaktub di dalam al-Quran, surah al-Anfal, ayat 74 yang bermaksud:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"color: #000000;\">Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan, mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.<\/span><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sejarah Islam mencatatkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat meninggalkan Mekah setelah kaum Quraish iaitu penguasa Mekah pada zaman jahiliyah mengancam keselamatan mereka. Baginda SAW dan para sahabat diberi perlindungan memenuhi keperluan hak asasi mereka oleh penduduk Madinah.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Ini merupakan teladan terawal sejarah manusia dalam perhubungan di antara pencari perlindungan dengan pemberi perlindungan.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Hak asasi pencari perlindungan dihubungkaitkan dengan kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh pemberi perlindungan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Islam menggesa umatnya memberi perlindungan bukan sahaja kepada pencari perlindungan daripada kalangan orang Islam bahkan juga bukan Islam. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pencari perlindungan yang diberi aman tidak boleh dipaksa untuk menukar agama mereka, tidak boleh diabaikan hak keperluan asas mereka, perlu ditolong untuk menyatukan ahli keluarga mereka, dan dijamin nyawa serta harta benda mereka.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"color: #000000;\">Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> (Surah al-Taubah, ayat 6)<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Bahkan mereka tidak boleh dipulangkan ke negara asal jika menghadapi ancaman keselamatan diri di dalam negara mereka sendiri.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Jika dilihat dalam perlembagaan atau piagam Madinah yang dibina oleh nabi Muhammad SAW pada tahun pertama Hijrah, bersamaan dengan 622 Masihi, hak bukan Islam adalah dijamin dan dilindungi. Piagam Madinah mengandungi peraturan berasaskan Syariat Islam bagi membentuk negara Islam yang mengandungi pelbagai kaum termasuk golongan bukan Islam.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Di antara terma dalam piagam berkenaan ialah semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat dan upacara keagamaan masing-masing.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Ini memberi petunjuk bahawa Islam menuntut agar perlindungan merangkumi semua pihak termasuk orang bukan Islam. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Dalam arena antarabangsa semasa, Pertubuhan Negara Islam (OIC) turut mengeluarkan ketetapan tentang hak asasi tentang pelarian yang mencari perlindungan.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Artikel 12 Deklarasi OIC menyatakan bahawa setiap<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">orang<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">berhak, dalam<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">rangka<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Syariah,<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">bergerak bebas<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">dan<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">memilih<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">tempat<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">tinggal sama ada <\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><span style=\"color: #000000;\">di dalam atau<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">di luar<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">negara, serta jika dianiaya, berhak<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">mencari suaka di negara lain. Negara tersebut perlu memastikan perlindungannya sehingga dia<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">di<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">tahap<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">selamat,<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">kecuali<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">suaka<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">didorong<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">tindakan<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">yang<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Syariat Islam <\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><span style=\"color: #000000;\">menganggapnya sebagai jenayah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Undang-undang Antarabangsa mengenai hak pelarian dan peminta suaka politik adalah sesuai dengan norma Syariat Islam.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Banyak persamaan yang wujud di antara kedua-duanya kerana Islam merupakan agama fitrah.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Ia menepati kehendak naluri manusia.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Pada masa yang sama, agama Islam kukuh dengan prinsip-prinsipnya yang benar. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres, pernah menyatakan bahawa Syariat Islam memperkukuhkan lagi prinsip hak kemanusiaan dalam persaudaraan, persamaan, dan bertolak ansur sesama bangsa manusia. Mengurangkan penderitaan, membantu dan memberi perlindungan, menjamin keselamatan kepada golongan yang memerlukan walaupun pihak musuh, merupakan sebahagian daripada Syariat Islam.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Elemen ini telah pun wujud berabad-abad lamanya mendahului perjanjian-perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi manusia termasuk hak pelarian dan prinsip tiada ektradisi yang boleh mengancam keselamatan pencari perlindungan.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Ini merupakan satu pengiktirafan kepada prinsip-prinsip Islam dalam isu-isu pelarian dunia ketika ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Secara kesimpulannya, Islam menunjukkan kepada manusia keperluan asas mereka dan hak-hak manusia yang perlu ditunaikan termasuk kepada pencari perlindungan.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Negara kita telah pun menunjukkan komitmen positif kepada pelarian atau pencari perlindungan.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Pelarian yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dibenarkan tinggal sementara di negara ini selain dikecualikan daripada penguatkuasaan undang-undang imigresen.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sudah tentu langkah bijaksana telah diambil kira oleh pihak berkuasa dalam menanggani isu pelarian, sehingga hak kemanusiaan yang dianjurkan oleh Islam dapat diambil menjadi teladan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"http:\/\/survey.ikim.gov.my\/index.php\/survey\/index?sid=584518&amp;lang=ms\" target=\"_blank\"><span style=\"color: #000000;\"><img decoding=\"async\" src=\"images\/banners\/kajian.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ditulis oleh Mohamad A&#8217;sim bin Ismail . Diterbitkan Pelarian manusia merupakan satu fenomena yang sentiasa berlaku apatah lagi jika wujud krisis dalam negara tertentu. Konvensyen Geneva 1951 mendefinasikan seseorang pelarian ialah seorang yang berada di luar negara asalnya, mempunyai perasaan takut yang berasas atas sebab &#8211; sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, pandangan politik atau keahlian dalam&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-14072","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14072","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14072"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14072\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14072"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14072"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14072"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}