{"id":14630,"date":"2015-12-21T15:03:28","date_gmt":"2015-12-21T15:03:28","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/ikimwp\/?p=14630"},"modified":"2015-12-21T15:03:28","modified_gmt":"2015-12-21T15:03:28","slug":"rasulullah-bahasa-luhur-dan-pemikiran-aras-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/rasulullah-bahasa-luhur-dan-pemikiran-aras-tinggi\/","title":{"rendered":"Rasulullah, Bahasa Luhur, dan Pemikiran Aras Tinggi"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Ditulis oleh Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail. Diterbitkan\u00a0<img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-13249\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/wp-content\/uploads\/2015\/11\/logo-artikel.png\" alt=\"logo-artikel\" width=\"50\" height=\"50\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Selang beberapa hari lagi, sebagaimana yang lazim berlaku saban tahun, Umat Islam di pelbagai tempat akan meraikan Ulang Tahun kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sempena sambutan <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">Mawlid<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> Baginda yang terdekat ini, ada baiknya jika kita turut merenung dua perkara yang sangat jarang dibicarakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pertama, Agama Islam yang merupakan Risalah Allah melalui Baginda itu sejak dari awal telah menyedia dan memupuk Umat Islam untuk mencapai tahap tertinggi dalam pemikiran yang benar murni. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Kedua, penyediaan dan pemupukan yang dimaksudkan di atas terlaksana melalui pemupukan dan pemeliharaan bahasa yang baik, yang khusus merujuk kepada bahasa yang disuai-olahkan oleh Wahyu Terakhir&#8212;Bahasa Arab&#8212;namun tetap merangkum semua bahasa Umat Islam yang diorientasikan semula oleh wahyu tersebut, termasuk Bahasa Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tahap tertinggi pemikiran? <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Penting untuk disedari bahawa pada peringkat tertinggi, pemikiran akan bersifat <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">abstrak<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> (atau dalam istilah Arabnya, <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">mujarrad<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malah, yang benar-benar dapat bersifat <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">abstrak<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> atau <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">mujarrad<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> itu hanyalah perkara-perkara yang <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">universal<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">, atau <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">kulli<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Perkara-perkara yang setulennya <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">universal<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> atau <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">kulli<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> ini pula tidak akan dapat secara langsung dilakar ataupun diukir untuk tanggapan inderawi tetapi hanya dapat difahami oleh akal, khasnya melalui olahan bahasa yang betul.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Satu misalan yang pernah disentuh oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazzali (yang turut kita kenangi ulang tahun kewafatannya yang ke-904 pada bulan Disember ini) dapat menjelaskan lagi erti universal dan abstrak ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Beliau pernah memetik pena (<\/span><em><span style=\"color: #000000;\">al-qalam<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">) sebagai satu contoh untuk membezakan faham (atau konsep) yang universal daripada khayalan atau tanggapan inderawi yang juz\u2019i (atau <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">particular<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sebagaimana yang pernah kita alami, pelbagai bentuk dan jenama pena yang mampu ditanggap oleh pancaindera manusia (boleh dilihat oleh mata dan disentuh oleh tangan) kemudiannya dapat dirakam dan dikenang dalam rupa-bentuknya masing-masing oleh daya khayal (atau imaginasi) insan, meskipun pena-pena asal itu semuanya sudah tiada lagi. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Susulan daripada penelitian tekun insan terhadap segala perkara dan segi berkaitan pena, akal insan yang menjadi jelas tentang hakikat pena dapat pula memahami suatu rumusan-makna umum yang serba merangkum semua rupa-bentuk pena, iaitu: \u201calat yang dengannya butiran-butiran ilmu dicatat dan dirakam.\u201d<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Makna yang ditanggap oleh akal ini bersifat <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">kulli<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> (iaitu: menyeluruh dan serba meliputi sebarang pena) lagi <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">mujarrad<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> (yakni: tiada dibataskan pada bahan tertentu pena dan tiada pula terikat dengan apa-apa perkara inderawi yang lazim mendampingi satu-satu pena seperti warna, ukuran, berat, dan yang sebagainya).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Justeru, makna pena yang sedemikian bukan sahaja tiada terhad tertakluk kepada mana-mana pena tertentu tetapi juga merentas-melangkaui sebarang rupa-bentuk zahir pena yang ditanggap oleh deria insan. <\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Makna tersebut turut bersifat benar senantiasa, tidak subjektif (tiada bergantung pada peribadi insan tertentu), tidak juga relatif (bukan bernisbahkan tempat atau masa tertentu).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sifat <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">mujarrad<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> dan <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">kulli<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> ini juga, sekiranya diperhalusi, juga mencirikan dua teras Agama Islam: keimanan dengan Allah dengan segala Sifat Kesempurnaan-Nya dan Nabi Muhammad S.A.W. dengan seluruh sifat mulia pada dirinya, baik yang zahir mahupun yang batin. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Kalimah syahadah yang diulang sebut sekurang-kurangnya lima kali (atau sepuluh kali) sehari dalam setiap solat fardu menayangkan penegasan berterusan perihal dua teras tersebut. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Keimanan sedemikian pula diasaskan atas dasar ilmu, bukan ikut-ikutan, bukan telahan pendapat peribadi, bukan juga ciptaan khayalan diri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malah, sangat ketara berbeza dengan penganut agama-agama yang lain, Umat Islam sama sekali dilarang daripada melakukan sebarang lakaran dan ukiran (yang bercirikan tanggapan inderawi) untuk memerihalkan Allah dan Rasul-Nya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sebaliknya, pemerihalan tersebut serta kesedaran dalam diri mereka yang terbit daripada pemerihalan itu berlangsung tanpa putus melalui kata-kata yang tepat dan jelas; yakni, dengan bahasa yang dipelihara dan dipupuk dalam pendidikan pada pelbagai tingkat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Bahkan syahadah itu sendiri terdiri daripada kata-kata yang disedari dan dihayati.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Larangan penggunaan wahana yang mudah diterima oleh deria insani (iaitu lakaran, ukiran dan yang seumpamanya), seiring dengan pemanfaatan sehabis mungkin wahana akal (yakni bahasa yang jelas dan tepat), dalam memerihalkan dan menyedari secara berterusan dua teras agama ini jelas menunjukkan bahawa Islam memang menyedia dan memupuk Umatnya untuk mencapai tahap paling luhur dalam pemikiran&#8212;tahap yang abstrak dan universal. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malangnya, kebelakangan ini, dalam merencana dan membangunkan kaedah serta pendekatan pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan teknologi informasi, komunikasi dan multimedia yang kian canggih, Umat Islam cenderung untuk mengutamakan pengasahan saluran dan tanggapan inderawi dan meminggirkan penghalusan bahasa akal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Akibatnya kini, bukan sahaja para pelajar, tetapi juga para pengajar, mudah rasa bosan dan kurang tertarik dengan syarahan dan bacaan padat berisi untuk santapan budi, namun senang pula terpesona dengan paparan imej beraneka yang memukau indera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Jika kecenderungan ini dibiarkan tanpa kawalan dan panduan, bagaimana mungkin Umat ini bangkit mencapai keluhuran akal dan kemuncak pemikiran? <\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ditulis oleh Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail. Diterbitkan\u00a0 Selang beberapa hari lagi, sebagaimana yang lazim berlaku saban tahun, Umat Islam di pelbagai tempat akan meraikan Ulang Tahun kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Sempena sambutan Mawlid Baginda yang terdekat ini, ada baiknya jika kita turut merenung dua perkara yang sangat jarang dibicarakan. Pertama, Agama Islam yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":14781,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-14630","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14630","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14630"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14630\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14630"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14630"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14630"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}