{"id":14634,"date":"2016-01-04T15:05:04","date_gmt":"2016-01-04T15:05:04","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/ikimwp\/?p=14634"},"modified":"2016-01-04T15:05:04","modified_gmt":"2016-01-04T15:05:04","slug":"kesedaran-kitar-semula-kewajipan-semua","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kesedaran-kitar-semula-kewajipan-semua\/","title":{"rendered":"Kesedaran Kitar Semula: Kewajipan Semua"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Ditulis oleh Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Diterbitkan\u00a0<img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-12470\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/utusan_malaysia.png\" alt=\"utusan_malaysia\" width=\"70\" height=\"30\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila menyebut tentang kitar semula pastinya rata-rata kita tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula. Namun untuk lebih jelas lagi, kitar semula sebenarnya merupakan proses yang melibatkan pengolahan semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baharu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kitar semula merupakan amalan yang sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian bagi mengurangkan bahan-bahan buangan, penggunaan bahan mentah baharu, penggunaan tenaga, pencemaran, dan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barangan baharu daripada bahan mentah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Namun persoalannya, sejauh manakah amalan kitar semula ini dipraktikkan oleh masyarakat kita pada hari ini? Jika dilihat daripada jumlah timbunan sampah yang dilupuskan di tapak-tapak pelupusan sampah pada setiap hari, ia jelas mencerminkan bahawa tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula masih lagi terlalu rendah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malah, diianggarkan secara purata rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 33, 000 tan sisa pepejal pada setiap hari. Ini bermakna sisa pepejal yang dihasilkan adalah kira-kira 12 juta tan metrik setahun. Daripada jumlah ini pula dianggarkan sekurang-kurangnya 95-97 peratus daripada semua sisa pepejal di Semenanjung Malaysia sahaja adalah berakhir di tapak pelupusan, manakala hanya tiga hingga lima peratus sahaja yang diproses di kilang-kilang kitar semula.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Angka-angka ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa masih terlalu banyak usaha yang perlu dilakukan di semua peringkat bagi mendidik masyarakat dalam usaha mengurangkan jumlah sisa yang masuk ke tapak-tapak pelupusan sekali gus mencapai matlamat sisa sifar demi kelestarian alam sekitar sejagat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Matlamat sisa sifar sebenarnya bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai sekiranya wujud kemahuan yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita terhadap perkara berkenaan. Ia telah dibuktikan oleh beberapa negara, antaranya seperti yang dilakukan oleh penduduk di sebuah perkampungan kecil, Kamikatsu di Jepun yang mana telah berjaya mengitar semula sebanyak 80 peratus sampah mereka dan hanya 20 peratus sahaja yang berkahir di tapak pelupusan sampah dalam tempoh 12 tahun mereka melakukan usaha berkenaan.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Daripada video dokumentari pendek yang dipaparkan oleh <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">Seeker Stories<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> baru-baru ini telah menunjukkan bahawa penduduk Kamitkatsu mengasingkan sampah mereka kepada 34 katagori dalam usaha mencapai matlamat mereka menjadi komuniti pertama \u201csisa sifar\u201d pada tahun 2020. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Apa yang dilakukan oleh penduduk Kamikatsu merupakan sesuatu yang sangat mengagumkan kerana mereka <\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><span style=\"color: #000000;\">mengambil inisiatif sendiri untuk membudayakan amalan kitar semula dan menghantar sendiri sampah ke pusat kitar semula tanpa adanya lori sampah yang memungut untuk mereka. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Tidakkah kita berasa malu pada diri sendiri apabila kita selaku umat Islam yang seharusnya terkehadapan dalam hal ini tetapi ketinggalan jauh di belakang mereka dalam membudayakan amalan kitar semula? Walhal, kita sebagai umat Islam telah dibekalkan dengan panduan yang cukup jelas dan lengkap melalui al-Quran dan Hadis tentang aspek penjagaan alam sekitar. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Buktinya banyak ayat-ayat al-Quran yang menekankan secara jelas tentang <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">tanggungjawab terhadap alam sekitar. <\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">Antaranya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:<\/span><em><span style=\"color: #000000;\"> \u201cDialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya\u201d<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> (Surah Hud, ayat 61). <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Berbalik kepada konteks kitar semula, walaupun ia tidak disebutkan secara langsung di dalam al-Quran, namun ayat-ayat yang tersirat berkaitan amalan ini sebenarnya banyak dinukilkan di dalamnya. Antaranya, larangan melakukan pembaziran sebagaimana yang telah dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">\u201c\u2026dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.\u201d<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\"> (Surah al-Israa\u2019, ayat 26-27).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Ayat ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa pembaziran merupakan suatu amalan yang sangat keji yang wajib dihindari oleh manusia yang beriman kepada Allah. Kefahaman yang jelas tentang perkara ini seharusnya dapat diterapkan dalam jiwa setiap lapisan masyarakat untuk mengaitkannya dengan amalan kitar semula sebagai satu wadah bagi mengelakkan pembaziran dan mengoptimumkan penggunaan sumber sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam kepada manusia. <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">\u00a0\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Selain daripada perkaitan dengan amalan pembaziran, kitar semula juga turut mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan penjelasan-penjelasan berkaitan fenomena alam yang juga banyak disebutkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Perkara ini seharusnya direnung dan difahami dengan sedalam-dalamnya untuk diterjemahkan pula kepada konsep kitar semula bahan-bahan terbuang demi menyelamatkan alam sekitar daripada terus menjadi mangsa kejahilan kita. Hanya dengan kefahaman yang sebenar tentang hal ini sahaja dapat membuka pintu hati masyarakat kita untuk menerima amalan kitar semula sebagai satu budaya hidup.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Dalam mempraktikkan kitar semula, amalan yang ditonjolkan oleh junjungan kita Rasulullah SAW sewajarnya diteladani oleh kita pada hari ini. Misalnya, dalam sebuah hadis telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menjahit dan menampal kasut bagi memanjangkan lagi jangka hayat baju dan kasut Baginda. Kisah ini menonjolkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW sendiri turut mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang dalam kehidupan Baginda. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Manakala, dalam sebuah hadis yang lain pula telah diriwayatkan bahawa sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar pernah berpesan kepada keluarganya agar mengkafankan beliau dengan baju yang beliau miliki kerana berpendapat bahawa kain yang baharu boleh dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Di sini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa sahabat Rasulullah SAW juga menunjukkan sikap yang sama dengan Baginda yakni mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Kisah ini seharusnya menjadi pedoman kepada kita untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat Baginda. Kesedaran tentang kitar semula bukan lagi merupakan suatu pilihan, sebaliknya kewajipan semua untuk dibudayakan dalam kehidupan seharian bagi memastikan masa depan alam sekitar terjamin. <\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ditulis oleh Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Diterbitkan\u00a0 Apabila menyebut tentang kitar semula pastinya rata-rata kita tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula. Namun untuk lebih jelas lagi, kitar semula sebenarnya merupakan proses yang melibatkan pengolahan semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baharu. Kitar semula merupakan amalan yang sangat penting untuk dipraktikkan dalam&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":14777,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-14634","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14634","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14634"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14634\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14634"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14634"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14634"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}