{"id":14827,"date":"2016-01-10T12:10:03","date_gmt":"2016-01-10T12:10:03","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/ikimwp\/?p=14827"},"modified":"2016-01-10T12:10:03","modified_gmt":"2016-01-10T12:10:03","slug":"aqal-dan-naqal-dalam-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/aqal-dan-naqal-dalam-islam\/","title":{"rendered":"Aqal Dan Naqal Dalam Islam"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">2016 telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tahun memperingati ulang tahun kelahiran Aristotle (384SM\u2012322SM) yang ke-2400. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Tahun ini juga turut diisytiharkan oleh pertubuhan tersebut sebagai tahun memperingati ulang tahun kelahiran dua tokoh ilmuwan daripada Dunia Islam, iaitu: yang ke-1250 bagi Hakim al-Tirmizi (755M<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u2012869M) dan yang ke-1150 bagi Muhammad Zakariya al-Razi (866M\u2012925M) yang lebih dikenali di Barat sebagai Rhazes atau Rasis. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Yang menariknya, salah satu persamaan dalam sumbangan bermakna tokoh-tokoh ulung di atas adalah penghasilan sekurang-kurangnya satu karya perihal aqal oleh setiap seorang daripada mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malangnya, dalam memerihalkan peranan aqal dalam beragama, orang-orang Islam kini sering hanya diingatkan agar mewaspadai penggunaan aqal melulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Peringatan sedemikian tidak pula diseimbangkan dengan penegasan tentang kedudukan istimewa aqal dalam Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malah, apabila disebut aqal, kefahaman masyarakat pada amnya menjurus kepada aqal fikiran (atau <em>reason<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\">).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Aqal fikiran sebenarnya dapat dikatakan sebagai seerti dengan pendalilan (<em>istidlal<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\">) kerana terdiri daripada penelitian aqal terhadap pelbagai dalil, bukti atau tanda demi mencapai sesuatu maksud atau tujuan. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Walau bagaimanapun, sangat penting untuk orang-orang Islam sedari bahawa aqal bukan aqal fikiran semata-mata. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Dari segi maksud, aqal sememangnya merangkum <em>reason<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\"> tetapi aqal juga melangkauinya dan memiliki makna yang lebih luas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Aqal dalam penjelasan para alim-ulama Islam muktabar sebenarnya ialah diri rohani insan itu sendiri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malah, tingkat aqal yang tertinggi yang diakui dalam Islam adalah para Rasul <em>alaihissalam<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\"> yang dianugerahkan Allah kemampuan untuk menerima wahyu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sememangnya agama Islam sampai kepada kita semua melalui naqal (atau khabar atau riwayat) yang bersambungan daripada Rasulullah SAW.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Meskipun begitu, di sebalik saluran naqal itu adalah sandaran aqal. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malah, penerimaan aqal sedia terangkum dalam sebarang khabar yang layak menjadi sandaran atau pegangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Naqal atau khabar yang terkuat, iaitu <em>khabar mutawatir<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\">, difahami sebagai \u201ckhabar yang sabit melalui penyampaian sekumpulan insan yang tiada tergambar pada aqal akan bersepakat untuk berdusta.\u201d <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Jelas daripada cara khabar tersebut ditakrifkan dan difahami di atas bahawa penerimaan aqal menjadi sandaran asasi. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Tambahan lagi, penentuan kesahihan naqal yang kurang kuat, seperti <em>khabar ahad<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\"> (iaitu khabar yang diriwayatkan oleh seorang penyampai dalam rantaian penyampaian), juga bersusurgalurkan penelitian dan pendalilan aqal. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malah, sebagaimana yang diterangkan dalam kitab-kitab aqidah muktabar Ahli Sunnah wal Jamaah seperti <em>Sharh al-Aqa\u2019id al-Nasafiyyah<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\"> oleh Imam Sa<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u2018duddin al-Taftazani (w. 1390M), selain daripada para sahabat yang tanpa ragu-ragu langsung mendengar daripada Rasul SAW, penerimaan generasi selepas mereka akan khabar-khabar daripada Baginda pada amnya dapat dikatakan sebagai penerimaan yang bersandarkan pendalilan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pendalilan ini setidak-tidaknya melibatkan pemerhatian terhadap bukti-bukti berkenaan kebolehpercayaan para periwayat dalam rantaian sanad sesuatu <em>khabar ahad<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\"> tersebut. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Selain daripada peranan aqal dalam menentukan kebolehsandaran sesuatu khabar, kedudukan istimewa aqal juga jelas dalam kebertanggungjawaban agama, yang dinamakan <em>taklif shar<\/em><em>\u2018i<\/em>. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Kebertanggungjawaban agama sesungguhnya bergantung pada kematangan aqal (<em>aqil-baligh<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\">) yang bercirikan keupayaan membezakan (<\/span><em><span style=\"color: #000000;\">tamyiz <\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">atau <\/span><em><span style=\"color: #000000;\">mumayyiz<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">) bukan sahaja baik-buruk tetapi juga kategori-kategori dasar kewujudan: wajib, mustahil, dan harus.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Justeru, skima pengajaran aqidah yang sesungguhnya adalah asas agama juga disusun dalam mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah bersesuaian dengan tertib-aturan aqliah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Penyusunan tersebut jelas kelihatan pada perbincangan dan penerangan berkaitan sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul-Nya. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Malah, dalam satu Hadis Nabi, sangat jelas ditegaskan, <em>la dina li-man la <\/em><em>\u2018<\/em><em>aqla lahu<\/em> (tiada agama bagi sesiapa yang tidak beraqal)!<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>2016 telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tahun memperingati ulang tahun kelahiran Aristotle (384SM\u2012322SM) yang ke-2400. Tahun ini juga turut diisytiharkan oleh pertubuhan tersebut sebagai tahun memperingati ulang tahun kelahiran dua tokoh ilmuwan daripada Dunia Islam, iaitu: yang ke-1250 bagi Hakim al-Tirmizi (755M\u2012869M) dan yang ke-1150 bagi Muhammad Zakariya&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-14827","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14827","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14827"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14827\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14827"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14827"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14827"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}