{"id":14829,"date":"2016-01-22T12:10:17","date_gmt":"2016-01-22T12:10:17","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/ikimwp\/?p=14829"},"modified":"2016-01-22T12:10:17","modified_gmt":"2016-01-22T12:10:17","slug":"menghargai-masa-sebagai-modal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/menghargai-masa-sebagai-modal\/","title":{"rendered":"Menghargai Masa Sebagai Modal"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pejam celik sudah hampir sebulan kita berada di tahun 2016 Masihi, terasa masih baru sahaja kita menginjakkan kaki di tahun 2016 ini dan menyambut Tahun Baru. Begitu pantas masa berlalu sehingga kita merasakan bahawa minggu berlalu itu bagaikan sehari lalu. Sebenarnya inilah antara tanda-tanda akhir zaman sepertimana mafhum hadith Baginda SAW: <em>\u201cTidak akan berlaku Kiamat sehingga masa berlalu dengan begitu pantas, setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seminggu, seminggu dirasakan bagai sehari dan sehari bagaikan sejam manakala sejam pula bagaikan kerlipan api yang bertiup<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\">\u201d (HR Tirmidhi).<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Inilah hakikat perasaan yang rata-rata di kalangan kita dapat merasakannya. Bagi segelintir atau mungkin sebahagian besar daripada kita azam tahun 2015 pun masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya, tetapi masa telah pun berlalu pantas dan memaksa kita memulakan dengan azam baru untuk tahun baharu. Lalu kita menyalahkan masa kerana berlalu pantas sedangkan yang salah bukannya masa tetapi kelalaian dan kealpaan diri kita sendiri. Imam al-Shafi\u2019e menukilkan dalam Diwannya: \u201cKita menyalahkan masa, walhal salahnya itu bukan pada masa, sedangkan kita yang bersalah, bukan yang selainnya\u201d. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masa dikatakan lebih berharga daripada emas. Pepatah ini kurang tepat kerana bagi seseorang yang kehilangan emas, dia mungkin boleh mendapatkannya kembali melalui usaha yang gigih, namun masa jika ia berlalu ia pasti tidak akan kembali lagi seperti mana tahun 2015 yang telah meninggalkan kita ia tidak akan kembali lagi buat selamanya. Sebab itulah juga Imam al-Ghazali dikatakan memberi teka teki kepada anak muridnya apakah perkara yang paling jauh sekali? Maka anak muridnya memberikan pelbagai jawapan namun beliau memberi jawapan yang betul ialah \u201cmasa lampau\u201d. Masa silam itulah yang paling jauh sekali yang mustahil dapat dicapai sedangkan segala perkara, tempat yang jauh-jauh masih memungkin kita mencapainya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Namun manusia tidak begitu menghargai masa. Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang mafhumnya: \u201c<em>Dua nikmat yang ramai di kalangan manusia yang tidak menghargainya iaitu kesihatan dan masa lapangnya<\/em><\/span><span style=\"color: #000000;\">\u201d. (HR. Bukhari, Tirmidhi dan Ibn Majah). Orang yang sihat hanya akan menghargai kesihatannya apabila beliau sakit atau terlantar di hospital lalu mula mengenangkan masa ketika beliau sihat. Begitu juga orang yang sibuk juga membayangkan alangkah indahnya jika dia mempunyai banyak masa lapang seperti anak-anak kecil.\u00a0<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Dunia ini diibaratkan sebagai \u201cladang akhirat\u201d. \u00a0<\/span><span style=\"color: #000000;\">Kita sebenarnya bercucuk tanam di atas mukabumi ini akan mengutip hasil tanaman kita di Hari Akhirat kelak. Kehidupan duniawi ini seolah seperti suatu perniagaan di mana laba atau keuntungannya akan kita peroleh di Hari Akhirat kelak. Namun, kita tidak begitu sensitif terhadap \u201cmodal masa\u201d ini berbanding jika modal tersebut berupa \u201cwang ringgit\u201d Pembaziran masa berlaku sewenang-wenangnya melalui perbualan-perbualan kosong, masa interaksi di media sosial yang tidak berfaedah dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain untuk \u201cmenghabiskan masa\u201d. Masa sepatutnya bukan \u201cdihabiskan\u201d tetapi digunakan untuk perkara-perkara bermanfaat kerana masa itu sebenarnya usia kita dan menghabiskan masa itu bermakna kita membazirkan usia kita sendiri. Lantaran itulah Imam Hasan al-Basri RA mengingatkan kepada kita semua dengan kata-katanya yang mahsyur: \u201c<\/span><em><span style=\"color: #000000;\">Wahai anak Adam! Kamu adalah himpunan hari-hari, dan apabila berlalunya hari, maka berlaku sebahagian daripada dirimu<\/span><\/em><span style=\"color: #000000;\">\u201d. Tepat sekali! Seorang yang hidup 70 tahun sebenarnya adalah masanya yang amat bernilai dan akan lebih nampak kebernilaiaannya apabila apabila dipecahkan kepada bulan, minggu dan hari. Jika dihitung dalam ukuran jam pula, ianya sekitar 7 juta jam menyamai 70 tahun umurnya. Itulah hitungan jam yang ada padanya diberikan Allah sebagai modal untuk beliau menyiapkan diri bagi kehidupannya yang kekal di Akhirat kelak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Terlalu banyak anjuran dan gesaan al-Qur\u2019an dan Hadith Baginda SAW yang menyeru menjaga masa termasuklah penurunan Surah al-\u2018Asr. Nabi SAW sendiri juga ada berpesan: <\/span>\u201c<em>Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati<\/em>.\u201d (HR al-Hakim dan al-Bayhaqi). Jika pun mungkin sebahagian kita sudah tidak lagi memiliki kesemua lima-lima perkara yang disebutkan oleh Baginda SAW itu, yang pasti setiap kita masih lagi memiliki satu perkara yang teramat penting dan berharga iaitu \u201cmasa hidup sebelum mati\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru itu, dalam kehidupan di dunia ini, marilah sama-sama kita menginsafi bahawa modal yang kita miliki dalam perniagaan kita di atas mukabumi ini ialah masa yang kita miliki. Setiap saat berlalu, maka berlalulah modal kita samada ianya telah memberikan keuntungan kepada kita untuk Hari Akhirat kelak atau tidak ianya terpulanglah bagaimana cara kita menghabiskannya. Dengan kedatangan tahun baharu 2016 ini, sama-samalah kita berazam memanfaatkan masa dengan sebaiknya lebih baik daripada 2015.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pejam celik sudah hampir sebulan kita berada di tahun 2016 Masihi, terasa masih baru sahaja kita menginjakkan kaki di tahun 2016 ini dan menyambut Tahun Baru. Begitu pantas masa berlalu sehingga kita merasakan bahawa minggu berlalu itu bagaikan sehari lalu. Sebenarnya inilah antara tanda-tanda akhir zaman sepertimana mafhum hadith Baginda SAW: \u201cTidak akan berlaku Kiamat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-14829","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14829","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14829"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14829\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14829"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14829"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14829"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}