{"id":14837,"date":"2016-02-02T12:16:27","date_gmt":"2016-02-02T12:16:27","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/ikimwp\/?p=14837"},"modified":"2016-02-02T12:16:27","modified_gmt":"2016-02-02T12:16:27","slug":"bersatu-menentang-keganasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/bersatu-menentang-keganasan\/","title":{"rendered":"Bersatu Menentang Keganasan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Fitnah dan cemar yang diakibatkan oleh kumpulan militant IS begitu besar terhadap agama.\u00a0 Kekejaman dahsyat yang dilakukan atas nama agama Islam, disasarkan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa, dan negara.\u00a0 Justeru, seluruh dunia seolah-olah disatukan bagi menghadapi dan \u201cmenewaskan\u201d kumpulan militan yang mula dikenali dunia antarabangsa pada tahun 2014 itu.\u00a0 Malah, dunia juga seakan-akan dialihkan perhatian daripada kekejaman yang serupa dilakukan oleh tentera Zionis Israel terhadap penduduk Palestin sejak puluhan tahun yang lampau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kumpulan militan itu memilih segala wadah dan kaedah; akhbar dan majalah, papan-papan iklan, dan wang syiling bagi \u00a0menegaskan asas \u201crujukan\u201d mereka dalam menggubal dasar-dasar utama dan undang-undang.\u00a0 Asas rujukan yang dimaksudkan itu ialah Sunnah Nabi SAW.\u00a0 Inilah yang ditegaskan oleh Nabi SAW dalam Hadith Baginda sebagai manusia yang telah sesat lalu kemudian menyesatkan pula manusia lain. \u00a0Kelihatannya tanggungjawab yang dipikul umat Islam yang hidup pada akhir zaman ini semakin berat dan menyesakkan. \u00a0Wajah agama yang hakikatnya bersih dan indah sebagaimana dicorakkan asalnya oleh Nabi Muhammad SAW telah rosak binasa, lagi hina dan buruk tercemar kini akibat perbuatan umat Islam sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kempen anti keganasan terhadap kumpulan pengganas yang dilaksanakan oleh kuasa besar dunia seperti Amerika kelihatannya menemui jalan buntu atau juga gagal.\u00a0 Sebaliknya, sebagaimana dinyatakan oleh beberapa pemerhati dan penganalisis politik antarabangsa, tindakan yang diambil negara itu berkemungkinan telah memberikan kekuatan tambahan kepada kumpulan terbabit.\u00a0 Kempen anti keganasan secara bersiri oleh Amerika Syarikat dengan menggunakan kuasa ketenteraan di Afghanistan pada tahun 2001 sebagaimana dilaungkan Presidennya ketika itu, George W Bush, bertujuan memusnahkan rangkaian pengganas al-Qaeda, menawan dan membunuh pemimpin pertubuhan berkenaan, Osama bin Laden selain melemahkan pemerintahan Taliban.\u00a0 Misi yang sama diteruskan di beberapa buah negara lain seperti di Iraq, Somalia, Pakistan, malah ke rantau ASEAN seperti di Filipina.\u00a0 Presiden Barrack Obama yang menggantikan Bush telah mengumumkan perubahan tumpuan ketenteraan negara tersebut, iaitu kepada musuh yang lebih khusus.\u00a0 Sebagaimana diungkap beliau, \u201cAmerika Syarikat tidak lagi meneruskan Perang Anti Keganasan.\u00a0 Ini kerana ketenteraan Amerika tidak wajar menangani musuh secara taktikal.\u00a0 Kita perlu mendefinisikan bahawa langkah yang diambil bukan sebagai \u201cPeperangan terhadap Keganasan Sedunia\u201d yang tidak bersempadan malah sebaliknya usaha secara tertumpu dan berterusan perlu digembleng untuk menghapuskan rangkaian pengganas yang mengancam Amerika.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sama ada Bush mahupun Obama, kedua-duanya masih belum dapat menarik nafas lega.\u00a0 Apatah lagi untuk berbangga dengan hasil kejayaan dasar-dasar menangani keganasan dan menghapuskan rangkaian pengganas yang disasarkan mereka selama ini.\u00a0 Ini kerana permasalahan utama yang dihadapi oleh dunia hari ini berkaitan dengan kumpulan militant seperti IS atau yang lainnya ialah ideologi yang didokong mereka.\u00a0 Kuasa ketenteraan semata-mata tidak mungkin mampu membendung, menamatkan apatah lagi menghapuskan ideologi tersebut.\u00a0 Justeru kita dapat melihat, ideologi kumpulan militan itu tidak pernah lenyap malah saban hari berkembang dengan pesat lagi meluas.\u00a0 Puluhan ribu anggota baharu dalam kalangan umat Islam, iaitu dari pelbagai buah negara di dunia; Perancis, United Kingdom, Belgium, Jerman, Holland, Australia, Indonesia, dan Amerika Syarikat sendiri menyertai IS.\u00a0 \u00a0Bukan sahaja berniat untuk berjuang tetapi juga sanggup mengorbankan nyawa mereka.\u00a0 Lebih membimbangkan antara anggota baharu yang direkrut oleh kumpulan militan tersebut termasuklah kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemaraan pengaruh dan keganasan yang dilakukan kumpulan IS ke rantau ini, khususnya Malaysia kian mengocak ketenteraman fikiran dan kehidupan yang dinikmati oleh penduduknya. \u00a0Pelbagai persoalan hangat dibincangkan masyarakat umum.\u00a0 Antaranya termasuklah mampukah pihak berwajib untuk terus mengekang rangkaian keganasan yang direncana untuk dilaksanakan?\u00a0 Adakah wujud kemungkinan segala perancangan yang diatur mereka akhirnya dapat membolosi kawalan pihak ketenteraan dan keselamatan negara?\u00a0 Apakah kaedah terbaik yang perlu dilaksanakan bagi memastikan ideologi dan propaganda tajaan pengganas terbabit dihapuskan sehingga ke akar umbinya?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Usaha yang diambil Malaysia bagi menganjurkan Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Menangani Keganasan Melampau pada 25-26 Januari yang lalu merupakan antara isyarat penting penentangan terhadap keganasan.\u00a0 Ini seterusnya diteguhkan dengan penubuhan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej melalui Komunikasi (RDC3) Anti Keganasan ASEAN Mei nanti.\u00a0 Selain itu, fatwa juga telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia yang bersidang pada 20 April 2015 bagi mengharamkan umat Islam daripada menyertai kumpulan militan\u00a0yang membawa ideologi keganasan seperti IS.\u00a0 Ini kerana perjuangan kumpulan itu bercanggah dengan ajaran Islam dan menggugat keselamatan negara.\u00a0 Turut diputuskan bahawa perjuangan seumpama itu tidak tergolong sebagai jihad dan kematian yang berlaku tidak dikategorikan sebagai syahid\u00a0menurut kerangka hukum syarak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun langkah susulan yang juga penting ialah kesungguhan kepemimpinan negara untuk menangani secara tuntas ideologi kumpulan IS yang telah menyerap pemikiran segelintir rakyat negara ini. Hal ini sudah pasti perlu dilaksanakan melalui sektor pendidikan, iaitu daripada peringkat paling rendah sehingga ke pengajian tinggi. \u00a0Kanak-kanak yang mengikuti pendidikan asas di tabika perlu dididik tentang ajaran Islam yang menekankan kasih sayang, perpaduan dan bukan sebaliknya, pembunuhan, \u00a0keganasan serta kezaliman.\u00a0 Demikian pula pelajar-pelajar pada semua peringkat pendidikan, terutama yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh negara.\u00a0 Perkembangan yang berlaku di negara luar kelihatan begitu mudah mendorong pelajar-pelajar pengajian tinggi negara ini untuk turut menyertai \u201cperjuangan\u201d kononnya atas nama \u201cjihad\u201d oleh kumpulan IS.\u00a0 Hal ini tidak menghairankan kerana usia muda lazimnya mudah mendorong golongan muda untuk melakukan sesuatu yang menongkah arus atau dianggap \u201cmencabar\u201d lagi \u201cberani\u201d.\u00a0 Pembanterasan ideologi kumpulan militan dalam kalangan pelajar IPT perlu ditangani secara intelektual.\u00a0 Antaranya dengan mendidik mereka untuk memahami sejarah dengan mendalam dan implikasi ideologi pengganas yang didalangi fahaman tertentu yang sentiasa cenderung memecahbelahkan umat Islam.\u00a0 Seterusnya bagi masyarakat awam, usaha secara berterusan perlu dilakukan melalui pelbagai wadah seperti media sosial, media cetak dan elektronik selain kempen, ceramah, malah juga khutbah-khutbah Jumaat bagi memberikan kesedaran tentang keganasan serta kezaliman yang didokong oleh ideologi kumpulan pengganas atau militan tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bersempena dengan Hari Wilayah yang disambut pada hari ini saban tahun, penghuni kota ini khususnya perlu berusaha memberikan sokongan bagi mengekalkan kehidupan aman lagi sejahtera.\u00a0 Hanya dengan keamanan dan ketenteraman sahajalah pelbagai bentuk kemajuan dan kejayaan akan dapat dikecapi.\u00a0 Pengalaman pahit yang dialami penduduk-penduduk kota di dunia yang melalui kancah peperangan dan kehilangan nikmat ketenteraman hidup seperti Damsyik, Basrah, Ruqqah, Aleppo, dan Palmyra di Syria seharusnya dijadikan pengajaran.\u00a0 Betapa peperangan dan keganasan yang dilancarkan sesama sendiri bukan sahaja meragut nyawa, mengakibatkan penduduknya kehilangan tempat tinggal lalu menjadi pelarian malah meruntuhkan pusat-pusat keilmuan serta monumen-monumen bersejarah.\u00a0 Mudah-mudahan apa yang berlaku di negara-negara lain, khususnya negara-negara Islam dapat dijadikan iktibar serta pedoman untuk kita tidak melakukan kesilapan yang sama.\u00a0 Malah sebaliknya kita bersama-sama menyatukan kudrat untuk memerangi keganasan sehingga ke akar umbinya.\u00a0 Semoga sambutan Hari Wilayah yang ke-42 tahun ini menguatkan semangat penduduk kota ini untuk mengakrabkan hubungan antara sesama mereka dan menggembleng usaha bagi mencapai kejayaan lebih bermakna yang dapat dikongsi manfaatnya oleh seluruh rakyat tanpa mengira agama, kaum, dan bangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fitnah dan cemar yang diakibatkan oleh kumpulan militant IS begitu besar terhadap agama.\u00a0 Kekejaman dahsyat yang dilakukan atas nama agama Islam, disasarkan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa, dan negara.\u00a0 Justeru, seluruh dunia seolah-olah disatukan bagi menghadapi dan \u201cmenewaskan\u201d kumpulan militan yang mula dikenali dunia antarabangsa pada tahun 2014 itu.\u00a0 Malah, dunia juga seakan-akan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-14837","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14837","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14837"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14837\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14837"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14837"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14837"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}