{"id":16719,"date":"2016-12-01T13:30:36","date_gmt":"2016-12-01T13:30:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=16719"},"modified":"2016-12-01T13:30:36","modified_gmt":"2016-12-01T13:30:36","slug":"rohingya-tamatkan-jenayah-genosid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/rohingya-tamatkan-jenayah-genosid\/","title":{"rendered":"Rohingya: Tamatkan jenayah genosid"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu melainkan menyaksikan sendiri anaknya dihumban hidup-hidup ke dalam api yang marak membakar.\u00a0 Amat ngeri membayangkannya namun itulah yang berlaku kepada ibu-ibu di perkampungan Dha Gyi Zar (Rabaliya), Rakhine, Myanmar tanggal 13 November yang lalu. \u00a0Tragedi menghiris hati seumpama ini hanyalah mewakili ribuan kisah kezaliman dan penindasan tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya di Rakhine, utara Myanmar sejak berpuluh tahun yang lalu.\u00a0 Antara yang paling ketara termasuklah pewujudan Citizenship Act 1982 yang tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai warganegara.\u00a0 Lalu jadilah mereka rakyat malang yang tidak bernegara!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sejak tarikh itu, penyeksaan dan pembunuhan etnik Muslim Rohingya tidak pernah ada noktahnya.\u00a0 Insiden terbaharu yang menyaksikan pencabulan hak asasi secara sistematik saban hari di Rakhine dilaporkan bermula pada 9 Oktober dan berlangsung sehingga kini.\u00a0 Bermula tarikh tersebut sehingga 20 November, Burmese Rohingya Organisation yang berpangkalan di United Kingdom merekodkan anggaran pencabulan tertentu misalnya kematian sebanyak 428, perkosaan 192, penangkapan 440, keganasan fizikal 160, dan pembakaran rumah dan bangunan 1780.\u00a0 Sejumlah kecil negara, termasuk Malaysia menunjukkan kebimbangan dan keprihatinan besar.\u00a0 Namun dunia umumnya membisu seribu bahasa.\u00a0 Barangkali disebabkan tiada negara barat yang terlibat. \u00a0Atau juga disebabkan kepentingan tertentu. Sedangkan situasi yang mengancam nyawa dan kehidupan etnik Rohingya kini lebih daripada mencukupi untuk menepati pentakrifan genosid atau penghapusan bangsa yang diberikan dokumen antarabangsa seperti Artikel II UN Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide (CPPCG) 1951.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Harapan menggunung etnik Rohingya terhadap ikon demokrasi dan juga pemenang Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi untuk menamatkan penderitaan mereka ternyata meleset.\u00a0 Pemimpin de-facto Myanmar itu jelas enggan tunduk pada tekanan antarabangsa dan mengelak untuk menjalankan penyiasatan secara telus terhadap pencabulan hak asasi oleh tentera di Rakhine.\u00a0 Harapan yang tinggal bagi kumpulan minoriti yang kini\u00a0 sudah tentulah terhadap saudara seagama mereka di seluruh dunia, khususnya Malaysia.\u00a0 Justeru Malaysia sebagai anggota utama ASEAN dan OIC mesti mengetuai gemblengan usaha keras bagi memastikan penderitaan dan kezaliman terhadap etnik Rohingya ditamatkan dengan apa jua cara sekalipun.\u00a0 Antara langkah paling strategik yang boleh diambil Malaysia adalah bertindak menggesa negara-negara anggota ASEAN yang lain agar menggantung keahlian negara Myanmar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi rakyat umumnya pula, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum, mereka wajar memberikan sokongan terhadap apa juga bentuk bantahan kepada rejim pemerintah Myanmar.\u00a0 Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej bahawa dunia sedang memperhatikan tindakan kejam tidak berperikemanusiaan yang dilakukan mereka terhadap etnik Rohingya.\u00a0 Dunia juga tidak sama sekali membiarkannya tanpa diadili dan akan menjatuhkan hukuman keras yang setimpal. Umat Islam secara khususnya pula wajar menggunakan segala wadah yang dimiliki untuk menghulurkan bantuan termasuk melalui ibadah tertentu dan doa.\u00a0 Hal ini menepati peringatan Baginda Nabi S.A.W., \u201c<span style=\"color: #ff0000;\"><em>Sesiapa yang melepaskan satu bentuk kesulitan dunia daripada seorang Mukmin, Allah akan melepaskannya daripada satu kesulitan pada hari kiamat.\u00a0 Sesiapa yang memudahkan (urusan) orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah Azza wa Jalla akan memudahkan baginya (kesulitan) di dunia dan akhirat.Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, maka Allah akan menutup (keaiban)nya di dunia dan akhirat.\u00a0 Allah sentiasa membantu seorang hamba selagi hamba tersebut membantu saudaranya\u2026<\/em>.<\/span>\u201d (<span style=\"color: #ff0000;\"><em>Muslim<\/em><\/span>)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu melainkan menyaksikan sendiri&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-16719","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16719","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16719"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16719\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16719"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16719"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16719"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}