{"id":16990,"date":"2016-12-30T09:16:33","date_gmt":"2016-12-30T09:16:33","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=16990"},"modified":"2016-12-30T09:16:33","modified_gmt":"2016-12-30T09:16:33","slug":"pemimpin-adil-dambaan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/pemimpin-adil-dambaan-rakyat\/","title":{"rendered":"Pemimpin Adil Dambaan Rakyat"},"content":{"rendered":"<p class=\"meta\">Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid. Diterbitkan Sinar Harian <img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-12475\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/wp-newest\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/sinarharian.png\" alt=\"\" width=\"70\" height=\"30\" \/><\/p>\n<p>Pemilihan Donald John Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 yang mengundang pelbagai tindak balas negatif tidak mengejutkan.\u00a0 Ini khususnya disebabkan sikap ahli politik yang juga ahli perniagaan serta personaliti realiti TV itu yang berbaur kebencian, perkauman dan anti agama, khususnya Islam.\u00a0 Slogan kempen beliau yang berbunyi \u201cMake America Great Again\u201d juga dikatakan merujuk kepada kekuasaan warga kulit putih (\u2018<em>white supremacy\u2019<\/em>).\u00a0 Dakwaan tersebut dikukuhkan lagi dengan pemilihan Stephen Bannon sebagai ketua ahli strategi dan kaunselor kanan Rumah Putih yang dilabel sebagai juara penguasaan kulit putih.\u00a0 Bannon juga dilaporkan menzahirkan pandangan anti-Yahudi, membenci kaum wanita, dan Islamofobia.<\/p>\n<p>Malang sekali bagi negara yang terkenal dengan undang-undang yang menentang diskriminasi dan menegakkan kesetaraan itu kerana akhirnya pemimpin yang jelas tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati apatah lagi menghargai maruah diri insan terutamanya wanita akhirnya dipilih untuk memimpin negara yang jumlah penduduknya melebihi 325 juta juta orang itu.\u00a0 Justeru, tepat jika dikatakan bahawa Trump tidak lain melainkan merupakan gambaran sebenar rakyat Amerika.\u00a0 Dengan kata-kata lain, bagaimana pemimpin begitulah rakyatnya!\u00a0 Rakyat yang memilih pemimpin seperti Trump sudah pasti memiliki ciri-ciri, sifat, dan kecenderungan yang sama seperti dirinya.<\/p>\n<p>Adil dan ihsan merupakan antara sifat dan nilai terpenting yang mesti dimiliki serta diamalkan oleh insan beriman, terutama pemimpin.\u00a0 Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, \u201c<em>Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan melakukan kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman\u2026<\/em>.\u201d (<em>Surah al-Nahl<\/em> 16 : 90).\u00a0 Sifat adillah yang akan mendorong setiap pemimpin memelihara hak dan kepentingan setiap rakyatnya tanpa mengira agama, bangsa, rasa atau warna kulit.\u00a0 Sebaliknya, ketaksuban terhadap bangsa atau warna kulit (asabiah) akan mendorong berlakunya penindasan dan kezaliman.\u00a0 Nabi S.A.W. memberikan amaran tentang asabiah dalam Hadith Baginda, \u201c<em>Bukan daripada golongan kami orang yang menyeru kepada asabiah.\u00a0 Bukan daripada golongan kami, orang yang berperang atas semangat asabiah dan bukan daripada golongan kami orang yang mati atas (sebab) asabiah<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Abu Daud<\/em>)<\/p>\n<p>Kejayaan Trump menduduki kerusi Presiden disambut bantahan, tangisan, dan keluhan, khususnya oleh golongan minoriti, bukan berkulit putih dan penghijrah dari negara-negara asing, terutama negara Islam.\u00a0 Walau bagaimanapun, umat Islam, \u00a0tidak wajar sama sekali berputus asa daripada rahmat Allah S.W.T.\u00a0 Sebagaimana diajar oleh agama Islam, mereka seharusnya sentiasa bersangka baik dan menanggapi ujian besar ini sebagai peluang terbaik.\u00a0 Peluang yang membuka ruang untuk mereka terus berusaha keras menyatukan seluruh penganut agama, bangsa, dan warna kulit untuk menolak diskriminasi dan kezaliman. Pada masa yang sama pula, mereka harus gigih menggerakkan usaha insan sejagat untuk membina kehidupan yang sejahtera berasaskan kasih sayang, kepercayaan, keadilan, dan keamanan.\u00a0 Sungguhlah kelak kesan baiknya akan kembali jua kepada agama dan ummah seluruhnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/survey.ikim.gov.my\/index.php\/survey\/index\/sid\/463995\/lang\/ms\" target=\"_blank\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/images\/banners\/kajian.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemilihan Donald John Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 yang mengundang pelbagai tindak balas negatif &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-16990","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16990","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16990"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16990\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16990"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16990"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16990"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}