{"id":17000,"date":"2016-12-30T09:32:13","date_gmt":"2016-12-30T09:32:13","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=17000"},"modified":"2016-12-30T09:32:13","modified_gmt":"2016-12-30T09:32:13","slug":"mengangkat-martabat-syariat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/mengangkat-martabat-syariat\/","title":{"rendered":"Mengangkat Martabat Syariat"},"content":{"rendered":"<p class=\"meta\">Ditulis oleh Dr. Mohd Sani Badron. Diterbitkan Sinar Harian <img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-12475\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/wp-newest\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/sinarharian.png\" alt=\"\" width=\"70\" height=\"30\" \/><\/p>\n<p>Amatlah memalukan apabila masyarakat memiliki persepsi golongan berpelajaran agama hanya pandai dalam mempersoalkan perkara-perkara remeh.\u00a0 Contohnya, bila gelaran besar \u201cSalafi\u201d atau \u201cAhlus Sunnah wal Jama\u2018ah\u201d dirujuk kepada soal amalan tiada bacaan qunut Subuh, sekali azan sahaja pada solat Jumaat, tidak membaca talqin, memberus gigi sewaktu puasa, dan sebagainya.<\/p>\n<p>Membaca qunut Subuh, dua kali azan pada solat Jumaat, membaca talqin, dan yang seumpamanya \u2014 ataupun meninggalkan amalan-amalan tersebut bukanlah \u201cmasalah ummah\u201d.\u00a0 Kalau perkara-perkara seperti itu dipermasalahkan, maka ia adalah masalah yang palsu \u2014 yang bukan sebenarnya masalah.<\/p>\n<p>Ketenteraman masyarakat tidak sepatutnya diganggu dengan perkara-perkara seperti itu. Media massa pula tidak wajar melayan pertelingkahan mengenainya. Moga-moga Allah menjauhkan kita semua daripada sifat degil berpegang pada keremehan isi perbezaan antara-mazhab dan intra-mazhab yang seperti itu.<\/p>\n<p>Kekecilan pendapat dan tanggapan puak modenis dan konservatif sebenarnya mencerminkan bahawa dalam fahaman mereka, \u201cyang kecil itu besar\u201d sehingga \u201cyang benar-benar besar itu tiada terlihat langsung.\u201d\u00a0 <em>They can\u2019t see the forest for the trees<\/em>.<\/p>\n<p>Kalau golongan berpelajaran agama atau fuqaha asyik dan sibuk menekankan masalah-masalah yang remeh dan palsu, ini akan menimbulkan di kalangan masyarakat awam satu anggapan seolah-olah para imam Mujtahidin silam itu membincangkan soal-soal remeh.<\/p>\n<p>Sedangkan sebaliknya, para imam Mujtahidin seperti Abu Hanifah, Malik, al-Shafi\u2018i, Ibn Hanbal berusaha menangani masalah sebenar, iaitu isu risalah Nabi Muhammad sebagai rahmat yang membawa manfaat bagi sekalian alam dan kemanusiaan seluruhnya. Isu pemerintahan Islam sebagai agama sejagat yang telah berkembang ke seluruh pelosok Asia, Afrika dan Eropah.<\/p>\n<p>Para imam Mujtahidin faham bahawa shari\u2018ah dan fiqh seharusnya memainkan peranan menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul dalam perhubungan orang-orang Islam pelbagai kaum, dan antara orang-orang Islam dengan masyarakat beragama lain atau negara lain.<\/p>\n<p>Daripada ratusan ribu huraian isu-isu Shari\u2018ah oleh para Imam Mujtahidin silam, hanya 40% sahaja yang berkenaan dengan ritual, sementara 60% lagi adalah mengenai undang-undang awam, hukum pidana, hasil negara, kesaksian dalam sistem mahkamah, jual-beli, mirath, perniagaan, dan mu\u2018amalah.<\/p>\n<p>Seharusnya golongan berpelajaran agama turut mampu memartabatkan shari\u2018ah dan fiqh untuk menghuraikan tentang keadilan dalam urusan jual-beli antara syarikat korporat dengan pelanggan; dalam industri asas tani; percukaian; hasil tanah negara; dan penyelarasan adat-resam dan tradisi masyarakat tempatan dengan Islam.<\/p>\n<p>Apabila Imam Abu Yusuf mengarang <em>Kitab al-Kharaj<\/em> misalnya, beliau memberi panduan kepada khalifah Harun al-Rashid mengenai hasil-pendapatan negara, termasuk mengenai pembahagian tanah berdasarkan nilai dan produktivitinya, perbezaan dalam kadar hasil, perbezaan status para petani, jenis-jenis hasil-mahsul negara dan banyak lagi, yang dihurai secara menyeluruh dengan undang-undang yang sangat tersusun.<\/p>\n<p>Tadbir-urus yang pincang turut ditegur dan perhatian pemimpin negara (Khalifah) ditarik secara berani dan terus-terang oleh para Imam Mujtahidin silam.<\/p>\n<p>Para Imam Mujtahidin memberi jawaban yang memuaskan bukan hanya kepada soal bacaan Yasin malam Jumaat dan bilangan rakaat solat tarawih \u2014 tetapi bagaimana untuk mempersatukan umat Islam dalam mendepani undang-undang dan tatacara yang asing dalam urusan pentadbiran masyarakat, seperti perundangan Romawi dan Byzantin pada zaman tersebut.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/survey.ikim.gov.my\/index.php\/survey\/index\/sid\/463995\/lang\/ms\" target=\"_blank\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.ikim.gov.my\/images\/banners\/kajian.png\" alt=\"\" border=\"0\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Amatlah memalukan apabila masyarakat memiliki persepsi golongan berpelajaran agama hanya pandai dalam&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-17000","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17000","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17000"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17000\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17000"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17000"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17000"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}