{"id":17389,"date":"2017-01-03T04:02:46","date_gmt":"2017-01-03T04:02:46","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=17389"},"modified":"2017-01-03T04:02:46","modified_gmt":"2017-01-03T04:02:46","slug":"kesedaran-pengetahuan-islam-kunci-lunas-hutang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kesedaran-pengetahuan-islam-kunci-lunas-hutang\/","title":{"rendered":"Kesedaran, Pengetahuan Islam Kunci Lunas Hutang"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Hutang merupakan satu keperluan dalam kehidupan masyarakat semasa.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Ia menjadi satu medium untuk memenuhi pelbagai keperluan termasuk perkara asas seperti rumah, kereta dan pendidikan. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Dalam aspek pendidikan, baru-baru telah disebut pada persidangan Dewan Negara bahawa seramai 1,574,700 orang peminjam yang gagal melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) telah dimasukkan nama dalam data Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Jumlah ini adalah sehingga 10 November lepas.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Ini merupakan satu angka yang besar melibatkan kegagalan melunaskan hutang, mewakili lima peratus daripada penduduk Malaysia. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000; font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\">Isu yang timbul ialah wujud kegagalan melunaskan pinjaman pendidikan yang telah diambil. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan wang pinjaman dibayar semula demi kelangsungan dana untuk pengajian tinggi kepada generasi muda, termasuk penyenaraian nama di CCRIS. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Antara cara lain yang boleh dilakukan ialah dengan memberi kesedaran dan pengetahuan dari aspek kerohanian iaitu pendidikan agama. Islam menggesa umatnya tolong menolong sesama mereka.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Antara caranya ialah dengan memberikan hutang untuk membantu orang lain. Maksud firman Allah SWT \u201cWahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang telah ditentukan, hendaklah kamu menulisnya.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar\u201d. (Al-Baqarah: ayat 282).<\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000; font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\">Hutang yang mengikut garis panduan Islam dapat merapatkan persaudaraan di kalangan masyarakat kerana ia menimbulkan rasa kasih sayang hasil daripada pertolongan menyelesaikan masalah orang lain. Bahkan memberikan hutang boleh menjadi wajib jika orang yang meminta hutang itu dalam keadaan tenat dan sangat berhajat. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Bagi yang menerima hutang, mereka perlu menjelaskan hutang sepenuhnya pada waktu yang dipersetujui seperti dalam akad hutang di antara pemberi dan penerima hutang. Mereka perlu sedar dan tahu bahawa hutang yang mereka terima merupakan satu amanah.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Mereka beramanah untuk memulangkan semula harta orang yang dipinjamkan kepada mereka. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Teladan terbaik dalam melunaskan hutang adalah daripada nabi Muhammad SAW sendiri.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Baginda SAW melunaskannya dengan cara yang lebih baik. Dalam satu hadis riwayat imam Ahmad dan Tirmizi bahawa Rasulullah SAW meminjam seekor unta muda lalu baginda SAW mengembalikan unta yang lebih baik usianya daripada yang dipinjamnya, dan baginda SAW bersabda \u201cSebaik-baik kamu adalah yang paling baik dalam mengembalikan (hutangnya)\u201d. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Berdasarkan akad hutang, orang yang berhutang tidak dapat tidak mesti melunaskan hutangnya kepada pihak yang memberi hutang tanpa mengira sama ada pihak ini orang Islam atau tidak. Nabi Muhammad SAW sendiri di akhir hayatnya masih mempunyai hutang kepada seorang Yahudi.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Baginda SAW lalu menggadaikan baju besi baginda kepada orang tersebut sebagai melunaskan hutangnya. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Nabi Muhammad SAW diriwayatkan sebagai gentar untuk berhutang dan takut terbiasa dengan amalan hutang.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Saidatina Aishah r.a. meriwayatkan bahawa nabi SAW selalu berdoa ketika solatnya daripada hal-hal yang menyebabkan dosa dan berhutang. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Kita boleh mengambil pengajaran daripada tindakan nabi SAW menggadaikan baju besi sebagai satu bentuk jaminan.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Apabila berhutang, kita perlu ada jaminan kepada hutang yang diambil dengan perkara lain. Kita boleh mencari penjamin yang layak dan ingin membantu jika berada dalam kesusahan untuk melunaskan hutang.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000; font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\">Pada masa kini, pelbagai pendekatan lain turut boleh diambil. Umpamanya, kita boleh mengambil polisi takaful yang menyediakan pampasan untuk membayar hutang atau pun pampasan kematian takaful boleh digunakan untuk melangsaikan hutang yang ada setelah berlaku kematian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000; font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\">Umat Islam perlu sedar terdapat balasan buruk dalam agama bagi mereka yang tidak membayar hutang, selain dicemuh masyarakat, dikenakan tindakan undang-undang sivil. Dalam satu hadis sahih nabi SAW yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi dan Ibnu Majah, nabi bersabda; \u201cSesiapa yang meninggal dunia sedangkan dia berlepas diri (bebas) daripada tiga hal: kesombongan, mencuri harta rampasan perang sebelum dibahagikan dan hutang, maka dia layak masuk syurga\u201d.\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000; font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\">Di samping itu, nabi SAW menyatakan mati shahid di jalan Allah SWT menghapuskan dosa-dosa kecuali hutang, seperti diriwayatkan oleh imam Muslim.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000; font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\">Hadis-hadis disebutkan ini memberi isyarat bahawa orang berhutang ditahan daripada memasuki syurga biar pun mempunyai amalan baik yang banyak sehinggalah menyelesaikan urusan hutang dengan mereka yang memberi hutang.\u00a0 <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Jika menemui jalan buntu atau berada dalam keadaan kekangan, orang yang berhutang tidak boleh berdiam atau melarikan diri.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Mereka perlu berbincang dengan si pemberi hutang cara-cara pelunasan hutang yang baik. Ini kerana Islam turut menggesa si pemberi hutang untuk memberi tangguh dan masa kepada orang yang berhutang jika mereka mempunyai kekangan untuk membayar hutang.<\/span><span style=\"color: #000000;\">\u00a0 <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Jika kekangan sudah tiada, maka mereka perlu melunaskan hutang seberapa segera untuk mengelakkan diri daripada tergolong dalam golongan zalim kerana melewatkan bayaran hutang setelah mampu.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Ini seperti disebut nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari. <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial,helvetica,sans-serif; font-size: small;\"><span style=\"color: #000000;\">Sebagai Muslim, apabila kita berhutang, maka niatkan dalam diri untuk membayarnya, maka Allah SWT akan melorongkan kesenangan untuk melunaskannya.\u00a0 <\/span><span style=\"color: #000000;\">Kesedaran dan ilmu pengetahuan Islam menjadi kunci untuk tidak culas daripada membayar hutang.<\/span><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hutang merupakan satu keperluan dalam kehidupan masyarakat semasa.  Ia menjadi satu medium untuk memenuhi pelbagai keperluan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-17389","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17389","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17389"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17389\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17389"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17389"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17389"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}