{"id":17882,"date":"2017-02-13T01:18:21","date_gmt":"2017-02-13T01:18:21","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=17882"},"modified":"2017-02-13T01:18:21","modified_gmt":"2017-02-13T01:18:21","slug":"meletakkan-batasan-pada-kebebasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/meletakkan-batasan-pada-kebebasan\/","title":{"rendered":"Meletakkan Batasan Pada Kebebasan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKebebasan bersuara dan beragama bukanlah kebebasan yang mutlak dan perlu dihadkan jika perlu.\u201d\u00a0 Demikian disuarakan \u201cpakar bebas\u201d yang dilantik PBB Oktober tahun lalu untuk mempertahankan hak-hak LGBT, Vitit Muntarbhorn.\u00a0 Dengan kata-kata lain, apabila berlaku pertembungan antara hak golongan homoseksual dengan kebebasan beragama, maka kebebasan beragama yang dimiliki seseorang atau sesebuah masyarakat perlu dihadkan.\u00a0 Hal ini semata-mata, menurut Muntarbhorn disebabkan kebebasan beragama tidak mutlak sifatnya dan harus \u201ctunduk\u201d pada hak-hak homoseksual.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berbicara tentang sifat mutlak, hakikatnya tiada suatu apa pun yang demikian keadaannya kecuali Allah S.W.T.\u00a0 Terdapat ayat-ayat al-Qur\u2019an yang menjelaskan misalnya kekuasaan Allah S.W.T. yang mutlak.\u00a0 Antaranya termasuklah, \u201c\u2026<em>Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkan-Nya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Surah al-Baqarah<\/em> 2 : 20) Sebaliknya bagi manusia, mereka memiliki kekangan, sekatan, dan batasan tertentu termasuk dalam soal hak atau kebebasan.\u00a0 Secara fitrahnya, manusia diciptakan Allah dengan kecenderungan untuk menurut ajaran tauhid (<em>Surah al-Rum<\/em>, ayat 30).\u00a0 Hal ini disebabkan ajaran tauhid sesuai dengan akal manusia bagi membimbing mereka kepada pemikiran dan perlakuan yang benar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Fitrah itulah juga yang menjadi faktor yang mengekang mereka daripada membuat pilihan atau melakukan tindakan yang bertentangan dengan perintah Maha Pencipta.\u00a0 Setiap perintah dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. semata-mata bertujuan memelihara maslahah manusia dan mengelakkan mereka daripada ditimpa kemudaratan.\u00a0 Justeru, al-Qur\u2019an menegaskan agar semua batasan (<em>hudud<\/em>) atau peraturan yang ditetapkan Allah S.W.T. tidak sama sekali dilanggar, \u201c<em>Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan kezaliman terhadap dirinya<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Surah al-Talaq<\/em> 65 : 1) \u00a0Demikianlah kita dapat melihat bagaimana agama memainkan peranan yang besar lagi utama dalam kehidupan seorang Muslim.\u00a0 Agama merupakan cerminan bagi ketundukan terhadap kekuasaan Allah yang mutlak.\u00a0 Selain itu, agama yang berasaskan tanzilan wahyu yang benar itu berperanan membimbing insan untuk mengetahui hakikat dirinya, matlamat kehidupan, dan nasib akhirnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebaliknya bagi masyarakat barat, Tuhan dan kekuasaan-Nya yang mutlak, hidayah, dan petunjuk agama dinafikan. Krisis penolakan agama (antaranya dengan perisytiharan \u201cGod is Dead\u201d) dan institusinya seperti gereja oleh golongan tertentu seperti ahli falsafah, saintis, ahli teologi, sasterawan dapat dilihat berlaku antara abad ke-17 hingga 19.\u00a0 Justeru, masyarakat barat tidak dibimbing untuk mengenalkan mereka kepada batasan dan sekatan.\u00a0 Apa yang tinggal bagi mereka hanyalah hawa nafsu yang dituruti dengan sewenang-wenangnya. Justeru timbullah desakan oleh pemikir serta pendukung fahaman liberalisme agar manusia diberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang diingini meskipun keji dan buruk pada pandangan orang lain.\u00a0 Selain itu, berasaskan fahaman sekular pula, nilai-nilai tradisi masyarakat barat termasuk prinsip moral, menjadi relatif, tidak kekal atau pasti malah berubah-ubah. Begitu juga seterusnya dengan fahaman humanisme sekular yang menolak supernaturalisme dan menekankan maruah individu.\u00a0 Lantas, fahaman ini menegaskan kebebasan individu semaksimum mungkin dan memberikan hak serta peranan kepada manusia untuk memberikan makna selain membentuk sendiri kehidupan mereka tanpa rujukan kepada mana-mana sumber.\u00a0 Apatah lagi agama!\u00a0 Maka, tidak mengejutkan jika kita mendengar kewujudan \u201chak\u201d untuk membunuh diri (\u201c<em>Suicide Tourism:Travelling for the Right to Die<\/em>\u201d) disebabkan ketidakmampuan menderitai sesuatu penyakit, perkahwinan sesama mahram berasaskan \u201ckerelaan\u201d dan \u201ccinta\u201d antara sesama pasangan terbabit, dan perkahwinan sesama jenis serta pembentukan \u201ckeluarga\u201d atas nama persamaan, sebagaimana dinikmati oleh anggota masyarakat yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jelas sekali penegasan Muntarbhorn bahawa kebebasan beragama tidak bersifat mutlak dan perlu memberikan keutamaan kepada hak-hak homoseksual bersandarkan fahaman liberalisme serta humanisme tajaan barat.\u00a0 Malah kelihatannya, hak-hak homoseksual begitu diutamakan dan dipuja sehingga dituntut agar hak-hak lain, termasuk beragama dikorbankan.\u00a0 Turut mengecewakan kerana Muntarbhorn yang berasal dari Thailand mengetepikan begitu sahaja pendirian negara-negara anggota untuk tidak memasukkan hak-hak LGBT dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada 17 &amp; 18 November 2012.\u00a0 Sebagaimana diungkap oleh Danny Lee, Pengarah Pembangunan Masyarakat, Sekretariat ASEAN, \u201c<em>Pengisytiharan tersebut adalah dengan sendirinya merupakan mercu tanda. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk bersetuju tentang sesuatu perkara dengan mengambil kira 10 buah negara yang memiliki perlembagaan yang berbeza-beza.\u00a0 Di negara-negara ASEAN, kebebasan sepenuhnya tidak mungkin dapat dinikmati kerana terdapat begitu banyak agama dan perbezaan etnik<\/em>.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemunafikan dan dwistandard pihak barat begitu jelas.\u00a0 Mereka berbicara dan menuntut agar kebebasan manusia sentiasa dipertahankan.\u00a0 Namun pada pada yang sama, mereka tidak memberikan kebebasan kepada pihak lain untuk menjalani kehidupan berasaskan nilai agama, adat resam, peraturan, dan pilihan sendiri.\u00a0 Malah mereka memaksakan pandangan alam mereka kepada seluruh dunia.\u00a0 Hal inilah yang diberikan peringatan oleh al-Qur\u2019an bahawa golongan Yahudi dan Nasrani hanya akan reda, bersetuju, dan suka sekiranya umat Islam menurut agama (<em>millah<\/em>) mereka yang telah terpesong itu (<em>Surah al-Baqarah<\/em> 2 : 120).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan peringatan yang diberikan ini, umat Islam tidak harus sama sekali menerima dan mengamalkan fahaman, pemikiran, dan gaya hidup pihak barat secara membuta-tuli, demi semata-mata meraih \u201crestu\u201d mereka.\u00a0 Umat Islam juga perlu sedar bahawa agama Islam tidak menentang kebebasan.\u00a0 Namun, kebebasan yang dimiliki manusia memiliki batasannya sebagaimana ditetapkan Allah S.W.T. melalui syari`at-Nya.\u00a0 Hanya dengan mematuhi syari`at inilah kebahagiaan sejati yang begitu didambakan manusia dapat dikecapi, bukan sahaja di dunia yang fana ini bahkan juga kehidupan sesudahnya yang kekal abadi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cKebebasan bersuara dan beragama bukanlah kebebasan yang mutlak dan perlu dihadkan jika perlu.\u201d\u00a0 Demikian disuarakan \u201cpakar bebas\u201d yang dilantik PBB Oktober tahun lalu untuk mempertahankan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-17882","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17882","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17882"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17882\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17882"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17882"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17882"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}