{"id":18018,"date":"2017-03-06T01:22:06","date_gmt":"2017-03-06T01:22:06","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=18018"},"modified":"2017-03-06T01:22:06","modified_gmt":"2017-03-06T01:22:06","slug":"beraniuntukberubah-tema-wanita-sedunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/beraniuntukberubah-tema-wanita-sedunia\/","title":{"rendered":"#BeraniUntukBerubah: Tema Wanita Sedunia"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun.\u00a0 Pada tahun ini, temanya ialah #<em>BeBoldForChange<\/em> atau seperti yang penulis terjemahkan #<em>BeraniUntukBerubah<\/em>.\u00a0 Berubah untuk apa? Berubah untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk wanita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin ada yang bertanya, apa lagi yang wanita mahu? Apa lagi yang tidak cukup? Ruang apa lagi yang perlu dibuka?\u00a0 Bidang apa lagi yang mahu diteroka?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam konteks Malaysia, dari satu sudut, memang benar, banyak yang telah dicapai dalam usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk wanita.\u00a0 Sebagai contoh, gaji yang sama untuk lelaki dan perempuan yang melakukan pekerjaan yang sama sekurang-kurangnya di sektor kerajaan; semakin ramai wanita yang memegang jawatan membuat keputusan; hak yang sama (hampir sama) dalam perundangan, dan seumpamanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun, dari sudut yang lain, wanita masih ketinggalan.\u00a0 Misalnya, dalam dunia perniagaan dan politik, bilangan wanita jauh lebih kecil berbanding lelaki.\u00a0 Dari segi kesihatan dan mangsa keganasan, keadaan wanita adalah lebih teruk berbanding lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk wanita dalam bidang-bidang inilah maka wanita dan lelaki, ya \u2013 wanita dan lelaki \u2013 perlu #<em>BeraniUntukBerubah<\/em>.\u00a0 Kenapa lelaki? Kerana dunia yang lebih baik untuk wanita hanya akan menjadi kenyataan jika kaum lelaki sama-sama menginginkannya dan memperjuangkannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Teringat penulis kepada khutbah Rasulullah s.a.w pada 9 Zulhijjah 10H.\u00a0 Salah satu perkara yang Baginda tegaskan dalam khutbah tersebut ialah supaya para suami melayani isteri mereka sebaik-baiknya kerana para isteri itu merupakan amanah yang diterima dengan nama Allah.\u00a0 Perkara ini kemudiannya ditafsir sebagai perintah Baginda supaya kaum lelaki memuliakan kaum wanita, teman seperjuangan mereka di muka bumi ini.\u00a0 Pengiktirafan Baginda terhadap kaum wanita ini menyebabkan 9 Zulhijjah dipilih sebagai Hari Wanita Muslim Sedunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rasulullah s.a.w. telah memperjuangkan hak wanita lebih 1400 tahun yang lalu.\u00a0 Bagaimana dengan kaum lelaki di zaman ini?\u00a0 #<em>BeraniUntukBerubah<\/em> demi mempertahankan wanita: hak-hak dan kemuliaannya?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada pendapatan penulis, bukan sesuatu yang sukar untuk kaum lelaki menyokong dan mempertahankan hak wanita.\u00a0 Di zaman ini, seorang lelaki yang membukakan pintu kereta untuk isterinya akan dipuji melangit, inikan pula jika dia memperjuangkan hak-hak wanita.\u00a0 Soalnya, mahu atau tidak kaum lelaki melakukan perkara ini?\u00a0 Jika Rasulullah s.a.w merupakan contoh yang terbaik untuk kita, Baginda sepatutnya diteladani.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun, #<em>BeraniUntukBerubah<\/em> demi mewujudkan dunia yang lebih baik untuk wanita akan menjadi lebih mencabar untuk wanita itu sendiri.\u00a0 Ini kerana dalam masyarakat Timur, wanita yang baik adalah wanita yang senyap, patuh dan sentiasa tersenyum.\u00a0 Dalam konteks ini, #<em>BeraniUntukBerubah<\/em> adalah tema yang mampu memberi semangat kepada kaum wanita untuk berani mendapat dan memperjuangkan hak mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam hal ini, siapakah yang perlu wanita Islam contohi?\u00a0 Sebaik-baiknya wanita Islam memiliki ikonnya sendiri yang terdiri dari wanita-wanita Islam juga.\u00a0 Bagaimanakah agaknya wanita-wanita Muslimah di zaman awal Islam?\u00a0 Apakah mereka hanya senyap, patuh dan sentiasa tersenyum?\u00a0 Inikah ciri-ciri wanita Islam pada ketika itu? Atau apakah mereka juga memiliki semangat #<em>BeraniUntukBerubah<\/em> dan betul-betul bertindak ke arah itu?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ummu Salamah r.a., salah seorang isteri Rasulullah s.a.w. dilaporkan pernah bertanyakan tiga soalan kepada Baginda. Pertama, soalan mengenai mengapa kaum wanita tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana kaum lelaki.\u00a0 Untuk menjawabnya, Rasulullah s.a.w. membacakan ayat 35, Surah al-Ahzab.\u00a0 Kedua, soalan mengenai mengapa di dalam al-Quran tiada disebut mengenai pahala yang diperolehi oleh kaum wanita yang turut berhijrah. \u00a0Ini dijawab Baginda dengan membacakan ayat 195, Surah Ali Imran.\u00a0 Ketiga, soalan mengapa kaum lelaki sahaja yang berperang dan mengapa kaum wanita mendapat separuh sahaja dari harta pusaka. \u00a0Untuk itu, Baginda bacakan ayat 32, Surah An-Nisaa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ternyata, isteri Rasulullah s.a.w sendiri tidak hanya \u201csenyap, patuh dan tersenyum\u201d ketika timbul persoalan-persoalan di mindanya, hatta persoalan-persoalan yang berkenaan dengan al-Quran.\u00a0 Sebaliknya, beliau menyuarakan kemusykilan-kemusykilan itu dan jawaban-jawabannya mengubah diri beliau dari \u201ctidak tahu\u201d kepada \u201ctahu\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada suatu ketika, Umar al-Khattab r.a. dan isterinya berbantahan sesama sendiri.\u00a0 Sampai satu saat, Umar memarahi isterinya kerana tidak tahan dengan sikap membantah isterinya itu.\u00a0 Lalu isterinya berkata, \u201cKenapa engkau tidak boleh terima aku membantahmu sedangkan isteri Rasulullah pernah membantah Baginda?\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penulis tidak bermaksud untuk mengajak para isteri berbantahan dengan suami masing-masing.\u00a0 Pengajaran dari kisah ini ialah bersikap terlalu keras dengan isteri bukanlah satu sikap yang terpuji.\u00a0 Sebaliknya, perlu berlaku komunikasi dua hala dalam hubungan suami-isteri di mana kedua-dua belah pihak boleh menyuarakan pandangan, kemarahan, rasa tidak puas hati dan seumpanya dengan cara yang berhikmah, demi kebaikan bersama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain dua contoh ini, di zaman Rasulullah s.a.w ada banyak kisah lain yang menunjukkan betapa wanita di zaman itu bukan sahaja memiliki semangat #<em>BeraniUntukBerubah<\/em> ini, tetapi juga benar-benar bertindak dengan berani demi kebaikan mereka.\u00a0 Pernah suatu ketika, seorang wanita meminta agar Rasulullah s.a.w. mengadakan satu masa khusus untuk para wanita belajar terus daripada Baginda tanpa perlu berkongsi dengan khalayak lelaki. \u00a0Ada wanita yang datang kepada Nabi meminta untuk bercerai dengan suaminya.\u00a0 Ada wanita yang berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk memastikan apakah tempoh iddah kematian suaminya telah tamat supaya dia dapat berdandan semula (untuk mencari calon suami).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wanita-wanita ini telah dengan beraninya melakukan apa yang perlu mereka lakukan demi untuk berubah ke arah yang lebih baik.\u00a0 Ternyata, Rasulullah s.a.w tidak merasa tergugat dengan keberanian itu, malah Baginda \u201cmenghadiahkan\u201d mereka dengan jawaban-jawaban yang memuaskan hati dan mengubah kehidupan wanita-wanita tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sama dengan kita kini \u2013 lebih 1400 tahun hijrah kemudiannya. Kita perlu #<em>BeraniUntukBerubah<\/em> asal sahaja perubahan-perubahan \u00a0itu tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran \u00a0dan nilai-nilai Islam yang kita pegang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun.  Pada tahun ini, temanya ialah #BeBoldForChange atau seperti yang penulis terjemahkan #BeraniUntukBerubah.  &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-18018","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18018","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18018"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18018\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18018"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18018"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18018"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}