{"id":18251,"date":"2017-04-05T01:02:20","date_gmt":"2017-04-05T01:02:20","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=18251"},"modified":"2017-04-05T01:02:20","modified_gmt":"2017-04-05T01:02:20","slug":"bahagia-dengan-keilkhlasan-beragama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/bahagia-dengan-keilkhlasan-beragama\/","title":{"rendered":"Bahagia Dengan Keilkhlasan Beragama"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Malaysia telah dibariskan sebagai negara keempat paling bahagia di Asia, di belakang Singapura, Thailand dan Taiwan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Laporan Kebahagiaan Sejagat 2017, oleh Jaringan Huraian Pembangunan Lestari (SDSN) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menempatkan Malaysia di tangga ke-42 daripada 155 negara, mendahului Jepun (51), Korea Selatan (56), Filipina (72), China (79) dan Indonesia (81).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Singapura berada di tempat ke-26, Thailand 32 dan Taiwan 33.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Pengarah SDSN Jeffrey Sachs kepada agensi berita Reuters, \u2018negara-bahagia\u2019 menyeimbangkan \u2018kekayaan\u2019 kewangan seperti ukuran biasa, dengan \u2018kekayaan-sosial\u2019 yakni tahap kepercayaan yang tinggi di kalangan rakyat, ketidakadilan berlaku hanya pada aras rendah, dan keyakinan terhadap kerajaan. Sachs juga merupakan penasihat khas kepada Setiausaha Agung PBB.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemeringkatan negara-negara diukur berdasarkan enam faktor: keluaran dalam negara kasar per kapita, jangka hayat sihat, dokongan masyarakat (ukurannya jika boleh berharap kepada orang lain pada waktu kesusahan), keyakinan rakyat awam (ukurannya melalui sejauh mana rasuah dilihat tidak berlaku dalam kerajaan dan swasta), sejauh mana dirasakan ada kebebasan untuk membuat keputusan dalam kehidupan, dan sokongan kebaktian (diukur melalui kegiatan derma baharu-baharu ini).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lima negara iaitu Bhutan, Ecuador, Scotland dan UAE telah mengorak langkah melantik Menteri Kebahagiaan bagi menggalakkan kebahagiaan dalam dasar dan polisi awam. Dubai pula merancang ke arah menjadi \u201cbandaraya paling bahagia di dunia\u201d menjelang 2020.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana Islam mentakrif bahagia?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Islam menggalakkan kesejahteraan atau istilah Qur\u2019annya \u2018salam\u2019. Ia disebut di lebih empat puluh tempat dalam al-Qur\u2019an dan menjadi panji-panji sapaan orang Islam\u2014atau <em>assalamu\u02bbalaikum.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2018Salam\u2019 setepatnya bererti ketenangan, kesihatan (kecergasan badan dan kecerdasan akal), kehormatan, keamanan, dan kejujuran. Lebih daripada \u2018ketenangan\u2019 dalam erti peribadi yang sempit seperti biasa difahami, \u2018salam\u2019 merangkum ketenteraman zahir dan batin daripada segala keburukan jasmani dan rohani.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2018Salam\u2019 juga meliputi keselamatan perseorangan dan kemasyarakatan, seperti sabda Nabi s.\u02bba.w., \u201cSeseorang itu tidak dihitung sebagai muslim hinggalah manusia selamat daripada kejahatan tangan dan lidahnya. Seseorang itu tidak meraih darjat mukmin hinggalah jiran-jirannya selamat daripada kejahatannya.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u2018Salam\u2019 bermakna ketulusan rohani dan kebebasan sejati\u2014kemerdekaan daripada kebejatan akhlak dan kebobrokan pekerti; kebebasan melalui tuntutan ilmu yang sebenar lagi bermanfaat, pelaksanaan amalan yang salih, dan keikhlasan terhadap semua hidupan. \u2018Salam\u2019 bererti damai dengan Tuhan, alam persekitaran tabii, dan dalam diri sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Musuh kepada kedamaian sedemikian adalah ideologi-ideologi sekular yang percaya bahawa cuma kemajuan material sahajalah yang penting. Sekularisme hanya memperjuangkan keselesaan, harta-benda, penguasaan manusia lain dan alam, dan kemajuan teknologi tanpa henti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Allah memberi amaran kepada manusia, \u201cKamu telah disibukkan oleh tamak haloba untuk kebendaan lagi dan lagi, sampai kamu masuk ke dalam kubur\u201d (<em>surah al-Takathur<\/em>, 102: 1-2). Justeru pengamatan Muhammad Asad, bahawa ayat ini menjelaskan sifat tamak haloba manusia amnya, dan khasnya kecenderungan materialisme yang telah menjajah semua masyarakat dalam zaman teknologi kini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia telah dibariskan sebagai negara keempat paling bahagia di Asia, di belakang Singapura, Thailand dan Taiwan. Laporan Kebahagiaan Sejagat 2017, oleh Jaringan Huraian Pembangunan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-18251","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18251","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18251"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18251\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18251"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18251"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18251"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}