{"id":18448,"date":"2017-04-27T01:05:13","date_gmt":"2017-04-27T01:05:13","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=18448"},"modified":"2017-04-27T01:05:13","modified_gmt":"2017-04-27T01:05:13","slug":"pembangunan-wanita-dan-tn50","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/pembangunan-wanita-dan-tn50\/","title":{"rendered":"Pembangunan Wanita dan TN50"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Pada tahun 2050, jika diizinkan Allah, penulis akan berusia 81 tahun.\u00a0 Anak gadis penulis pula akan berusia 49 tahun.\u00a0 Jika dia bertemu jodoh pada usia muda dan mendapat anak pada usia 25 tahun, cucu penulis akan berusia 24 tahun. Seandainya cucu penulis juga berkahwin awal dan terus mendapat anak, cicit penulis mungkin berusia setahun.\u00a0 Seandainya cucu dan cicit penulis juga adalah perempuan, bagaimanakah agaknya kehidupan kami \u2013 empat generasi ini sebagai wanita-wanita di Malaysia \u2013 33 tahun yang akan datang?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk sampai ke tahun 2050 itu, Malaysia akan dipandu oleh Transformasi Nasional 2050 (TN50) \u2013 satu gagasan pembinaan negara untuk 30 tahun yang akan datang.\u00a0 Walaupun TN50 masih sedang dibangunkan untuk mendapat input dari segenap lapisan masyarakat, namun ciri-ciri Malaysia yang diidamkan itu adalah sebuah Malaysia yang maju.\u00a0 Ini kerana Dasar Transformasi Nasional bertujuan mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara maju, <em>High Income Advanced Economy<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Agak sukar untuk membayangkan apa yang akan berlaku 30 tahun dari sekarang.\u00a0 Untuk memikirkan tentang diri sendiri pun sukar, apatah lagi untuk memikirkan isu negara seperti \u201cpembangunan wanita\u201d.\u00a0 Bagaimanakah kehidupan wanita di sebuah negara maju hasil dari pembangunan wanita yang bersungguh-sungguh?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada 24 Oktober 2016, theguardian.com melaporkan bahawa Iceland adalah negara terbaik untuk wanita.\u00a0 Ini kerana dasar pembangunan wanitanya berjaya meletakkan wanita Iceland di kedudukan tertinggi dalam petunjuk-petunjuk global pembangunan wanita.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari segi jurang gaji gender, pendapatan wanita Iceland 14 peratus kurang dari lelakinya (berbanding UK, 17.4%).\u00a0 84 peratus wanita Iceland berada dalam pasaran buruh (berbanding UK, 72.1%).\u00a0 44 peratus komposisi lembaga pengarah di Iceland adalah wanita (berbanding UK, 26%).\u00a0 41.3 peratus kerusi parlimen Iceland diisi oleh wanita (berbanding UK, 29.4%).\u00a0 Akhirnya, 24 peratus wanita yang berusia 25-64 tahun di Iceland, memiliki Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf (berbanding UK, 23.1%).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ramai yang melihat statistik ini dengan sinis.\u00a0 Ini kerana petunjuk-petunjuk ini dilihat sebagai kayu ukur Barat semata-mata dan bukan kayu ukur Islam.\u00a0 Malah, ramai yang mengaitkan statistik ini dengan perkara negatif lain, khususnya institusi keluarga yang terjejas.\u00a0 Benarkah begitu? Mari kita intai sedikit kehidupan wanita-wanita di Iceland, berdasarkan dasar-dasar mesra wanita\/ keluarga yang digunapakai di sana.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pertama, undang-undang mengenai cuti bergaji untuk ibu dan bapa selepas kelahiran anak.\u00a0 Selepas bersalin, wanita di Iceland boleh mengambil cuti ini selama tiga bulan.\u00a0 Bila beliau masuk kerja, suaminya pula yang mengambil cuti tersebut selama tiga bulan.\u00a0 Sesudah itu, suami-isteri ini boleh berkongsi dan bergilir-gilir mengambil cuti bergaji ini untuk menjaga anak mereka untuk tiga bulan lagi.\u00a0 Ini bermaksud, di Iceland, seorang bayi yang baru lahir akan dijaga oleh ibu atau bapanya di rumah untuk 9 bulan pertama kehidupannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kedua, subsidi upah penjagaan harian anak-anak.\u00a0 Selepas 9 bulan, bila kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja, anak-anak akan dihantar kepada pengasuh.\u00a0 Para ibu bapa diberikan subsidi untuk membayar upah pengasuh ini sehingga anak itu berusia 3 tahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketiga, penjagaan anak-anak selepas waktu sekolah khas bagi kanak-kanak yang berusia 6 &#8211; 9 tahun.\u00a0 Ia beroperasi di setiap sekolah rendah dari jam 2 petang hingga 5.15 petang dan kosnya ditanggung oleh ibu bapa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagaimana pula keadaan sebuah keluarga \u201csandwich\u201d \u2013 keluarga yang suami dan isterinya bekerja tetapi \u201cterkepit\u201d antara tanggungjawab membesarkan anak-anak dan menjaga ibu dan\/atau bapa yang tua dan uzur di Iceland?\u00a0 Apakah bantuan yang ada?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk warga tuanya, Iceland menyediakan: (a) perkhidmatan mengemas rumah dan penghantaran makanan ke rumah warga tua yang dibiayai oleh pihak berkuasa tempatan; (b) perkhidmatan rawatan di rumah yang disediakan secara percuma oleh pusat kesihatan komuniti; (c) pusat jagaan harian yang menjaga warga tua yang tinggal dengan keluarga ketika anaknya bekerja; (d) servis apartmen dengan perkhidmatan khusus termasuk merawat wargatua (biasanya milik swasta); (e) rumah jagaan dan perawatan warga tua; dan, (f) hospital geriatrik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ternyata bahawa Iceland \u2013 dalam membangunkan wanitanya \u2013 bukan sahaja membuka ruang dan peluang itu semaksimum mungkin, tetapi ia juga menyediakan sistem sokongan yang sewajarnya bagi memastikan penglibatan wanita di luar rumah itu tidak menjejaskan kualiti hidup mereka dan keluarga mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sekiranya senario di Iceland ini menggambarkan kehidupan wanita di negara maju, apakah penulis, anak, cucu dan cicit penulis \u2013 yang perempuan semuanya itu \u2013 akan menikmati apa yang dinikmati oleh wanita-wanita Iceland ini di Malaysia pada tahun 2050 nanti?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ataukah Malaysia hanya akan mengejar statistik itu (kerana ia satu keperluan global) tanpa menyediakan sistem sokongan sosial yang sewajarnya?\u00a0 Atau mungkin Malaysia hanya akan menetapkan peratusan yang sedikit rendah dari Barat kerana percaya bahawa hanya itulah peratusan yang wajar dalam konteks sosio-budaya kita? Atau Malaysia sama sekali tidak mahu mengejar statistik itu kerana ia bukan kayu ukur Islam?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apakah kayu ukur Islam dalam pembangunan wanita?\u00a0 Tidakkah perjuangan memberi pendidikan kepada wanita sehingga ke universiti sesuatu yang dituntut oleh Islam?\u00a0 Bila wanita-wanita ini telah berjaya mendapat segulung ijazah, tidakkah perjuangan untuk membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dan menyumbang semula kepada masyarakat satu perjuangan yang Islamik?\u00a0 Bila wanita-wanita ini memasuki pasaran kerja, tidakkah perjuangan untuk memberi gaji yang sama untuk pekerjaan yang sama antara lelaki dan wanita merupakan satu keadilan yang dituntut oleh Islam? Sekiranya ada dalam kalangan wanita-wanita ini yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin, bukankah melantik mereka sebagai ahli lembaga pengarah dan wakil rakyat juga sesuatu yang Islamik? \u00a0Siapa kata kayu ukur global ini tidak Islamik?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada pandangan penulis, dalam menuju tahun 2050 ini, dalam hal pembangunan wanita, isunya bukan lagi apakah Islam membenarkan wanita untuk terlibat di luar rumah ataupun tidak.\u00a0 Isu ini telah lama kita selesaikan.\u00a0 Isu yang perlu kita selesaikan dalam masa 30 tahun ini ialah seramai manakah wanita yang kita mahu terlibat di luar rumah dan sejauhmanakah kita mahu mereka pergi.\u00a0 Lagi ramai wanita yang mahu kita libatkan, dan semakin jauh kita mahu mereka pergi, maka semakin banyaklah prasarana yang perlu kita sediakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Usaha membangunkan wanita tidak cukup dengan penyediaan ruang dan peluang semata-mata.\u00a0 Ia perlu dilengkapi dengan penyediaan sistem sokongan sosial bagi memudahkan wanita melaksanakan kedua-dua tanggungjawab mereka di dalam dan di luar rumah.\u00a0 Sekiranya penyediaan ruang dan peluang ini disokong dengan prasarana yang wajar, natijah akhirnya bukan sahaja dinikmati oleh kaum wanita dan ahli keluarga mereka khususnya, tetapi juga negara itu\u00a0 secara keseluruhannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada tahun 2050, jika diizinkan Allah, penulis akan berusia 81 tahun.  Anak gadis penulis pula akan berusia 49 tahun.  Jika dia bertemu jodoh pada usia muda dan mendapat anak pada usia 25 tahun, &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-18448","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18448","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18448"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18448\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18448"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18448"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18448"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}