{"id":19181,"date":"2017-09-06T02:27:57","date_gmt":"2017-09-06T02:27:57","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=19181"},"modified":"2017-09-06T02:27:57","modified_gmt":"2017-09-06T02:27:57","slug":"maqasid-syariah-dalam-kekeluargaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/maqasid-syariah-dalam-kekeluargaan\/","title":{"rendered":"Maqasid Syariah Dalam Kekeluargaan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><em>Maqasid al-Shariah<\/em> pada dasarnya memberi maksud mewujudkan kebaikan atau memberi manfaat, sekali gus menolak keburukan dan menghilangkan kemudaratan. Justeru hukum syarak atau perundangan Islam terbit atau terjelma demi mencapai tujuan berkenaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara keseluruhannya<em> maqasid<\/em> (kata jamak <em>maqsad<\/em>) atau tujuan-tujuan utama yang dimaksudkan itu adalah \u00a0berkenaan dengan lima lingkungan penting iaitu agama, diri (nyawa), akal, keturunan dan harta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam aspek keturunan umpamanya, Syariah amat memberi penekanan dalam menjaga keturunan umat Islam. Setiap bayi yang dilahirkan dalam keluarga Islam seharusnya mempunyai keturunan yang jelas iaitu ibu dan bapa yang jelas, dan dalam perhubungan yang dihalalkan iaitu anak itu lahir dalam keadaan ibu dan bapa biologinya bernikah dengan pernikahan yang sah. Itulah sebabnya mengapa agama Islam mengiringkan Syariah dengan akhlak, yang kedua-duanya bertunjangkan akidah. Ringkasnya, istilah &#8220;anak tidak sah taraf&#8221; itu sebenarnya tidak harus wujud dalam kamus kehidupan masyarakat Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Allah memberi amaran (Surah al-Isra\u2019, 32) untuk tidak menghampiri zina kerana ia keji dan membawa kerosakan yang seharusnya menjadi pakaian bagi \u00a0melindungi diri dan pergaulan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara kerosakan zina sehingga melahirkan anak tidak sah taraf kerana agama Islam tidak mengiktiraf bapa biologi sebagai bapa yang sah dari sudut perundangan Islam. Oleh sebab status yang dimiliki, pada kelazimannya akan memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan emosinya. Kedudukan anak ini juga menyebabkan ia terdedah kepada persepsi negatif orang-orang di sekelilingnya. Sedangkan antara tujuan Syariah ialah perlindungan diri dan akal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Demi <em>maqsad<\/em> Syariah dari aspek harta secara keseluruhannya untuk umat Islam, ia juga terhalang daripada menjadi pewaris kepada pusaka bapa dan keluarga bapa. Sedangkan setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini seharusnya mempunyai hak pusaka terhadap harta daripada kedua-dua belah ibu bapanya kerana Syariah telah menyusun secara sistematik instrumen pengurusan harta keluarga supaya <em>maqsad <\/em>Syariah dari sudut material dapat dicapai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>Maqasid al-Shariah<\/em> dalam kekeluargaan harus bermula dengan penjagaan agama. \u00a0Tunjang utama penjagaan agama ialah pemupukan dan pemeliharaan akidah. Penjagaan agama juga melibatkan pemupukan dan pemeliharaan solat yang dapat mencegah daripada berlakunya perbuatan keji sebagaimana yang dimaksudkan dalam al-Quran dalam <em>Surah al-Ankabut<\/em> ayat 45 iaitu, <em>&#8220;Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah- ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan<\/em>.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Demi kepentingan inilah, IKIM akan menganjurkan Seminar Pencapaian Maqasid al-Shariah Melalui Pengukuhan Institusi Kekeluargaan pada 11 &amp; 12 Oktober nanti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Maqasid al-Shariah pada dasarnya memberi maksud mewujudkan kebaikan atau memberi manfaat, sekali gus menolak keburukan dan menghilangkan kemudaratan. Secara keseluruhannya maqasid (kata jamak maqsad) &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":25,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-19181","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19181","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19181"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19181\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19181"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19181"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19181"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}