{"id":19468,"date":"2017-11-24T09:16:17","date_gmt":"2017-11-24T09:16:17","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=19468"},"modified":"2017-11-24T09:16:17","modified_gmt":"2017-11-24T09:16:17","slug":"selamatkan-bumi-agenda-warga-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/selamatkan-bumi-agenda-warga-dunia\/","title":{"rendered":"Selamatkan Bumi Agenda Warga Dunia"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Nikmatilah makanan (hasil tanah) kerana kamu melakukan kebaikan, bukannya melakukan kerosakan, juga kerana kamu menyuburkannya dan bukan sebaliknya memusnahkan<\/em>.\u201d\u00a0 Demikianlah penegasan Khalifah `Ali kepada pengusaha tanah yang telah rosak, sebagaimana dinyatakan dalam kitab al-Kharaj karangan Yahya ibn Adam.\u00a0 Penegasan dan pujian baginda itu mengisyaratkan besar maknanya sesuatu kebaikan yang dilakukan terhadap sumber alam.\u00a0 Malah, melalui kebaikan yang dilakukan itulah wujudnya hak untuk menikmati hasilnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Segala bentuk sumber alam adalah kurniaan besar buat manusia demi maslahah kehidupan mereka. Justeru, manusia dipikulkan amanah yang berat untuk memelihara dan mengekalkan kelestariannya, sesuai dengan kedudukan penting mereka.\u00a0 Kerakusan manusia dalam menggunakan dan memusnahkan sumber alam disebut dalam beberapa ayat al-Qur\u2019an.\u00a0 Antaranya termasuklah ayat yang menjelaskan bagaimana Allah SWT menempelak golongan munafik, \u201c\u2026<em>Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di muka bumi untuk mengadakan bencana-bencana padanya dan membinasakan tanam-tanaman serta keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka akan bencana kerosakan<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Surah al-Baqarah<\/em> 2 : 205)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kegagalan dan kelemahan yang dilakukan manusia dalam menguruskan sumber asli antara lain telah mengakibatkan berlakunya kadar perubahan iklim secara tidak mapan.\u00a0 Perubahan iklim pula membawa bencana yang bukan sedikit dan jumlah kerugian yang tidak kecil. \u00a0Bencana yang dimaksudkan termasuklah peningkatan paras laut, jumlah kebakaran hutan, dan tahap keseriusan gelombang panas, pertambahan landaan taufan, kekerapan banjir dan kemarau, pencairan ais, perubahan musim yang ketara, gangguan bekalan makanan serta kebuluran, dan sebagainya. Bencana-bencana seumpama ini seterusnya memudaratkan nyawa dan kelangsungan hidup manusia serta hidupan lain.\u00a0 Merujuk situasi dalam negara, dapat dilihat bagaimana bencana banjir mengakibatkan bukan sahaja kehilangan nyawa dan harta benda tetapi juga pencemaran air dan makanan, kerosakan infrastruktur dan tanah pertanian, hakisan, serta gangguan aktiviti sosio ekonomi.\u00a0 Langkah pemulihan dan pembaikian kerosakan yang berlaku ternyata melibatkan kos yang besar.\u00a0 Selain itu, kelihatan kini semakin banyak daerah, kawasan, dan negeri yang turut dilanda bencana ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menyedari tanggungjawab bersama yang dipikul untuk menangani krisis perubahan iklim, maka sekumpulan 20 orang pemimpin negara Islam bersepakat mengisytiharkan Deklarasi Islam mengenai Perubahan Iklim pada 18 Ogos 2017 di Istanbul, Turki. Antara yang terpenting, deklarasi berkenaan menyeru segenap lapisan dalam sesebuah negara; daripada pemimpin sehinggalah aktivis masyarakat untuk bersama-sama mengubah cara berfikir dan tindakan, iaitu dengan mencontohi amalan dan gaya hidup Nabi Muhammad S.A.W.\u00a0 Selain itu, mereka juga digesa untuk mengenal pasti punca perubahan iklim dan kehilangan keseimbangan alam dalam lingkungan kehidupan mereka dan seterusnya\u00a0\u00a0 mencadangkan langkah penyelesaiannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi memberikan sokongan terhadap agenda besar menangani krisis perubahan iklim oleh negara-negara Islam dan sedunia serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Matlamat Pembangunan Mapan 2030, maka Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil insiatif untuk menganjurkan \u201cSeminar Perubahan Iklim: Antara Takdir dengan Ikhtiar\u201d pada Februari 2018. \u00a0Seminar tersebut antara lain bertujuan membahaskan penyepaduan langkah untuk menangani perubahan iklim melalui dasar, strategi, dan perancangan negara.\u00a0 Biar apa pun bentuk usahanya, meski kecil skalanya namun jika dilaksanakan atas matlamat yang sama, akhirnya pasti menghasilkan kejayaan.\u00a0 Kejayaan berkenaan besar maknanya bagi generasi penghuni akan datang untuk mewarisi bumi yang sejahtera dengan limpahan nikmat Allah S.W.T., sebagaimana asalnya; air yang bersih untuk diminum, udara yang segar untuk bernafas, dan iklim yang tidak terjejas untuk menjalani kehidupan yang sejahtera selain berperanan sebagai penjaga dan pemakmur bumi dengan sempurna.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cNikmatilah makanan (hasil tanah) kerana kamu melakukan kebaikan, bukannya melakukan kerosakan, juga kerana kamu menyuburkannya dan bukan sebaliknya memusnahkan.\u201d\u00a0Demikianlah penegasan Khalifah &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-19468","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19468","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19468"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19468\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19468"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19468"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19468"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}