{"id":19604,"date":"2017-12-29T03:09:49","date_gmt":"2017-12-29T03:09:49","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=19604"},"modified":"2017-12-29T03:09:49","modified_gmt":"2017-12-29T03:09:49","slug":"lagu-kerohanian-medium-dakwah-semasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/lagu-kerohanian-medium-dakwah-semasa\/","title":{"rendered":"Lagu Kerohanian Medium Dakwah Semasa"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Dakwah membawa maksud mengajak sesama manusia kepada hidup Islam. Setiap yang mengaku diriya sebagai seorang Muslim berkewajipan melakukan dakwah.\u00a0 Nabi Muhammad SAW bersabda \u201cSampaikan daripada aku walaupun satu ayat,\u201d hadis riwayat imam Bukhari. Pelbagai pendekatan terbaik dakwah sangat diperlukan khasnya dalam dunia global pasca moden. Kita berhadapan dengan zaman keruntuhan akhak yang berleluasa di segenap lapisan masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam berdakwah, Islam telah pun memberi garis panduan asas. Mengajak manusia ke jalan Allah SWT perlu secara hikmah, dengan peringatan yang baik dan berbahas dengan khalayak sasaran dengan cara paling elok. Sebagai pendakwah, kita tidak dapat tidak perlu menjadikan asas ini sebagai pedoman. Tuntutan semasa yang bersifat global memberi isyarat bahawa metode dakwah perlu juga mengambil kira hal ini. Manusia banyak menghabiskan masa mereka dengan mendengar lagu dan menghayati liriknya. Oleh itu usaha dakwah tidak boleh mengabaikan faktor ini. \u00a0Lagu dan lirik yang mempunyai mesej baik atau dengan kata lain ada unsur kerohanian mengajak manusia ke arah kebajikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lagu mampu menarik pemikiran manusia dalam tempoh tertentu melalui rangsangan deria dengar.\u00a0 Ia boleh merubah dan mempengaruhi masyarakat untuk mengikut trend kehidupan tertentu.\u00a0 Lagu kerohanian secara amnya memberi mesej kebaikan sejagat, berbentuk kemanusiaan, dan secara khasnya ialah nasyid yang memberi peringatan kepada tarbiah Islam.\u00a0 Kebaikan dan kemanusiaan merupakan keperluan manusia secara fitrah.\u00a0 Agama Islam merupakan agama yang fitrah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika dilihat dalam industri hiburan tanahair, lagu seperti yang dibawa oleh kumpulan nasyid Rabbani bertajuk \u2018Pergi Tak Kembali\u2019memberi keinsafan bahawa manusia akhirnya akan meninggalkan kehidupan dunia ini. Antara lirik lagu ini ialah \u2018Sekujur badan berselimut putih, rebah bersemadi sendiri, mengharap kasih anak dan isteri, apa mungkin pahala dikirim\u2019. \u00a0Bahkan lagu yang dibawa oleh kumpulan <em>rock<\/em> Amuk \u201cAku Mahu Pulang\u201d turut memberi pengajaran kepada pendengar dengan liriknya \u2018Gelap malam pasti terang, sang mentari pasti datang. kesesatan perjalanan, rahmat Tuhan menentukan,\u2019 yang meletakkan pengharapan kepada rahmat Allah SWT dalam kehidupan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ulama mengharuskan mendengar lagu dan muzik selagi ia tidak melalaikan manusia daripada mengingati Allah SWT, tidak membawa pergaulan bebas lelaki dan wanita serta lirik lagu tidak mengajak kepada maksiat dan perbuatan sia-sia. Ibnu Hazim menyatakan bahawa \u2018perkataan yang tidak berguna\u2019 seperti disebut dalam al-Quran, ayat enam, surah al-Luqman membawa erti perkataan kasar yang mencela dan memaki, bukannya nyanyian. Sheikh Yusuf al-Qaradawi pula menyatakan bahawa lagu dan muzik itu sebahagian daripada kesenian seperti nilai seni pada lukisan, pemandangan alam, bunyi-bunyian alam yang membawa kepada kesenangan hati manusia apabila mendengarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jelas di sini, bahawa lagu merupakan satu medium untuk mencapai sesuatu matlamat.\u00a0 Jika hasil akhirnya bercangah dengan kehendak Syariat, maka adalah tidak diharuskan. Sebaliknya, jika lagu digunakan dengan tujuan membawa kebaikan termasuk membawa mesej dakwah maka ia adalah harus dan terpuji.\u00a0 Lagu kerohanian dengan mudah dapat capai sasaran dakwah kepada masyarakat secara audio dan video.\u00a0 Media elektronik termasuk radio, televisyen, internet dan pelbagai peranti mudah alih memudahkan lagi proses capaian ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sikap masyarakat pasca moden yang suka kepada hiburan perlu diambil peluang sebaik-baiknya oleh para pendakwah.\u00a0 Kehidupan harian mereka sentiasa terdedah kepada pelbagai hiburan tempatan dan global yang kebanyakannya membawa tema cinta, putus kasih dan sebagainya yang terhad kepada hiburan hedonisme yang akhirnya membawa keuntungan kepada pihak tertentu sahaja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada 12 Disember 2017 lepas, satu forum bertajuk \u2018Isu, Cabaran dan Hala Tuju Hiburan Lagu Islami di Malaysia\u2019 telah diadakan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.\u00a0 Ahli panel terdiri daripada En. Ahmad Farami bin Abdul Karim, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), En. Hafiz Hamidun, artis nasyid tersohor tanahair dan Pn.Hajjah Habsah Hassan, penulis lirik, skrip yang tidak asing lagi di negara kita. \u00a0Di antara intipati forum menekankan bahawa lagu yang meninggalkan kesan ialah liriknya ditulis terbit daripada keikhlasan hati dan hasil kerja seni yang tulen.\u00a0 Sebab itu lagu seumpama ini kekal <em>evergreen<\/em> sepanjang zaman berbanding lagu ciptaan moden yang popular dalam tempoh tertentu disebabkan ia dicipta lebih kepada sedap telinga mendengar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Forum setuju lagu kerohanian ialah lagu yang mempunyai lirik nilai murni seperti mesej tidak berputus asa kepada Allah SWT. Lagu kerohanian membawa dakwah mencari keredaan Allah SWT.\u00a0 Cabaran yang timbul ialah apabila ada masyarakat yang mentohmah penggiat nasyid sebagai mencari keuntungan melalui lagu berunsurkan Islami. Masyarakat kini bertuah kerana sudah terdapat media Islami termasuk stesyen radio IKIMfm yang menyiarkan isu-isu tamadun, peradaban dan kerohanian. Simposium tentang hala tuju hiburan Islami perlu dilakukan dari semasa ke semasa sebagai pedoman kepada masyarakat dan penggiat seni. Untuk mencapai sasaran dakwah, lagu kerohanian dan nasyid boleh diterjemahkan ke dalam dialek tempatan seperti Iban dengan inisisatif penggiat seni dan juga melalui tajaan seperti badan dakwah. Forum turut memaklumkan bahawa industri lagu, termasuk hiburan Islami, perlu kepada badan penyelia yang menguruskan hala tuju industri kepada masa hadapan yang berwawasan seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dalam dunia perfileman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">IKIM sebagai institusi yang memberi kefahaman Islam kepada masyarakat sentiasa berusaha melalui pelbagai medium untuk mencapai visi dan misinya.\u00a0 Pada 12-14 Januari 2018, IKIM akan mengadakan Karnival Mahabbah di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.\u00a0 Antara programnya termasuk Anugerah Nasyid Tanahair 2017.\u00a0 Mudah-mudahan usaha ini akan menaikkan lagi minat masyarakat kepada lagu kerohanian yang membawa mesej dakwah kepada hidup Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dakwah membawa maksud mengajak sesama manusia kepada hidup Islam. Setiap yang mengaku diriya sebagai seorang Muslim berkewajipan melakukan dakwah.\u00a0 Nabi Muhammad SAW bersabda \u201cSampaikan daripada aku &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-19604","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19604","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19604"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19604\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19604"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19604"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19604"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}