{"id":19845,"date":"2018-02-28T03:59:14","date_gmt":"2018-02-28T03:59:14","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=19845"},"modified":"2018-02-28T03:59:14","modified_gmt":"2018-02-28T03:59:14","slug":"mendidik-anak-anak-menabung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/mendidik-anak-anak-menabung\/","title":{"rendered":"Mendidik Anak-Anak Menabung"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">\u201cAli, ini duit belanja sekolah kamu hari ini.\u00a0 Lebihnya simpan dalam tabung.\u201d\u00a0 \u201cDahlia, ini duit belanja sekolah. Bakinya masuk tabung.\u201d\u00a0 Terngiang-ngiang pesanan ibu atau ayah kita ketika memberikan wang saku semasa di sekolah rendah dahulu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesanan ini begitu berkesan dalam diri kebanyakan kita sehingga apabila bekerja dan memiliki pendapatan sendiri, kita masih menguruskan wang kita dengan berbelanja dahulu, dan hanya menabung bakinya. Itupun jika ada baki.\u00a0 Jika tidak, maka tiada tabunganlah kita pada bulan tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana kebanyakan kita diajar untuk berbelanja dahulu, dan menabung bakinya, maka tidak hairanlah kajian mendapati bahawa lebih kurang 70 peratus rakyat Malaysia tidak memiliki tabungan yang mencukupi \u2013 dana kecemasan besar \u2013 yang bersamaan dengan tiga bulan gaji.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam pengurusan kewangan peribadi, formula yang harus diikuti ialah \u201cbayar diri sendiri dahulu, sebelum membayar orang lain.\u201d\u00a0 Maksud \u201cmembayar diri sendiri dahulu\u201d ialah kita menabung dahulu sebelum membelanjakan wang tersebut.\u00a0 Tabungan minimum yang disarankan ialah 10 peratus dari pendapatan.\u00a0 Sebagai contoh, jika pendapatan kita RM2500 sebulan, kita simpan 10 peratus iaitu RM250 dan membelanjakan RM2250 sahaja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitulah sepatutnya kita mendidik anak-anak menabung.\u00a0 Ketika kita memberi wang saku, sarankan mereka menyimpan 10 peratus dahulu, sebelum membelanjakan bakinya.\u00a0 Dalam kata-kata lain, jika wang saku anak kita ialah RM5 sehari, sarankan mereka menyimpan 50 sen dan belanjakan RM4.50 sahaja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Teringat penulis kepada satu kisah dalam al-Quran di mana Raja Mesir pernah bermimpi mengenai <em>\u201c\u2026tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; tujuh tangkai bijirin yang hijau dan tujuh tangkai bijirin yang kering&#8230;<\/em>\u201d.\u00a0\u00a0 Ketika mentafsir mimpi ini, Nabi Yusuf a.s dalam Surah Yusuf, ayat 47 menyebut bahawa, \u201c<em>Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh selama tujuh tahun berturut-turut, kemudian, apa yang diketam, biarkan dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit yang kamu jadikan makanan.<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kata-kata lain, Kerajaan Mesir disaran untuk menanam bersungguh-sungguh selama tujuh tahun makanan ruji mereka serta menyimpan (menabung) kebanyakan dari hasilnya sebagai bekalan untuk kemarau panjang yang bakal melanda.\u00a0 Sementara itu, mereka perlu berjimat-jimat dalam memakan (membelanjakan) hasil tuaian mereka.\u00a0 Saranan ini \u2013 melebihkan simpanan dan mengurangkan perbelanjaan \u2013 merupakan saranan terbaik untuk mempersiapkan diri kita untuk masa hadapan yang tidak menentu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitulah keadaannya dalam menguruskan kewangan peribadi, untuk menjamin masa depan yang lebih baik dan selesa, komponen tabungan perlu diutamakan sebelum kita membelankajan pendapatan yang ada.\u00a0 Perkara ini perlu disematkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya kebiasan itu menjadi sebahagian dari diri mereka bila mereka dewasa kelak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mendidik anak-anak menabung boleh dimulakan dengan memberi mereka sebuah tabung yang lutsinar.\u00a0 Tabung lutsinar penting kerana kanak-kanak perlu melihat sendiri apa yang berlaku dalam tabung itu dari sehari ke sehari.\u00a0 Melihat peningkatan bilangan wang syiling dalam tabung itu akan memotivasikan mereka untuk terus menabung sehingga ia penuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibu bapa sendiri perlu menjadi contoh yang baik dalam hal ini.\u00a0 Letakkan tabung lutsinar ibu atau bapa di sebelah tabung lutsinar anak-anak dan menabunglah setiap hari di hadapan mereka.\u00a0 Mereka pasti akan mencontohi perbuatan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pepatah Melayu ada menyebut, \u201cMelentur buluh biarlah dari rebungnya\u201d.\u00a0 Dalam masyarkat kita, budaya menabung sudah lama diterapkan dalam diri anak-anak.\u00a0 Namun, perlu dipastikan formula yang disematkan itu formula yang betul, supaya apa yang kita hasrat hendak wujudkan itu, benar-benar tercapai.\u00a0 Maka, pagi esok, ketika memberi wang saku kepada anak-anak, pastikan pesanan anda betul, \u201cAina, ini duit belanja RM5. Simpan 50 sen, belanja bakinya!\u201d.\u00a0 Selamat mencuba!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cAli, ini duit belanja sekolah kamu hari ini.\u00a0 Lebihnya simpan dalam tabung.\u201d\u00a0 \u201cDahlia, ini duit belanja sekolah. Bakinya masuk tabung.\u201d Terngiang-ngiang pesanan ibu atau ayah kita ketika memberikan wang saku semasa di sekolah &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-19845","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19845","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19845"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19845\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19845"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19845"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19845"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}