{"id":19851,"date":"2018-03-06T01:34:58","date_gmt":"2018-03-06T01:34:58","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=19851"},"modified":"2018-03-06T01:34:58","modified_gmt":"2018-03-06T01:34:58","slug":"pemimpin-cemerlang-dikenang-dicucuri-doa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/pemimpin-cemerlang-dikenang-dicucuri-doa\/","title":{"rendered":"Pemimpin Cemerlang Dikenang Dicucuri Doa"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Dalam karyanya <em>Siyasat-nameh<\/em>, Nizam al-Mulk (lahir 1018) menyatakan bahawa pemimpin sesebuah negara perlu mengambil berat untuk memajukan \u201ctamadun (<em>\u2018umran<\/em>), dengan membina saluran-saluran bawah tanah, menggali terusan-terusan utama, mendirikan jambatan-jambatan menyeberang sungai-sungai besar, memulihkan kampung-kampung dan ladang-ladang, membina kubu-kubu pertahanan, mengasaskan bandar baru dan pekan, menegakkan bangunan-bangunan yang tinggi dan perumahan yang indah, memastikan penginapan didirikan untuk pengguna lebuhraya, menjamin institusi pengajian dibina bagi golongan penuntut ilmu\u2014maka dengan (infrastruktur seperti) itu namanya akan dikenang sampai bila-bila, dan dengan itu dia akan memperoleh ganjaran Akhirat dan dicucuri dengan segala doa yang baik.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keutamaan kerja raya (<em>public works<\/em>) semata-mata demi kepentingan rakyat menyerlahkan keistimewaan karya klasik dalam bidang etika kepimpinan yang turut dikenali dengan judul <em>Siyar al-Muluk<\/em> ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Karya tersebut telah diiktiraf oleh dunia antarabangsa dan diterjemahkan ke bahasa Perancis (1893), Russia (1949), Turki (1954), Jerman (1960),\u00a0 Inggeris (1960)\u00a0 dan Arab\u00a0 (1987).\u00a0 Buku terjemahan bahasa Inggerisnya mempunyai <em>caption<\/em> berikut: \u201c<em>many of Nizam al-Mulk\u2019s findings are as pertinent to government (and people) today as they were 900 years ago<\/em>\u201d. Iaitu, banyak daripada hasil kefahaman Nizam al-Mulk tetap boleh kita manfaatkan pada hari ini, sepertimana pada 900 tahun terdahulu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Karya asal ditulis pada tahun 1091 (39 bab) dan 1092 (11 bab) sebagai buku rujukan untuk Sultan Malik-shah, pemerintah selama dua dekad empayar yang luasannya dari India hinggalah ke Mesir.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penulisnya Nizam al-Mulk Abu \u2018Ali al-Hasan bin \u2018Ali, mangkat dalam tahun 1092 pada usia 74 tahun. Beliau berpengalaman dalam perkhidmatan sivil, fiskal dan tentera, sebagai Perdana Menteri merangkap panglima perang kerajaan Saljuq selama lebih tiga puluh tahun. Untuk tempoh enam puluh tahun selepas kematiannya pula, jawatan-jawatan tersebut digalas oleh anak-anak dan cucu lelakinya. Bahkan sejarah merakamkan penglibatan aktif sembilan orang anak dan empat cucu lelakinya dalam perkhidmatan awam, kewangan negara dan ketenteraan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ahli-ahli sejarah menilai pentadbiran Nizam al-Mulk sebagai cukup berpandangan jauh dalam penyegaran siasah dan pemikiran Ahlus Sunnah di wilayah tengah dan timur dunia Islam ketika itu. Beliau memenuhi kriteria-kriteria pemimpin yang cemerlang, seperti dalam petikan pantun dua rangkap oleh tokoh budayawan Melayu Riau, Tenas Effendy:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dijadikan pemimpin: membawa barakah<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bersama menegak tuah dan maruah<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dijadikan ketua: besar faedah<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Umat sentosa, rezeki bertambah<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dijadikan induk: dia ternama<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Negara terjaga, umat terpelihara<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nizam al-Mulk sedar adalah tidak mencukupi untuk seseorang pemimpin sekadar mempunyai moral yang baik. Lebih daripada itu, beliau juga wajib untuk memiliki kemahiran memimpin, cekap, dan berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat. Di samping pelaksanaan kerja raya untuk kepentingan rakyat, kejayaan beliau sangat terserlah dalam empat bidang yang berikut:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Pertama<\/strong>, penubuhan universiti dan asrama siswa melalui sistem waqaf. Kolej-kolej yang beliau dirikan dilengkapi dengan pembiayaan biasiswa, dan tidak terhitung jumlahnya di bandar-bandar utama Iraq, Farsi dan Jazirah, iaitu bahagian utara antara Sungai Tigris dan Sungai Furat. Di universiti dan kolej tersebut, ilmu-ilmu falsafah, sains, kalam, dan undang-undang diajarkan secara sistematik. Melaluinya, bakal para pegawai yang akan diberi amanah untuk menjayakan kerajaan diasuh dan dipupuk. Mereka diberikan hala-tuju yang jelas, untuk menghembuskan semangat baru dalam siasah dan pemikiran Ahlus Sunnah secara umumnya\u2014Asha\u2018irah dalam akidah, dan Shafi\u2018iyyah dalam fekah secara khususnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Universiti beliau yang paling terkenal ialah Universiti Nizamiyyah di Baghdad yang dibuka dalam tahun 1067. Baginda menaungi ilmu dan persuratan, serta sangat kasih kepada ilmuwan dan sasterawan. Pelantikan Naib-Naib Canselor adalah terdiri daripada para sarjana yang cemerlang lagi berpengaruh dalam dunia ilmu. Antara yang terpenting ialah Abu Ishaq al-Isfarayini (pakar akidah, undang-undang dan hadith) dan Abu Hamid al-Ghazali (pakar akidah, undang-undang, pemikiran, Sufi dan mujaddid).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Kedua<\/strong>, penghapusan cukai yang tidak selaras dengan shari\u2018ah atau kemaslahatan rakyat\u2014iaitu percukaian yang dipanggil <em>mukus<\/em>\u2014mulai tahun 1086. Ini selari dengan tradisi 300 tahun terdahulu waktu kepimpinan Khalifah \u2018Umar bin \u2018Abdul \u2018Aziz, yang dalam tahun 717 telah menghapuskan percukaian <em>mukus<\/em>, sambil membacakan ayat al-Qur\u2019an tentang seruan Nabi Shu\u2018ayb, \u201c\u2026dan janganlah kamu mengurangkan atau merugikan manusia terhadap hak-hak mereka\u2026\u201d (<em>Hud<\/em>, 11: 85).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Qadi Abu Yusuf yang merupakan Ketua Hakim Negara pada zaman Khalifah Harun al-Rashid memberikan analisanya: sebelum zaman Khalifah \u2018Umar bin \u2018Abdul \u2018Aziz, tahap kemakmuran adalah rendah kerana rakyat kerajaan Umayyah malas berproduktiviti, sebab kalau pendapatan kerja mereka tinggi maka cukai yang perlu mereka bayar pun tinggi juga. Tetapi semasa polisi \u2018Umar bin \u2018Abdul \u2018Aziz dilaksanakan, rakyat lebih bersemangat untuk bekerja, sebab apabila pendapatan daripada produktiviti mereka tinggi maka manfaatnya kembali kepada diri mereka sendiri. Dan yang menariknya dalam ekonomi, apabila produktiviti dan hasil pendapatan rakyat meningkat, maka pendapatan dan hasil negara juga akan turut meningkat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Ketiga<\/strong>, kesungguhan dalam memastikan keamanan dan keselamatan warga negara daripada para penjenayah, penyamun dan perompak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Keempat<\/strong>, ketulusan dalam mengurangkan kos perbelanjaan rakyat, dalam konteks agama dipelihara, ilmu pengetahuan dan sains dinaungi, harta dimanfaatkan untuk semua, hak untuk memiliki harta peribadi dijamin, dan cukai pada kadar yang adil juga dipungut secara yang adil. Sedekad setelah inisiatif-inisiatif beliau dilaksanakan, buku-buku sejarah merakamkan \u201ckeamanan yang luar biasa dan kos sara hidup yang sangat rendah\u201d yang berlaku mulai tahun 1083.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam karyanya Siyasat-nameh, Nizam al-Mulk (lahir 1018) menyatakan bahawa pemimpin sesebuah negara perlu mengambil berat untuk memajukan \u201ctamadun (\u2018umran), dengan membina saluran-saluran bawah tanah, menggali &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-19851","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19851","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19851"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19851\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19851"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19851"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19851"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}