{"id":20003,"date":"2018-03-28T02:00:03","date_gmt":"2018-03-28T02:00:03","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20003"},"modified":"2018-03-28T02:00:03","modified_gmt":"2018-03-28T02:00:03","slug":"pemimpin-pencetus-kesatuan-ummah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/pemimpin-pencetus-kesatuan-ummah\/","title":{"rendered":"Pemimpin Pencetus Kesatuan Ummah"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Islam melihat pemimpin sebagai tonggak penting dalam kehidupan manusia. Pemimpin dari skop yang lebih luas meliputi kepada diri sendiri dan juga masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kepimpinan dan tanggungjawabnya, Islam meletakkan asas yang jelas seperti keterangan hadis nabi SAW \u201cIngatlah setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang amir dalam kalangan masyarakatnya menjadi pemimpin mereka dan bertanggungjawab atas mereka, seorang\u00a0 lelaki\u00a0 menjadi\u00a0 pemimpin terhadap\u00a0 keluarganya dan bertanggungjawab\u00a0 atas\u00a0 mereka,\u00a0 seorang wanita menjadi pemimpin dalam rumah tangganya dan anak-anaknya dan dia\u00a0 bertanggungjawab atas\u00a0 mereka, seorang\u00a0 hamba sahaya\u00a0 menjadi pemimpin\u00a0 terhadap\u00a0 harta\u00a0 tuannya\u00a0 dan\u00a0 dia\u00a0 bertanggungjawab\u00a0 atas\u00a0 harta \u00a0tersebut, setiap daripada kalian pemimpin dan setiap kalian bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.\u201d Hadis riwayat imam Muslim.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hadis ini menegaskan bahawa setiap Muslim yang mukalaf sebenarnya pemimpin mengikut kategori masing-masing. Setiap Muslim akan dipersoalkan tentang kepimpinan mereka. Ini memberi erti bahawa setiap pemimpin itu akan mendapat balasan baik dan buruk berdasarkan tindakan mereka dalam kepimpinan masing-masing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam konteks pemimpin masyarakat, cendekiawan Islam menyatakan pemimpin sebagai seorang yang dilantik untuk meneraju suatu kepimpinan urusan pentadbiran awam atau pun pertubuhan sosial yang matlamat kepimpinannya \u00a0membawa\u00a0 kebaikan\u00a0 sama\u00a0 ada\u00a0 di\u00a0 dunia\u00a0 mahupun\u00a0 akhirat.\u00a0 Sudah tentu antara kebaikan yang dituntut daripada pemimpin ialah menyatukan masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemimpin boleh menyatukan masyarakat kerana sifat mereka dapat membawa pengikutnya ke arah sesuatu matlamat bukan sahaja melalui pengaruhnya tetapi juga melalui autoriti rasmi.\u00a0 Pemimpin sentiasa berhubung rapat dengan khalayak di bawah mereka dan dapat memupuk pengikutnya ke arah misi dan visi yang diinginkan. Mereka juga mahir dalam pentadbiran khasnya dari segi tindakan, bimbingan, penyelarasan, perencanaan dan membuat keputusan dalam mengurus pelbagai kelompok masyarakat supaya bersatu dalam mencapai sesuatu agenda tertentu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk mencapai matlamat kebajikan Islam, pemimpin perlu menjadikan metode kepimpinan Rasulullah SAW sebagai teladan terbaik mereka. Sayugianya, pemimpin perlu mempunyai sifat lemah lembut kerana pendekatan ini lebih menarik pengikut mereka untuk menerima saranan dan arahan. Pada masa yang sama, pemimpin perlu bersikap tegas secara berhikmah dalam membenteras kemungkaran.\u00a0 Teras kepimpinan dalam Islam adalah berdasarkan kepada muafakat dan musyawarah.\u00a0 Walaupun begitu, dalam perkara yang jelas ketetapannya dalam Islam, ketegasan untuk menjunjung perintah Islam menuntut ia dilaksanakan tanpa kompromi lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai ahli masyarakat, dalam memilih pemimpin, kita perlu melihat kepada ciri-ciri positif yang dapat memperjuangkan maslahah ummah bukan sahaja dalam urusan keduniaan bahkan juga kepentingan akhirat. \u00a0Sudah tentu sebagai orang Islam, kita perlu melihat neraca Islam sebagai timbangan dalam memilih seorang pemimpin. Mengikut konsep al-Quran, pemimpin itu mesti seorang yang beriman dan bertakwa yang akan mengundang keberkatan Allah SWT dari langit dan bumi kepada masyarakat. Pemimpin perlu mempunyai ilmu kerana Allah SWT mengangkat seseorang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat melebih yang lain. Pemimpin sentiasa muhasabah diri terhadap amal-amal yang telah mereka lakukan dengan melihat keperluan dan kepentingan pada hari muka khasnya untuk mencapai balasan yang baik di akhirat kelak. Pemimpin juga perlu kepada kekuatan mental agar mereka tidak menjadi ragu-ragu dalam kepimpinan mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Matlamat utama kepimpinan dalam Islam ialah menunaikan segala kehendak Syariat Islam dan menjauhkan perkara mungkar. Sudah tentu salah satu tugas utama pemimpin ialah menyatukan ummah.\u00a0 Sebagai pencetus kepada kesatuan, pemimpin akan membawa ummah menjadi teguh dalam melaksanakan Syariat Allah SWT dalam masyarakat sehingga dapat memberi keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Islam melihat pemimpin sebagai tonggak penting dalam kehidupan manusia. Pemimpin dari skop yang lebih luas meliputi kepada diri sendiri dan juga masyarakat. Dalam kepimpinan dan tanggungjawabnya, &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-20003","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20003","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20003"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20003\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20003"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20003"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20003"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}