{"id":20370,"date":"2015-02-24T07:52:19","date_gmt":"2015-02-24T07:52:19","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20370"},"modified":"2015-02-24T07:52:19","modified_gmt":"2015-02-24T07:52:19","slug":"wujudkah-pilihan-mati-dengan-cara-terhormat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wujudkah-pilihan-mati-dengan-cara-terhormat\/","title":{"rendered":"Wujudkah Pilihan Mati Dengan Cara Terhormat (?)"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Hari ini di negara kita \u2018euthanasia\u2019 atau menamatkan tempoh hayat seseorang yang mengalami penyakit yang dikatakan sukar atau tidak mungkin boleh sembuh dengan cara-cara yang sengaja (<\/span><em style=\"line-height: 1.3em;\">unnatural means<\/em><span style=\"line-height: 1.3em;\">) tidak dibolehkan oleh undang-undang.\u00a0 Namun kemungkinan pesakit yang ingin mati secara bermaruah (<\/span><em style=\"line-height: 1.3em;\">die with dignity<\/em><span style=\"line-height: 1.3em;\">) dikatakan sudah ada.\u00a0 Dalam keadaan ini pesakit yang berkenaan boleh memberi panduan kepada doktor yang merawat tentang bagaimana hasrat mereka boleh ditunaikan oleh doktor tersebut.\u00a0 Sebagai contoh doktor tidak perlu menyedarkan (<\/span><em style=\"line-height: 1.3em;\">resuscitate<\/em><span style=\"line-height: 1.3em;\">) semula pesakit tersebut sekiranya mereka jatuh tidak sedar.\u00a0 Panduan atau arahan ini disebut sebagai \u201cAdvanced Medical Directive (AMD)\u201d atau Arahan\/Panduan Perubatan Awal (APA).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">AMD atau APA menjadi tajuk yang hangat dibincangkan rentetan peristiwa seorang pesakit Britanny Maynard (29 tahun) yang mengidap penyakit barah otak tahap 4 meninggal dunia dengan ia diberikan dos barbiturate yang mematikan, oleh para doktor pada 1.11.2014.\u00a0 Oregon, negeri di mana beliau berada mempunyai Akta APA yang membolehkan hal ini berlaku.\u00a0 Selain dilihat sebagai sebuah wasiat (<em>living will<\/em>) yang memberi peluang dan kebebasan kepada pesakit untuk menentukan nasib mereka, APA dikatakan dapat membantu doktor\/perawat menguruskan rawatan dan bantuan bagi 4 jenis pesakit: (a) mereka yang dijangka akan mati dalam masa yang terdekat (nazak), (b) pesakit yang tiada harapan sembuh, (c) pesakit yang tidak sedar, (d) pesakit yang sedar yang tidak mahu rawatan terhadap mereka diputuskan, walaupun nantinya mereka jatuh ke dalam kategori (a), (b) dan (c).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">APA dianggap penting kerana ia dapat mengelakkan keputusan yang dibuat oleh kaum keluarga berlawanan dengan kehendak pesakit itu sendiri; ia boleh mengelakkan konflik di antara sesama ahli keluarga, dapat melindungi doktor dan perawat daripada tindakan undang-undang dan ia boleh membantu pesakit membuat ikrar menjadi penderma organ apabila dia meninggal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Para doktor merasakan APA tidak sama dengan eutanasia yang seperti yang telah disebut, tidak dibenarkan oleh undang-undang negara.\u00a0 Namun ada yang berpendapat bahawa membolehkan APA wujud, akan membantu mereka melaksanakan tugas menghadapi keadaan kesihatan pesakit yang rumit, dengan lebih cekap dan mudah.\u00a0 Apa pun, pandangan Islami dan keagamaan tentang hal ini diperlukan oleh doktor, pesakit dan masyarakat Islam sendiri. \u00a0\u00a0Amat menarik sebenarnya bagi umat Islam bahawa, pandangan yang diperlukan mungkin boleh mula difikirkan jika hukum\/fatwa mengenai eutanasia atau \u201cmercy killing\u201d dirujuk (http:\/\/www.e-fatwa.gov.my\/fatwa-kebangsaan\/hukum-eutanasia-atau-&#8230;).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam tahun 2011 Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Ke-97 telah membuat keputusan, iaitu, setelah mendengar dari pakar-pakar yang terlibat memberi penjelasan, bahawa \u201c<em>\u2026dalam keadaan di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa jantung dan\/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, \u2026 tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan tersebut adalah\u00a0<strong>dibenarkan<\/strong>\u00a0oleh Islam kerana pesakit telah disahkan mati oleh pakar perubatan dan sebarang rawatan tidak lagi diperlukan.\u00a0 Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa pesakit tiada harapan untuk sembuh dan pesakit telah dibenarkan pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan (conventional treatment), diteruskan adalah dibenarkan oleh Islam kerana keadaan seumpana ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia yang diharamkan.<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seterusnya, \u201c<em>\u2026menghentikan hayat seseorang sebelum dia disahkan mati dengan menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah haram dan dilarang oleh Islam.\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Muzakarah memutuskan juga bahawa<em>\u00a0\u201cperbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan eutanasia (sama ada eutanasia voluntary\/atas kehendak sendiri, non-voluntary\/yang pasif atau involuntary\/yang menolak rawatan) atau \u2018mercy killing\u2019 adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan membunuh dan ianya juga bertentangan dengan Etika Perubatan di Malaysia.<\/em>\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jawatankuasa Fatwa juga telah mengatakan bahawa asas keputusan yang dibuat ialah \u201cFirman Allah SWT dalam Surah an-Nisa\u2019, ayat 92 yang bermaksud:<em>\u00a0\u201cDan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja\u2026\u201d\u00a0<\/em>danHadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh an-Nasa\u2019ie yang bermaksud:<em>\u00a0\u201cSesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, \u201cJanganlah kamu mengharapkan kematian, jika seseorang itu baik, boleh jadi ia menambahkan kebaikan dan jika seseorang itu berbuat dosa boleh jadi dia bertaubat (dan mengharap redha Allah).\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu apabila seseorang doktor, yang sebenarnya ditugaskan untuk menolong pesakit, sebaliknya membantu mempercepatkan kematian (dalam kes APA), perbuatan tersebut tidak boleh dianggap satu kebaikan tetapi merupakan sesuatu yang dilarang dan mengundang dosa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini di negara kita \u2018euthanasia\u2019 atau menamatkan tempoh hayat seseorang yang mengalami penyakit yang dikatakan sukar atau tidak mungkin boleh sembuh dengan cara-cara yang sengaja (unnatural means) tidak dibolehkan oleh undang-undang.\u00a0 Namun kemungkinan pesakit yang ingin mati secara bermaruah (die with dignity) dikatakan sudah ada.\u00a0 Dalam keadaan ini pesakit yang berkenaan boleh memberi panduan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":30,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-20370","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20370","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/30"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20370"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20370\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20370"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20370"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20370"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}