{"id":20387,"date":"2015-02-11T08:27:09","date_gmt":"2015-02-11T08:27:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20387"},"modified":"2015-02-11T08:27:09","modified_gmt":"2015-02-11T08:27:09","slug":"fatwa-membentuk-muafakat-ummah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/fatwa-membentuk-muafakat-ummah\/","title":{"rendered":"Fatwa Membentuk Muafakat Ummah"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Fatwa merupakan satu keperluan umat Islam.\u00a0 Ia merupakan sumber pencerahan dan pendidikan sesuatu hukum syarak yang belum jelas dalam kehidupan mereka.\u00a0 Ini khasnya melibatkan isu-isu baharu yang dihadapi oleh masyarakat apatah lagi dalam zaman moden yang melibatkan bidang sains, teknologi dan muamalah.\u00a0 Fatwa memberi penyelesaian kepada pengurusan sesuatu isu awam yang timbul mengikut acuan yang dikehendaki oleh syarak.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Umpamanya dalam isu memboikot peniaga yang tamak mengaut keuntungan berlebihan, perlukah isu ini kepada satu fatwa yang dapat memberi pendidikan kepada masyarakat Muslim dalam menghadapi situasi ini? \u00a0Adakah jika memboikot maka ia akan menganggu periuk nasi peniaga? Atau sebaliknya kerakusan peniaga merupakan tindakan zalim mereka ke atas pembeli?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setiap sesuatu perkara yang berlaku dalam masyarakat sehingga menimbulkan ketidakpuasaan\u00a0 hati mereka perlu didasarkan kepada sandaran ajaran syarak bukan berdasarkan ikutan nafsu dan semangat berkobar-kobar yang ada dalam diri manusia semata-mata.\u00a0 Ini sesuai dengan maksud satu sabda nabi SAW yang menyatakan bahawa jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu.\u00a0 Jadi tindakan berdasarkan nafsu dan semangat semata-mata tanpa didasarkan kepada kehendak syarak tidak diparaku oleh agama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Isu boikot ini mungkin boleh dilihat oleh pihak berkaitan sebagai asas untuk membuat suatu fatwa yang dapat memberi panduan dan didikan kepada masyarakat (pembeli dan peniaga) untuk bertindak secara syarie dan berkumpulan agar jika boikot itu diharuskan, maka ia dapat memberi kesan yang positif memihak kepada pihak yang benar.\u00a0 Jadi isu ini nampaknya agak menarik untuk dilihat oleh pihak agama yang berkaitan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam sejarah nabi Muhammad SAW\u00a0 boikot bukanlah satu perkara yang asing. Ketika nabi SAW mula mengembangkan agama Islam secara terang-terangan maka timbul tidak puas hati di kalangan kafir Quraish Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal.\u00a0 Mereka berpakat untuk memboikot bukan sahaja nabi SAW bahkan kaum suku sakat baginda iaitu Bani Hashim dan Bani Mutalib serta sesiapa sahaja yang membantu baginda SAW.\u00a0 Pakatan boikot ini dilakukan secara rasmi oleh kaum kafir Quraish dengan menulis satu surat perjanjian melalui mana tidak ada pihak boleh melanggarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Boikot yang dilakukan kaum Quraish selama tiga tahun itu menyebabkan kehidupan kaum keluarga nabi SAW menjadi begitu sukar.\u00a0 Ini ialah kerana pihak kafir Quraish tidak membenarkan sesiapapun untuk membuat urusan jaul beli, berdagang atau apa-apa urusan lain dengan suku kaum keluarga nabi Muhammad SAW.\u00a0 Mereka juga tidak dibenarkan untuk meminta pertolongan dari pihak luar Mekah termasuk membeli makanan atau melakukan perkahwinan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesan dari boikot ini menyaksikan bagaimana suku kaum nabi Muhammad SAW tidak mempunyai makanan yang cukup.\u00a0 Demi keselamatan, mereka berpindah ke pinggir kota Mekah.\u00a0 Di situ walaupun mempunyai duit,\u00a0 mereka tidak boleh membeli barangan kerana boikot ekonomi kafir Quraish termasuk melarang sebarang barang dagangan dan makanan ke kawasan \u00a0itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Peristiwa utama lain yang terpahat dalam sejarah Islam ialah boikot selepas perang Tabuk yang dikenakan ke atas tiga orang sahabat nabi SAW yang gagal ikut bersama dalam peperangan berkenaan.\u00a0 Mereka ialah Kaab bin Malik bersama dua sahabat yang lain iaitu Murarah dan Hilal. Rasulullah SAW telah meminta para sahabat tidak bercakap dengan ketiga-tiga mereka selama 40 hari sampailah Allah SWT memberi keampunan kepada mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini merupakan peristiwa dalam sejarah Islam yang menunjukkan boikot adalah suatu yang wujud tetapi tidak boleh digunakan dengan mengikut nafsu sahaja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam era zaman moden, kita juga dapat melihat bagaimana tindakan umat Islam seluruh dunia khasnya di Timur Tengah yang memboikot produk daripada negara Denmark setelah\u00a0 berlaku isu penghinaan ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dengan penerbitan karikatur baginda SAW dalam akhbar tempatan negara berkenaan pada tahun 2006 dan 2008.\u00a0 Boikot ini memberi kerugian jutaan ringgit kepada perdagangan dan perniagaan daripada negara Denmark khasnya ke atas sebuah syarikat gergasi susu dan produk tenusu, Arla Foods.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semua ini membuktikan bahawa boikot merupakan satu elemen yang sangat memberi kesan untuk menjadi alternatif bagi menekan pihak yang menindas untuk kembali ke pangkal jalan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apapun, sebarang boikot dalam konteks isu semasa negara kita perlu dilihat dalam pelbagai aspek.\u00a0 Ia hendaklah ditujukan kepada pihak yang benar-benar melakukan penindasan ke atas masyarakat.\u00a0 Tindakan yang berasaskan emosi adalah salah.\u00a0 Tindakan boikot jika ingin dilakukan ke atas peniaga yang menindas perlu berlandaskan syarak yang memberi keadilan kepada semua pihak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setiap perkara yang timbul dalam masyarakat sudah tentu ada garis panduan syariat yang perlu diikuti.\u00a0 Ini termasuk cadangan boikot peniaga yang dikatakan sebagai tamak. Di sinilah peranan fatwa untuk melihat isu boikot ini sama ada diharuskan syarak atau tidak untuk menjamin bahawa tindakan yang tepat dapat dilakukan bersama-sama dengan kesatuan umat Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fatwa merupakan satu keperluan umat Islam.\u00a0 Ia merupakan sumber pencerahan dan pendidikan sesuatu hukum syarak yang belum jelas dalam kehidupan mereka.\u00a0 Ini khasnya melibatkan isu-isu baharu yang dihadapi oleh masyarakat apatah lagi dalam zaman moden yang melibatkan bidang sains, teknologi dan muamalah.\u00a0 Fatwa memberi penyelesaian kepada pengurusan sesuatu isu awam yang timbul mengikut acuan yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-20387","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20387","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20387"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20387\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20387"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20387"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20387"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}