{"id":20499,"date":"2014-09-24T08:04:00","date_gmt":"2014-09-24T08:04:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20499"},"modified":"2014-09-24T08:04:00","modified_gmt":"2014-09-24T08:04:00","slug":"apabila-nafsu-menguasai-akal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/apabila-nafsu-menguasai-akal\/","title":{"rendered":"Apabila Nafsu Menguasai Akal"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Isu kebocoran kertas Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini mendatangkan cemar dan darar yang bukan sedikit.\u00a0 Maruah dunia pendidikan tercalar.\u00a0 Emosi dan motivasi pelajar tergugat. \u00a0Perancangan ibu bapa tergendala.\u00a0 Kos ditanggung kerajaan pula berganda.\u00a0 Ringkasnya, seluruh negara tertimpa kesulitandan kerugian.\u00a0 Kebocoran kertas peperiksaan khabarnya agak sering berlaku.\u00a0 Bukan sahaja pada era kepesatan teknologi maklumat kini tetapi juga sejak lama dahulu.\u00a0 Antara yang paling menimbulkan kekecohan termasuklah kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk subjek Bahasa Malaysia pada tahun 1989.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kebocoran kertas peperiksaan ini hakikatnya hanya menambah bilangan kes salah laku dan tindakan tidak beramanah yang telah kerap didedahkan.\u00a0 Bukan sahaja peringkat bawahan tetapi juga atasan.\u00a0 Tidak hanya organisasi bahkan juga negara.\u00a0 Kes tersebut juga memberikan gambaran tentang kelunturan akhlak luhur dan nilai mulia yang seharusnya menjadi amalan dalam menjalankan tugas.\u00a0 Lebih mendukacitakan kerana ia membabitkan penjawat awam yang selama ini didedahkan dengan himpunan besar nilai dan etika perkhidmatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Terdapat pelbagai kemungkinan yang mendorong kebocoran tersebut berlaku. Antaranya tekanan atau desakan yang didorong kepentingan tertentu bagi mencapai keputusan yang bukan sahaja baik malah cemerlang.\u00a0 Justeru,\u00a0 segelintir pihak menjadi begitu obses dengan peperiksaan sehingga lupa tujuan atau matlamat sebenar peperiksaan dijalankan.\u00a0 Umum mengetahui bahawa peperiksaan bertujuan menguji pencapaian pelajar dan menggalakkan persaingan yang baik dalam kalangan mereka.\u00a0 Jelas di sini bahawa matlamat peperiksaan ditentukan oleh akal yang sihat.\u00a0 Manusia yang dikuasai nafsu akan cuba merosakkan yang baik.\u00a0 Berbeza degan akal, nafsu tidak menghitung betul dan salah.\u00a0 Nafsu juga tidak mengambil kira sama ada tindakan yang dilakukan itu merupakan pengkhianatan yang akhirnya mendatangkan keaiban, kerugian, mahupun kesulitan kepada orang lain.\u00a0 Apa yang lebih dipentingkan nafsu dalam kes seumpama ini barangkali hanyalah untuk dilihat berjaya dan diri berjaya meraih prestij serta kemasyhuran.\u00a0 Demikianlah perbezaan yang besar antara akal dengan nafsu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesan buruk yang diakibatkan nafsu membuktikan kebenaran sifatnya yag dikhabarkan al-Qur\u2019an, \u201c\u2026<em>sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan<\/em>\u2026.\u201d\u00a0 (Surah Yusuf 12 : 53).\u00a0 Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T. menggambarkan keadaan orang yang menurut hawa nafsunya, \u201c<em>Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya; tuhan yang dipuja lagi ditaati?\u00a0 Maka dapatkah kamu menjadi pengawas yang menjaganya agar tidak sesat<\/em>?\u201d\u00a0 (<em>Surah al-Furqan<\/em>\u00a025 : 43)\u00a0 Berasaskan gambaran buruk yang diberikan al-Qur\u2019an ini, maka Nabi S.A.W. memberikan gesaan demi gesaan agar umat Baginda berjuang menundukkan nafsu. Baginda menegaskan misalnya dalam sebuah Hadith daripada Ibn `Abbas R.A., \u201c<em>Sejahat-jahat musuh kamu ialah nafsu kamu sendiri yang berada antara dua rusuk kamu<\/em>.\u201d (<em>Al-Baihaqi<\/em>)\u00a0 Malah dalam sebuah Hadith yang lain, Baginda S.A.W. menjelaskan salah satu ciri\u00a0 kebijaksanaan seseorang terletak pada kemampuannya menundukkan nafsunya.\u00a0 \u201c<em>Orang yang bijaksana ialah yang berusaha menundukkan nafsunya dan beramal (dengan bersungguh-sungguh bagi menyediakan) bekalan sesudah kematian.\u00a0 Manakala orang lemah ialah yang membiarkan dirinya menuruti (kehendak) nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (mengharapkan rahmat-Nya<\/em>). (<em>Al-Tirmizi<\/em>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Individu yang gagal mengawal nafsu dan bertindak menurut kehendak nafsunya itu pasti tidak akan dapat menghalang dirinya daripada melakukan kezaliman.\u00a0 Dengan kata-kata lain, nafsu jahat dalam diri manusia itu sering kali akhirnya menyebabkan ia terjebak dalam perbuatan dosa dan zalim.\u00a0 Perbuatan keji dan kezaliman itu pula diajar oleh agama untuk dibanteras agar tidak berleluasa (Surah Ali \u2018Imran 3 : 110).\u00a0 Garis panduan yang diberikan al-Qur\u2019an ini diteguhkan dengan panduan yang diberikan oleh Nabi S.A.W. \u00a0\u00a0Mekanisme menghalang dan melenyapkan kemungkaran serta kezaliman boleh dilakukan sama ada melalui kuasa yang dimiliki atau pula dengan teguran, kritikan atau nasihat.\u00a0 Jika kedua-dua kaedah ini tidak mampu dilaksanakan, maka kezaliman tersebut hendaklah dibenci.\u00a0 Cara terakhir ini ditegaskan Baginda sebagai selemah-lemah iman.\u00a0 Hal ini disebabkan kebenciannya itu hanya bermanfaat untuk menghalang dirinya untuk turut melakukan kesalahan atau kezaliman tersebut.\u00a0 Keimanan teguh yang dimiliki umat Islam; pemimpin dan anggota masyarakat, mendorong mereka bertindak menggunakan kuasa yang dimiliki untuk menghentikan kezaliman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penghapusan kezaliman yang dilaksanakan melalui pelbagai cara disasarkan untuk membanteras kezaliman, menginsafkan pelakunya dan seluruh anggota masyarakat, selain mengembalikan ketertiban dalam kehidupan bermasyarakat. Di samping kuasa, umat Islam memiliki alternatif untuk menggunakan nasihat dan teguran melalui pelbagai wadah bagi menjayakan tanggungjawab menghalang dan menghapuskan kezaliman.\u00a0 Tidak hairanlah mengapa kedua-dua kaedah atau mekanisme kuasa dan nasihat atau kritikan itu lebih utama.\u00a0 Hal ini disebabkan kedua-duanya melibatkan usaha besar lagi bersepadu segenap lapisan masyarakat untuk mengekalkan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat melalui penyuburan akhlak mulia dan pengislahan pelaku kezaliman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kelunturan sifat amanah dan akhlak mulia yang lain daripada masyarakat wajar diberi perhatian berat.\u00a0 Perbuatan keji dan kezaliman yang dibiarkan berleluasa tanpa usaha untuk menanganinya kelak mendatangkan bencana serta kebinasaan kepada seluruh masyarakat, hatta jua negara.\u00a0 Al-Qur\u2019an memberikan peringatan, \u201c<em>Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).\u00a0 Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Surah al-Anfal<\/em>\u00a08 : 25)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Permasalahan akhlak yang melanda masyarakat kita, tidak terkecuali pemimpinnya, khusus melalui kes terkini itu sewajarnya menyedarkan kita untuk mengambil pengajaran.\u00a0 Faktor utama yang mencetuskan gejala akhlak tersebut perlu diteliti dengan mendalam.\u00a0 Terbukti, hukuman bagi kesalahan yang dilakukan itu semata-mata tidak berupaya mengekang kerakusan hawa nafsu individu yang terbabit untuk bertindak demi kepentingan peribadinya.\u00a0 Sudah tentulah sesuatu yang lebih besar pengaruhnya daripada hukuman diperlukan oleh individu berkenaan untuk membuat ia sedar akan tanggungjawabnya. \u00a0\u00a0Tanggungjawab dan amanah yang kelak dituntut Allah S.W.T. untuk diberi penjelasan serta pertanggungjawaban. Sesuatu itu sudah tentu berkaitan dengan\u00a0<em>tarbiah<\/em>\u00a0(pendidikan) yang akhirnya membuahkan\u00a0<em>islah<\/em>\u00a0(perubahan) terhadap jiwa dan akhlak.\u00a0 Dalam hubungan ini, ibadah merupakan persoalan yang sangat berkaitan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelaksanaan ibadah yang sempurna dan penghayatan terhadap matlamat pensyari`atannya membolehkan pengislahan terlaksana dengan sempurna.\u00a0 Sebagai contoh ialah ibadah puasa.\u00a0\u00a0<em>Maqasid<\/em>\u00a0atau matlamat pensyari`atannya bertujuan menyedarkan insan akan kehadiran Allah S.W.T. (<em>ihsan<\/em>), memupuk ketaqwaan, dan menundukkan keinginan nafsu yang bersifat infiniti.\u00a0 Jelas bahawa petunjuk dan jalan telah pun tersedia, ketika terbimbing mahupun tersasar.\u00a0 Maka sebaik-baiknya dimanfaatkan agar akal sentiasa menguasai nafsu.\u00a0 Demikianlah caranya memartabatkan kedudukan akal yang merupakan salah satu kurniaan terbesar Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya.\u00a0 Kurniaan yang menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian dan penciptaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu kebocoran kertas Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini mendatangkan cemar dan darar yang bukan sedikit.\u00a0 Maruah dunia pendidikan tercalar.\u00a0 Emosi dan motivasi pelajar tergugat. \u00a0Perancangan ibu bapa tergendala.\u00a0 Kos ditanggung kerajaan pula berganda.\u00a0 Ringkasnya, seluruh negara tertimpa kesulitandan kerugian.\u00a0 Kebocoran kertas peperiksaan khabarnya agak sering berlaku.\u00a0 Bukan sahaja pada era kepesatan teknologi maklumat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-20499","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20499","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20499"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20499\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20499"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20499"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20499"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}