{"id":20512,"date":"2014-09-15T08:20:41","date_gmt":"2014-09-15T08:20:41","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20512"},"modified":"2014-09-15T08:20:41","modified_gmt":"2014-09-15T08:20:41","slug":"revolusi-digital","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/revolusi-digital\/","title":{"rendered":"Revolusi Digital"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: small; line-height: 1.3em;\">Revolusi digital masa kini telah mengubah cara pandang kita. Perubahan ini melibatkan seluruh dunia yang merentasi pelbagai budaya, bangsa, agama dan negara..<\/span><span style=\"font-size: small; line-height: 1.3em;\">\u00a0\u00a0<\/span><span style=\"font-size: small; line-height: 1.3em;\">Perubahan ini juga telah merangkumi pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, undang-undang, perubatan, pertanian, agama, politik dan berbagai-bagai lagi.\u00a0<\/span><span style=\"color: black;\">Teknologi digital ini bukan setakat memberi nilai tambah kepada ekonomi. tetapi merupakan satu mesin penggerak ekonomi moden ketika ini.\u00a0<\/span><span style=\"font-size: small; line-height: 1.3em;\">Statistik menunjukkan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010. Pengguna internet dijangka mencecah 25 juta orang pada tahun 2015.( Laporan Ekonomi 2013\/3014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia \/Berita Harian 25\/10\/2013\u00a0<\/span><a style=\"font-size: small; line-height: 1.3em;\" href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/\">www.bharian.com.my<\/a><span style=\"font-size: small; line-height: 1.3em;\">).\u00a0<\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify;\" align=\"justify\"><span style=\"font-size: small;\">Pada era modern ini, kehidupan masyarakat di seluruh dunia semakin dipenuhi oleh hal-hal yang serba digital. Anak remaja sentiasa sibuk 24 jam dengan telefon bimbit mereka,. Telefon yang bukan sahaja untuk membuat, menerima panggilan serta menghantar pesanan ringkas (SMS) tetapi lebih daripada itu. Telefon yang dapat merakamkan gambar dan suara. Gambar yang dirakam itu dapat dimuat naik di media sosial atau\u00a0<em>you tube<\/em>\u00a0\u00a0dan dapat ditonton oleh seluruh seluruh penduduk dunia pada kos yang murah dan masa yang pantas.<\/p>\n<p>Gejala\u00a0\u00a0&#8220;selfie&#8221; menjadi kegilaan remaja masa kini.\u00a0Terbaru pada 12 Ogos 2014, Pasangan warga Poland yang sedang bercuti bersama anak mereka mati setelah jatuh gaung ketika cuba bergambar \u2018selfie&#8217; di tebing curam Cabo de Roca. Cabo de Roca ialah puncak paling ke barat Eropah berlatar belakangkan Lautan Altlantik.<\/p>\n<p>Pada 5 Ogos 2014, Oscar Otero Arguilar\u00a0\u00a0yang berusia 21 tahun mati tertembak setelah bergambar &#8220;selfie&#8221; dengan senjata tersebut. Pada 31 Julai 2014,\u00a0\u00a0Francois Hofer, dipijak lembu jantan di Peranchis ketika cuba mengambil gambar &#8220;selfie&#8221; di hadapan haiwan tersebut. Dia bernasib baik kerana terselamat.. Pada April 2013,\u00a0\u00a0seorang wartawan\u00a0<em>Sun Sports<\/em>\u00a0di Fox, Kelly Nash hampir terkena bola besbol di kepalanya ketika bergambar &#8220;selfie&#8221; semasa perlawanan antara\u00a0<em>Astros-Red Sox.<\/em><\/p>\n<p>Selanjutnya, teknologi digital ini menyediakan ruang untuk bersembang di media sosial seperti\u00a0<em>Facebook, Twitter, Whats app, Telegram Messager, Line, Hangout<\/em>\u00a0dan bermacm-macam lagi aplikasi. Dalam banyak-banyak aplikasi yang ada, Facebook lebih digemari.<\/p>\n<p>Mengapa Facebook pada hari ini menjadi begitu popular?.\u00a0Sehingga Julai 2013,\u00a0terdapat\u00a013.3\u00a0juta\u00a0pengguna Facebook\u00a0di Malaysia.\u00a0Mereka yang\u00a0berusia antara\u00a018 dan 24\u00a0adalahpengguna\u00a0paling tinggi, yang menyumbang\u00a034.5\u00a0peratus diikuti\u00a0oleh mereka yang\u00a0berumur\u00a025-34\u00a0tahun\u00a0(29.5\u00a0peratus) dan\u00a013-17 tahun\u00a0(16.3\u00a0peratus).<\/p>\n<p>Populariti Facebook didorong oleh keinginan setiap individu untuk sentiasa berhubung dengan rakan, malah kehendak untuk mengetahui berita terkini tentang rakan-rakan sekolah. Kebebasan untuk berinteraksi secara\u00a0<em>online<\/em>\u00a0adalah keupayaan terbaik yang disediakan oleh Facebook.<\/p>\n<p>Dilihat dari sudut perniagaan, syarikat lebih gemar menggunakan Facebook. Antara sebab utama adalah interaksi mudah bersama pelanggan serta ruang iklan percuma. Sebelum dunia internet diterokai, kebanyakan platform untuk mengiklankan perniagaan adalah radio, televisyen serta media cetak. Kebanyakan platform ini mahal, jadi mereka menggunakan alternatif lain seperti Facebook untuk tujuan pengiklanan. Ia memberi peluang kepada perniagaan untuk berinteraksi bersama pengguna mereka dengan lebih daripada 600 juta pengguna aktif di seluruh dunia,<\/p>\n<p>Agensi-agensi kerajaan juga menggunakan Facebook bagi menyampaikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan organisasi mereka. Sebagai contoh Jabatan Bomba &amp; Penyelamat Malaysia dilihat sentiasa memuat naik aktiviti-aktivi menyelamat dan gambar-gambar kemalangan dan ini sentiasa menginsafkan kita untuk lebih berhati-hati dijalanraya.<\/p>\n<p>Facebook juga adalah salah satu medium yang penting bagi pemimpin-pemimpin masyarakat untuk berkongsi aktiviti-aktiviti mereka, program-program serta bantuan-bantuan yang mereka hulurkan kepada masyarakat. Di situ lah rakyat boleh menilai sejauh manakah peranan mereka dalam masyarakat.<\/p>\n<p>Namun, Facebook\u00a0\u00a0juga digunakan sebagai medium untuk mengutuk seseorang. Facebook juga dijadikan medium untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat, memaki hamun dan berbagai-bagai lagi.\u00a0Kes menghina Yang di-Pertuan Agong, mempersenda agama, penyebaran fitnah dan sebagainya. Facebook juga adalah tempat bermulanya pencemaran bahasa. Bahasa Melayu tidak lagi di eja dengan cara yang betul. Sebagai contoh, perkataan &#8220;pergi&#8221; diguna sebagai &#8220;p&#8221;, perkatan &#8220;boleh&#8221; digunakan sebagai &#8220;leh&#8221;, perkataan &#8220;mintak diri&#8221; digantikan dengan &#8220;ok chow&#8221;.serta berbagai-bagai lagi bahasa rojak yang digunakan. Lama kelamaan generasi akan datang\u00a0\u00a0telah hilang penguasaan bahasa Melayu yang betul dan sekali gus menghakis identiti bangsa sedikit demi sedikit.<\/p>\n<p>Revolusi digital ini juga membawa masuk budaya luar ke negara kita yang akan menguasai pemikiran warga kita. Sebagai contoh\u00a0<span style=\"color: black;\">kemasukan pengaruh-pengaruh Korea di Malaysia yang banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat kita terutama golongan remaja. Pengaruh Korea Selatan bermula dengan fesyen rambut, gaya pemakaian, fesyen baju dan aksesori, diikuti budaya, bahasa dan makanan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p>Hallyu atau Gelombang Korea terdiri dari pelbagai aspek termasuklah muzik (Kpop), drama (Kdrama), bahasa (Hangeull), teknologi (termasuk\u00a0<em>smartphone<\/em>\u00a0dan\u00a0<em>automobile<\/em>), komik beranimasi, komik, filem dan makanan serta kebudayaan.<\/p>\n<p>Dal Yong Jin dalam\u00a0<em>The New Korean Wave in The Creative Industry Hallyu<\/em>\u00a020, II Journal Fall 2012 mengistilahkan Hallyu kepada perubahan selari pembangunan teknologi digital dan media sosial serta telefon pintar pada alaf 21. Hallyu juga dikatakan sebagai penyebaran budaya Korea Selatan di China dan seluruh Asia Tenggara serta seluruh dunia sejak lewat 1990-an. Kini pengaruh drama Korea telah mencengkam pemikiran peminat-peminat drama bersiri tersebut dan pengaruhnya cukup besar. Begitu juga dengan drama-drama bersiri dari Indonedia. Kesemuanya ini\u00a0\u00a0boleh ditonton dengan mudah melalui internet.<\/p>\n<p>Revolusi digital ini akan membawa perubahan besar bagi sesebuah negara. Perubahan besar ini sekiranya tidak dikawal akan memberi pengaruh besar termasuk dapat menjatuhkan sesebuah kerajaan yang memerintah. Revolusi digital juga dianggap sebagai kekuatan politik baru, sebagaimana pengalaman Filipina, Tunisia, Mesir dan Libya.<\/p>\n<p>Bilangan\u00a0<em>Cyber Troper<\/em>\u00a0yang bertambah setiap hari. &#8220;Peperangan&#8221; di alam siber tak sama sebagaimana peperangan yang kita fahami. Peperangan yang boleh disertai oleh ratusan ribu orang atau mungkin jutaan dari seluruh dunia di alam Siber.\u00a0\u00a0Sebagi contoh, usaha untuk memboikot produk-produk di mulai di alam siber. Mesej-mesej yang dihantar ini lama kelamaan akan mempengaruhi pemikiran kita. Kita mudah percaya terhadap mesej yang kita terima Daripada pemikiran itu akhirnya akan membentuh satu kepercayaan yang kukuh di dalam minda yang kita kenali sebagai ideologi. Ideologi ini sukar diubah.<\/p>\n<p>Akhir sekali, pada pendapat peribadi penulis, teknologi ini kadang-kadang dihalang oleh budaya. Sebagai contoh, teknologi yang merekacipta pisau menorah getah menggunakan bateri tidak dapat diterima oleh penoreh getah. Walaupun penyelidikan yang dijalankan ini melibatkan geran jutaan ringgit. Namun, penoreh getah lebih selesa menggunakan pisau menorah getah yang biasa mereka gunakan.<\/p>\n<p>Begitu juga dengan teknologi digital atau teknologi ICT yang diaplikasikan untuk menambahkan kecekapan, ketelusan serta mengurangkan kos operasi sesebuah organisasi atau institusi.<\/p>\n<p>Namun, budaya &#8220;bodek&#8221;, &#8220;budaya ampu&#8221; yang wujud dalam sesebuah organisasi atau institusi tersebut lebih dominan daripada teknologi.. Akhirnya, organisasi\/institusi itu tidak mampu mengharungi revolusi digital sebagai persiapan pada kepimpinan generasi akan datang.. Sekaligus akan merugikan dan meranapkan negara kesan daripada budaya &#8220;ampu&#8221; yang mengatasi teknologi.<\/span><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Revolusi digital masa kini telah mengubah cara pandang kita. Perubahan ini melibatkan seluruh dunia yang merentasi pelbagai budaya, bangsa, agama dan negara..\u00a0\u00a0Perubahan ini juga telah merangkumi pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, undang-undang, perubatan, pertanian, agama, politik dan berbagai-bagai lagi.\u00a0Teknologi digital ini bukan setakat memberi nilai tambah kepada ekonomi. tetapi merupakan satu mesin penggerak ekonomi moden&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-20512","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20512","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20512"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20512\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20512"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20512"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20512"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}