{"id":20514,"date":"2014-09-15T08:22:04","date_gmt":"2014-09-15T08:22:04","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20514"},"modified":"2014-09-15T08:22:04","modified_gmt":"2014-09-15T08:22:04","slug":"kesyukuran-gandakan-limpahan-rahmat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kesyukuran-gandakan-limpahan-rahmat\/","title":{"rendered":"Kesyukuran Gandakan Limpahan Rahmat"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">\u201cMalaysia dikurniai pelbagai rahmat dan nikmat.\u00a0 Anda memiliki sistem kekeluargaan yang baik.\u00a0 Jadi peliharalah.\u00a0 Anda juga mengamalkan nilai mulia dalam melayani golongan berusia.\u00a0 Justeru kekalkanlah.\u00a0 Anak-anak anda menghormati ibu bapa mereka. Maka pertahankanlah.\u00a0 Anda juga dianugerahi rahmat terbesar, iaitu kerajaan.\u00a0 Meskipun banyak kelemahan, namun syukurilah nikmat ini.\u00a0 Kerajaan yang anda miliki membolehkan anda menikmati ketenteraman, kemudahan, dan kesejahteraan.\u00a0 Bersyukurlah kepada Allah.\u00a0 Jika nikmat tersebut tidak disyukuri, pasti kelak akan hilang dari genggaman.\u201d\u00a0 Demikian antara peringatan bermakna yang diberikan Syeikh Hamzah Yusuf Hanson, sarjana Islam yang dianggap paling berpengaruh di dunia barat, dalam temu bual dengan IKIMfm pada 4 September lalu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pesanan serta peringatan yang diberikan presiden dan pengasas bersama Zaytuna College itu amat berharga dalam suasana kemerdekaan dan pembentukan negara ini sedang diraikan.\u00a0 Ternyata kesyukuran dan kegigihan untuk mempertahankan segala nikmat yang dimiliki selain kesediaan memperbaiki kelemahan merupakan asas bagi keutuhan dan kelangsungan negara tercinta ini.\u00a0 Begitu juga akhlak mulia atau nilai-nilai luhur yang diamalkan selama ini.\u00a0 Itulah teras kita. Itulah juga yang membezakan kita dengan yang lain. Sehebat mana pun kemajuan dicapai dan sejauh mana kita telah melangkah, makna diri hakiki haruslah dipertahankan.\u00a0 Makna diri itulah yang akan menjadi benteng yang teguh dalam menempuhi ujian zaman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Usia kemerdekaan Malaysia yang melebihi separuh abad memperlihat negara melalui liku-liku penuh mencabar.\u00a0 Kelihatannya semakin bertambah usia kemerdekaan, semakin besar dugaan yang ditempuh.\u00a0 Ibarat seorang insan, semakin dewasa semakin rencam kehidupan. Kian banyak manusia ditemui; di dalam dan luar negeri sendiri, makin luas hubungan dan rangkaian.\u00a0 Justeru, seringlah pula diri mendapat manfaat dan tidak kurang juga terdedah pada mudarat.\u00a0 Turut terheret dalam kemelut atau terjebak dalam jerat mahupun perangkap.\u00a0 Demikianlah yang sedang dilalui negara bertuah ini.\u00a0 Sekiranya dahulu tumpuan lebih terarah pada penyelesaian ancaman atau kemelut dalaman namun kini, negara turut malah sering teruji untuk menyelesaikan konflik pada peringkat serantau mahupun antarabangsa.\u00a0 Di samping itu, berasaskan hakikat dunia kini tanpa sempadan, maka kita turut menerima kesan daripada sebarang perubahan, kemerosotan, mahupun konflik yang berlaku di negara-negara lain, meski jarak begitu jauh memisahkan.\u00a0 \u00a0Perkara ini tidaklah menghairankan kerana sebagaimana diungkap kepemimpinan negara, dunia kini berada dalam situasi saling berhubungan dalam pelbagai arah dan saling bergantungan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menyedari hakikat bahawa hubungan bersaling itu pasti mendedahkan kita pada pelbagai kemungkinan dan bahaya, maka selayaknya kita mengadakan persediaan secukupnya.\u00a0 Akidah ummah diperkukuh, akhlak dan adab pula diperkasa.\u00a0 Kecintaan pada ilmu dan ilmuwan disemarakkan, perpaduan dan kesejahteraan negara ditingkatkan.\u00a0 Akhir-akhir ini akidah ummah kelihatan semakin hebat diasak fahaman asing yang menyesatkan.\u00a0 Jika tindakan pantas dan tepat dilaksanakan, akhirnya kelak hancurlah perkara paling asas yang begitu dipentingkan oleh syarak untuk dipelihara.\u00a0 Apabila perkara asasi ini, iaitu akidah atau agama telah pun rosak binasa, maka sudah pasti keseluruhan struktur masyarakat akan turut runtuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kehilangan adab umat Islam merupakan persoalan yang sering dibangkitkan oleh sarjana Muslim seperti Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas sejak sekian lama.\u00a0 Permasalahan ini turut ditegaskan Syeikh Hamzah Yusuf sebelum mengakhiri temu bual khas bersama beliau sehari sebelum mengakhiri kunjungan ketiganya ke negara ini.\u00a0 Berbicara tentang adab memerlukan kita turut membicarakan hikmah dan keadilan kerana ketiga-tiganya saling berkait.\u00a0\u00a0 Ilmu tentang sesuatu berada di tempatnya yang tepat merupakan hikmah.\u00a0 Perbuatan meletakkan sesuatu di tempatnya yang tepat atau wajar ialah adab.\u00a0 Hasil daripada tindakan ini akhirnya membolehkan keadilan terlaksana.\u00a0 Kehilangan adab tidak lain tidak bukan disebabkan kekeliruan ilmu.\u00a0 Menurut Prof. Al-Attas, anggota masyarakat telah hilang pedoman dan keliru untuk menentukan keutamaan antara ilmu fardu ain dengan kifayah.\u00a0 Justeru, kedudukan yang sama diberikan misalnya kepada ilmu wahyu dan ilmu sains dan teknologi.\u00a0 Kedua-dua permasalahan besar ini, iaitu kecelaruan ilmu dan kehilangan adab akhirnya menyebabkan munculnya pemimpin-pemimpin yang tidak layak untuk melaksanakan amanah besar kepemimpinan. \u00a0Pemimpin-pemimpin seperti ini tidak memiliki akhlak, intelektual, dan spiritual tinggi, sebagaimana disyaratkan.\u00a0 Prof. Al-Attas turut menegaskan bahawa kemelut yang melanda masyarakat hari ini yang meliputi bidang ekonomi, siasah, dan sosial hakikatnya bukanlah permasalahan sebenar.\u00a0 Ia hanyalah merupakan gejala yang berlaku akibat permasalahan utama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kecintaan yang semakin luntur terhadap ilmu dan ilmuwan juga wajar diberikan perhatian oleh rakyat negara ini.\u00a0 Kecenderungan yang berlebihan terhadap seni dan hiburan bagi menggantikan kecintaan terhadap ilmu dan tradisi keilmuan selayaknya menimbulkan kebimbangan akan kesudahannya.\u00a0 Dalam hubungan ini, maksud pesanan Khalifah `Umar ibn `Abdil Aziz r.h. wajar dijadikan renungan, \u201cSekiranya kamu mampu, jadilah orang yang berilmu.\u00a0 Jika tidak, jadilah penuntut ilmu.\u00a0 Sekiranya kamu tidak mampu berbuat demikian, berkhidmatlah kepada mereka.\u00a0 Seandainya tidak mampu, maka kasihilah mereka.\u00a0 Jika kamu tidak mengasihi mereka, usah pula kamu membenci mereka.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Perpecahan dari pelbagai aspek termasuk agama yang melanda umat negara ini juga tidak harus dibiarkan berlanjutan.\u00a0 Memetik nasihat berguna Syeikh Hamzah yang memilih untuk memeluk Islam 37 tahun yang lalu, agama bertujuan mengikat hati hamba dengan Penciptanya dan antara sesama hamba.\u00a0 Justeru, tindakan memperkenalkan amalan yang berbeza, bukan sebagaimana yang dilakukan sejak zaman-berzaman oleh generasi terdahulu lalu menyebabkan timbulnya perpecahan wajar dielakkan sama sekali.\u00a0 Fiqh Mazhab Maliki menjelaskan bahawa paksaan tidak boleh dikenakan atas masyarakat yang untuk menghentikan sesuatu amalan yang disandarkan pada dalil yang lemah, iaitu ketika terdapat dalil yang lebih kuat.\u00a0 Hal ini khususnya jika paksaan tersebut menyebabkan timbulnya fitnah dan ketegangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Peringatan yang diberikan oleh ilmuwan sanjungan dunia Islam itu terhadap asas teguh agama Islam di negara ini membungakan limpahan harapan.\u00a0 Bahawa masih ada ruang untuk memastikan agama Islam terus kekal berdaulat.\u00a0 Justeru, setiap kita harus bermuhasabah, memperbaiki segala kesilapan atau kecelaruan dan mengatasi kelemahan, melaksanakan pembaharuan (<em>tajdid<\/em>) yang diperlukan.\u00a0 Usaha mulia ini tiada lain melainkan sebagai tanda mensyukuri limpahan nikmat yang dikurniakan kepada kita, khususnya kemerdekaan dan ketenteraman awam. \u00a0Kedua-duanya begitu bermakna dalam situasi saudara-saudara kita di beberapa buah negara kini kehilangan nikmat kemerdekaan mahupun ketenteraman akibat dilanda pelbagai kemelut termasuk peperangan saudara dan ledakan eksterisme.\u00a0 Ingatlah kita sekalian akan janji Allah bahawa balasan yang disediakan-Nya bagi nikmat yang disyukuri ialah bukan sahaja pengekalan bahkan gandaan nikmat dan rahmat daripada-Nya.\u00a0 Al-Qur\u2019an merakamkan, \u201c<em>Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu, \u2018Demi sesungguhnya!\u00a0 Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat-Ku kepadamu<\/em>&#8230;.\u201d\u00a0 (Surah Ibrahim 14 : 7)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cMalaysia dikurniai pelbagai rahmat dan nikmat.\u00a0 Anda memiliki sistem kekeluargaan yang baik.\u00a0 Jadi peliharalah.\u00a0 Anda juga mengamalkan nilai mulia dalam melayani golongan berusia.\u00a0 Justeru kekalkanlah.\u00a0 Anak-anak anda menghormati ibu bapa mereka. Maka pertahankanlah.\u00a0 Anda juga dianugerahi rahmat terbesar, iaitu kerajaan.\u00a0 Meskipun banyak kelemahan, namun syukurilah nikmat ini.\u00a0 Kerajaan yang anda miliki membolehkan anda menikmati ketenteraman,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-20514","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20514","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20514"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20514\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20514"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20514"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20514"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}