{"id":20554,"date":"2014-08-07T01:30:42","date_gmt":"2014-08-07T01:30:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20554"},"modified":"2014-08-07T01:30:42","modified_gmt":"2014-08-07T01:30:42","slug":"tarbiah-ramadan-pastikan-berkekalan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/tarbiah-ramadan-pastikan-berkekalan\/","title":{"rendered":"Tarbiah Ramadan Pastikan Berkekalan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Ramadan, tetamu istimewa lagi mulia yang membawa limpahan kurniaan, keampunan, dan keuntungan telah pun berlalu meninggalkan kita.\u00a0 Meneladani amalan para sahabat dan generasi Islam terdahulu, doa seharusnya dipohon kepada Allah S.W.T. agar segala ibadah dan amal salih yang telah dilaksanakan diterima oleh-Nya.\u00a0 Dengan demikianlah diharap kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang dianggap berjaya (<\/span><em style=\"line-height: 1.3em;\">al-fa\u2019izin<\/em><span style=\"line-height: 1.3em;\">) dan berupaya kembali kepada fitrah yang suci (<\/span><em style=\"line-height: 1.3em;\">al-\u2018a\u2019idin<\/em><span style=\"line-height: 1.3em;\">).\u00a0 Seringkali ditegaskan bahawa Ramadan merupakan madrasah terbaik.\u00a0 Tarbiahnya begitu berkesan dan menginsafkan, andai sepenuhnya dihayati serta dilaksanakan. Ramadan mendidik Muslim menjadi insan yang sentiasa berjuang menentang dan mengawal nafsu.\u00a0 Justeru lahirlah sifat-sifat mulia seperti sabar, tekun dan disiplin, memiliki empati yang tinggi terhadap orang lain, serta cenderung kepada kesatuan dan sebaliknya membenci perpecahan.\u00a0 Dengan kecemerlangan tarbiahnya itu maka apa pun juga ujian yang menimpa pasti dapat dihadapi dengan penuh kesabaran, kematangan, dan kebijaksanaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ramadan yang baru berlalu pastinya antara yang paling diingati oleh umat Islam negara ini.\u00a0 Dua ujian besar menimpa serta menduga ketabahan rakyat Malaysia umumnya dan umat Islam khususnya.\u00a0 Salah satunya ialah serangan Israel yang mengorbankan dan mencederakan sejumlah besar penduduk Palestin.\u00a0 Sebagaimana lazimnya orang awam; kanak-kanak dan wanita turut menjadi sasaran.\u00a0 Buat kesekian kalinya Israel memberikan alasan serangan kejam mereka itu atas dasar pertahanan diri.\u00a0 \u00a0Walhal seluruh dunia memaklumi pembohongan mereka demi mewajarkan perlakuan keji yang melewati batas-batas kemanusiaan.\u00a0 Pertahanan diri apakah yang dimaksudkan mereka?\u00a0 Serangan yang kononnya bertujuan memusnahkan tempat penyimpanan dan pelancaran roket Hamas sebaliknya ternyata membabitkan kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi seperti penempatan, hospital, dan masjid di Gaza. \u00a0Terkini, serangan turut disasarkan pada premis sekolah milik Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWRA) yang juga merupakan tempat perlindungan penduduk daripada keganasan tanpa henti rejim Zionis.\u00a0 Dilihat dari sudut teknologi persenjataan, jelas ia memihak kepada bangsa yang sejak berzaman menyeksa dan membunuh selain merampas tanah milik rakyat Palestin.\u00a0 Justeru setiap serangan yang dilancarkan pasti berhasil menambah angka korban dan yang tercedera.\u00a0 Kehilangan nyawa dan kecederaan yang dialami pula begitu tragis lagi menyayat hati.\u00a0 Justeru tidak hairanlah jika pembohongan Israel juga tersingkap melalui perbezaan besar angka korban antara kedua-dua pihak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kedukaan yang melanda tatkala mengenang penderitaan saudara seIslam di negara yang digelar penjara terbesar dunia itu berganda akibat tragedi yang menimpa pesawat MH17.\u00a0 Sebagaimana yang berlaku dalam kehilangan penuh misteri pesawat milik negara sebelumnya, nahas yang melanda kali kedua ini sekali lagi mengingatkan kita akan kekuasaan Allah S.W.T. Perancangan jahat, tindakan tidak berperikemanusiaan, dan pembunuhan juruterbang, anak kapal serta penumpang-penumpang pesawat berkenaan diizinkan-Nya berlaku bagi menguji tahap keimanan hamba-hamba-Nya.\u00a0 Sebagaimana diungkap al-Qur\u2019an, pernyataan keimanan tidak memadai selagi tidak teruji melalui musibah yang ditimpakan.\u00a0 Ujian yang melanda itulah juga akan memperlihat tahap pergantungan golongan beriman kepada Allah yang Maha Berkuasa.\u00a0 Pergantungan penuh dan keyakinan terhadap Allah S.W.T. menjamin pertolongan-Nya dalam menghadapi kesukaran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Justeru, Syawal seharusnya disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Insaf \u00a0akan segala dosa yang dilakukan dan berazam penuh untuk tidak membiarkan diri leka lalu mengulanginya semula.\u00a0 Juga syukur akan rahmat serta kasih sayang Allah S.W.T. yang sentiasa mengampunkan dosa-dosa hamba-hamba-Nya dan mengurniakan ruang yang seluas-luasnya kepada mereka untuk meningkatkan keimanan.\u00a0 Hal ini bertepatan dengan peringatan yang diberikan `ulama\u2019, \u201cSesungguhnya hari raya bukanlah bagi orang memperindah pakaian dan kenderaan semata-mata namun hakikatnya hari raya ialah bagi sesiapa yang diampunkan dosa-dosanya.\u00a0 Hari raya itu juga bukanlah untuk orang memakai pakaian yang baharu namun sesungguhnya hari raya itu adalah untuk sesiapa yang keimanannya bertambah-tambah.\u201d\u00a0 Oleh yang demikian, hendaknya sambutan Syawal diisi dengan ibadah dan amalan yang diredai Allah.\u00a0 Dengan kata-kata lain, roh Ramadan sentiasa disemarakkan dan dikekalkan.\u00a0 Seandainya Ramadan menggerakkan kita untuk sentiasa mendapatkan keredaan dan keampunan Allah maka demikian juga pada bulan-bulan yang lain.\u00a0 Sekiranya pula Ramadan menjadi pemangkin dalam mengeratkan hubungan sesama kita, maka begitulah sewajarnya diteruskan pada bulan-bulan sesudahnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sayang sekali kita yang terpilih untuk dikurniai bulan semulia Ramadan tidak memanfaatkan tarbiahnya.\u00a0\u00a0 Dinilai dari sudut realitinya, umat Islam masih belum berjaya sepenuhnya beristiqamah melaksanakan hasil tarbiah Ramadan dalam kehidupan.\u00a0 Perhatikan sahaja pada tahap perpaduan antara kita.\u00a0 Ketidaksatuan jelas terlihat.\u00a0 Malah sebahagian besar pemimpin negara Islam diselubungi sifat bacul lalu menyebabkan negara mereka terheret dalam kancah pergolakan selain tunduk di bawah telunjuk kuasa-kuasa besar.\u00a0 Dalam serangan terbaru ke atas rakyat Palestin, tidak kedengaran suara keras OIC, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), mahupun juga Liga Arab.\u00a0 Hanya sebilangan kecil negara seperti Turki dan Malaysia yang lantang membela nasib rakyat yang sekian lama terpenjara dalam kepungan yang menyeksakan itu.\u00a0 Walau bagaimanapun, kegigihan yang ditunjukkan Malaysia dan Turki itu tidak mustahil akhirnya berjaya mengasaskan kesepakatan antara negara Islam.\u00a0 Kesepakatan yang akhirnya kembali mengikat teguh hampir 60 buah negara berkenaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Hal ini bukanlah sesuatu yang jauh daripada kenyataan.\u00a0 Kesabaran, kejituan dan kesederhanaan dalam tindakan, kebijaksanaan dalam berdiplomasi, dan kesepakatan telah membantu Malaysia mencatat kejayaan dalam beberapa peristiwa penting.\u00a0 Antaranya termasuklah rundingan dengan pihak yang menguasai kawasan nahas pesawat MH17.\u00a0 Harus turut diingat bahawa kejayaan rundingan sedemikian tidak mungkin dicapai tanpa bantuan daripada Allah S.W.T.\u00a0 Dalam hubungan ini, al-Qur\u2019an merakamkan bagaimana kesabaran dan pegangan teguh agama merupakan syarat-syaratnya, \u201c<em>Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh pada agama Allah)<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Surah al-Baqarah<\/em>\u00a02 : 214)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kesepakatan yang kelak terbina itu hendaklah sentiasa dipertahankan.\u00a0 Perbuatan merungkai kesepakatan dan menghancurkan kesatuan amatlah keji lagi sia-sia.\u00a0 Al-Qur\u2019an memberikan peringatan melalui perumpamaan yang amat mendalam maksudnya, \u201c<em>Dan janganlah kamu menjadi seperti wanita yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya dengan kuat teguh&#8230;<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Surah al-Nahl<\/em>\u00a016 : 92).\u00a0 Kesepakatan seumpama itu demikianlah pentingnya kerana kita tidak dapat mengagak permainan atau sandiwara apakah lagi yang akan dimainkan oleh kuasa-kuasa besar dengan menjadikan kita mangsa ratahan mereka.\u00a0 Semoga Syawal membawa sinar kebahagiaan buat ummah seluruhnya; kemenangan bermakna bagi perjuangan panjang saudara-saudara kita di bumi Palestin.\u00a0 Pun juga ganjaran serta kurniaan bagi menggantikan kehilangan yang dideritai anggota keluarga saudara-saudara kita dalam kedua-dua tragedi berkaitan pesawat milik negara. \u00a0\u00a0Setulus doa dipohon agar roh saudara-saudara kita yang terkorban dalam Perang 10 Ramadan di bumi Gaza dan tragedi menyayat hati di bumi Donetsk, dirahmati Allah Yang Maha Pengasih; pemimpin dan rakyat negara ini diberikan kekuatan bagi menghadapi ujian mendatang yang kuat menduga, dan negara kekal terpelihara dinaungi keredaan-Nya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramadan, tetamu istimewa lagi mulia yang membawa limpahan kurniaan, keampunan, dan keuntungan telah pun berlalu meninggalkan kita.\u00a0 Meneladani amalan para sahabat dan generasi Islam terdahulu, doa seharusnya dipohon kepada Allah S.W.T. agar segala ibadah dan amal salih yang telah dilaksanakan diterima oleh-Nya.\u00a0 Dengan demikianlah diharap kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang dianggap berjaya (al-fa\u2019izin) dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-20554","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20554"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20554\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}