{"id":20556,"date":"2014-08-07T01:33:08","date_gmt":"2014-08-07T01:33:08","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20556"},"modified":"2014-08-07T01:33:08","modified_gmt":"2014-08-07T01:33:08","slug":"dunia-lebih-selamat-buat-kanak-kanak-gaza","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/dunia-lebih-selamat-buat-kanak-kanak-gaza\/","title":{"rendered":"Dunia Lebih Selamat Buat Kanak-kanak Gaza"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">\u201cKami hanya dapat meminum air yang kotor.\u00a0 Tiada makanan yang dapat dijamah.\u00a0 Bekalan elektrik telah terputus.\u00a0 Tiada komunikasi selama beberapa hari. \u00a0Sepanjang empat jam sebelum bermulanya tempoh gencatan senjata, Israel melakukan kemusnahan secara besar-besaran dan membunuh seramai mungkin.\u00a0 Ini bukan hanya peperangan dan pembunuhan umat Islam tetapi juga penganut agama lain termasuk Kristian.\u00a0 Masyarakat dunia, lakukanlah sesuatu untuk Gaza! Gaza juga memiliki maruah.\u00a0 Kanak-kanaknya berhak hidup aman damai; bermain, bersekolah, dan meraikan hari raya.\u201d\u00a0 Rintihan Hamzah Derawi, koresponden Aman Palestin di Gaza dalam laporannya untuk IKIMfm beberapa hari lalu begitu menghiris perasaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Telah hampir sebulan serangan bersifat kebinatangan disasarkan atas Gaza.\u00a0 Perang 10 Ramadan itu yang belum kelihatan penghujungnya saban hari meningkatkan angka korban dan kecederaan.\u00a0 Malang sekali bagi penduduk semenanjung yang bersebelahan dengan Laut Mediterranean itu.\u00a0 Sokongan padu daripada saudara-saudara mereka, khususnya pemimpin-pemimpin negara Islam dan terlebih khusus yang berbangsa Arab masih kekal sekadar harapan.\u00a0 Terkecuali beberapa buah negara Islam seperti Turki, Malaysia, dan Indonesia, yang lainnya masih diam membisu.\u00a0 Apatah pula pertubuhan yang sering dikecam hebat kelesuannya seperti OIC.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Laporan media antarabangsa dan tempatan menunjukkan bahawa sebahagian besar mangsa yang terkorban membabitkan kanak-kanak.\u00a0 Generasi masa hadapan Gaza itu bukan sahaja dicederakan dan dibunuh dengan kejam bahkan sebelum Perang 10 Ramadan meletus, mereka antara jumlah terbesar tahanan di penjara-penjara Israel.\u00a0 Itulah sebenarnya matlamat bangsa terlaknat tersebut.\u00a0 Semakin besar jumlah kanak-kanak yang dibunuh dan ditahan atau dilumpuhkan anggota mereka, semakin kecil atau kurang sekali penentang yang akan bangkit mencabar keangkuhan mereka pada masa hadapan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kanak-kanak Gaza wajib diberikan pembelaan.\u00a0 Hak mereka untuk terus hidup dan dilindungi keselamatan diri sebagaimana dijamin oleh Artikel 3 Deklarasi\u00a0 Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) mesti ditunaikan.\u00a0 Justeru perhimpunan \u201cSelamatkan Anak-Anak Gaza\u201d yang diadakan Sabtu lalu oleh Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif wajar diberikan pujian.\u00a0 Demikian juga beberapa tindakan sebelumnya yang digerakkan kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu rakyat Palestin harus diberikan sokongan padu. Jika Amerika Syarikat dan Israel disatukan atas asas matlamat strategik dan kepentingan bersama mereka di Timur Tengah, maka umat Islam seluruhnya lebih-lebih lagi terhubung antara satu dengan yang lain.\u00a0 Ikatan akidah antara mereka lebih bermakna dan menuntut agar pengorbanan terlaksana dalam segenap hal serta keadaan. Sekiranya pula negara Uncle Sam itu sentiasa bersedia membelanjakan ratusan billion dolar bagi tujuan pengukuhan ketenteraan dan ekonomi negara haram Israel, umat Islam lebih-lebih lagi harus menunjukkan kesediaan menghulurkan bantuan.\u00a0 Ini terutamanya dalam situasi saudara-saudara mereka keras dizalimi dengan menggunakan kehebatan teknologi ketenteraan dan kekukuhan ekonomi musuh-musuh mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Umat Islam harus sedar selagi mereka tidak menyelesaikan masalah perpecahan, kebaculan, kemunafikan, kemiskinan, dan kemunduran, maka isu Palestin dan kelompok umat Islam lain yang tertindas di seluruh dunia tidak mungkin dapat diselsaikan. Jihad besar umat Islam dalam segenap bidang terutama pendidikan, sahsiah, dan ekonomi memungkinkan mereka dapat menjamin dunia yang lebih selamat untuk dihuni khusus buat kanak-kanak Gaza dan lainnya; pewaris masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cKami hanya dapat meminum air yang kotor.\u00a0 Tiada makanan yang dapat dijamah.\u00a0 Bekalan elektrik telah terputus.\u00a0 Tiada komunikasi selama beberapa hari. \u00a0Sepanjang empat jam sebelum bermulanya tempoh gencatan senjata, Israel melakukan kemusnahan secara besar-besaran dan membunuh seramai mungkin.\u00a0 Ini bukan hanya peperangan dan pembunuhan umat Islam tetapi juga penganut agama lain termasuk Kristian.\u00a0 Masyarakat dunia,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-20556","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20556","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20556"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20556\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20556"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20556"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20556"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}