{"id":20578,"date":"2014-07-09T03:31:42","date_gmt":"2014-07-09T03:31:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20578"},"modified":"2014-07-09T03:31:42","modified_gmt":"2014-07-09T03:31:42","slug":"bulan-ramadan-anugerah-istimewa-kepada-kita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/bulan-ramadan-anugerah-istimewa-kepada-kita\/","title":{"rendered":"Bulan Ramadan: Anugerah Istimewa Kepada Kita"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Alhamdulillah kita menempuh kembali bulan Ramadan.\u00a0 Keberadaan kita di\u00a0 dalam bulan yang mulia ini perlu disyukuri sebenar-benarnya.\u00a0 Kesyukuran bukan sahaja terucap di bibir-bibir mulut tetapi juga perlu dihayati dengan tindakan kita.\u00a0 Kesyukuran sebenarnya akan timbul apabila kita mengetahui Ramadan dan kebaikan yang ada di dalam bulan ini.\u00a0 Sebagai ingat mengingati, elok kita lihat takrif beberapa terma asas tentang berpuasa di bulan Ramadan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Definisi puasa dari segi adat ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap.\u00a0 Dari segi Syariat Islam, puasa bermaksud menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.\u00a0 Ramadan membawa erti kepanasan atau batu-batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas.\u00a0 Ramadan merupakan satu tempoh masa umat Islam diwajibkan berpuasa. Puasa bulan Ramadan telah difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah. Ibadat puasa bukan sahaja dilakukan oleh umat nabi Muhammad SAW bahkan umat-umat terdahulu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila Ramadan datang, Rasulullah SAW begitu senang dan seronok dengan kedatangannya.\u00a0 Para sahabat r.a. turut bergembira. Ini disebabkan Ramadan datang dengan banyak kelebihan dan keutamaan.\u00a0 Baginda SAW dan para sahabat menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran dengan perbuatan iaitu melakukan ketaatan menunaikan perkara yang fardhu dan sunat sepanjang bulan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan imam Abu Hurairah, baginda SAW bersabda yang maksudnya: &#8220;Sesunguhnya telah tiba bulan Ramadan yang penuh barakah, iaitu satu tempoh Allah memfardhukan kepada kamu puasa.\u00a0 Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka,diikat padanya syaitan.\u00a0 Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang dihalang kebaikannya maka sebenarnya dia dihalang kebaikan yang banyak&#8221;. \u00a0(Riwayat Ahmad, Nasaie).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di antara kebaikannya ialah Ramadan merupakan bulan keberkatan.\u00a0 Berkat membawa maksud bahagia, beruntung dan berkembang.\u00a0 Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikan berkat sebagai wujudnya kebaikan ilahi di dalam sesuatu.\u00a0 Mencari berkat dapat disimpulkan mencari redha dan kebaikan daripada Allah SWT dalam melakukan amal kebajikan sehingga menghasilkan keberkatan.\u00a0\u00a0 Berkat diperolehi melalui amal ibadah yang bertepatan dengan perintah agama dan dilakukan semata-mata ikhlas kerana Allah SWT. Walaupun ibadat puasa membawa maksud lapar dan dahaga tetapi dengan pelaksanaanya yang ikhlas kerana Allah SWT, maka mudah-mudahan akan membawa berkat dengan mewujudkan sifat takwa dalam diri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak ibadat lain yang membawa kerberkatan apabila dilakukan dengan ikhlas apatah lagi dalam bulan Ramadan yang dijanjikan pahala berlipat ganda.\u00a0 Kita sebenarnya diberi pelbagai pilihan untuk melakukan amal kebajikan.\u00a0 Bersedekah di bulan Ramadan antara amalan terpuji dalam agama dan bukan sebagai adat semata-mata.\u00a0 Dalam sebuah hadis riwayat imam Muslim yang bermaksud &#8220;Apabila kamu memasak lauk, maka perbanyakkanlah kuahnya, kemudian lihatlah ahli jiran kamu dan berikanlah kepada mereka&#8221;.\u00a0 Di samping memohon doa untuk diri, keluarga, kita juga jangan lupa memohon doa dengan ikhlas untuk kebaikan orang lain.\u00a0 Ini bertepatan dengan satu sabda nabi SAW yang bermaksud &#8220;Apabila seorang berdoa bagi saudaranya tanpa pengetahuannya, berkatalah para malaikat: Bagi kamu seperti itu juga&#8221;.\u00a0 Begitu juga, kita boleh membanyakkan sedekah di bulan Ramadan.\u00a0 Ini kerana maksud sabda nabi SAW &#8220;Sedekah dan solat di tengah malam dapat menghapuskan dosa seperi air memadamkan api&#8221; (Riwayat Tirmizi).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di samping itu, bulan Ramadan merupakan bulan keampunan.\u00a0 Apatah lagi bulan yang disediakan malam Lailatur Qadar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akhirnya, Ramadan merupakan bulan yang dapat mendidik dan membina akhlak mulia melalui madrasahnya selama sebulan.\u00a0 Jadi kita sebagai mereka yang bertuah kerana dapat berjumpa bulan Ramadan, marilah merebut keistimewaan yang diberikan ini dengan bersyukur melalui ibadat yang ikhlas, mudah-mudahan ia menjadi asas untuk amalan kebaikan kita sepanjang hayat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah kita menempuh kembali bulan Ramadan.\u00a0 Keberadaan kita di\u00a0 dalam bulan yang mulia ini perlu disyukuri sebenar-benarnya.\u00a0 Kesyukuran bukan sahaja terucap di bibir-bibir mulut tetapi juga perlu dihayati dengan tindakan kita.\u00a0 Kesyukuran sebenarnya akan timbul apabila kita mengetahui Ramadan dan kebaikan yang ada di dalam bulan ini.\u00a0 Sebagai ingat mengingati, elok kita lihat takrif beberapa&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[219],"tags":[],"class_list":["post-20578","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sinar-harian","category-219","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20578","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20578"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20578\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20578"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20578"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20578"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}