{"id":20580,"date":"2014-06-20T03:33:06","date_gmt":"2014-06-20T03:33:06","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20580"},"modified":"2014-06-20T03:33:06","modified_gmt":"2014-06-20T03:33:06","slug":"keadilan-matlamat-utama-umat-pilihan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/keadilan-matlamat-utama-umat-pilihan\/","title":{"rendered":"Keadilan Matlamat Utama Umat Pilihan"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"text-align: justify; line-height: 1.3em;\">Umat terbaik, demikian jolokan mulia diberikan al-Qur\u2019an kepada umat Islam.\u00a0 Allah S.W.T. berfirman, \u201c<\/span><em style=\"text-align: justify; line-height: 1.3em;\">Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) manusia (kerana) kamu menyuruh\u00a0 melakukan segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)<\/em><span style=\"text-align: justify; line-height: 1.3em;\">.\u201d (Surah Ali `Imran 3 : 110)\u00a0 Kemuliaan yang diberikan kepada umat Islam itu bersyarat, iaitu selagi mereka memelihara keimanan, menyeru kepada kebaikan, dan melarang kejahatan dilakukan.\u00a0 Tindakan menyokong dan menyeru kebaikan dan sebaliknya menghalang serta memerangi kejahatan ini ditekankan dalam ayat lain sebagai salah satu tanggungjawab utama yang dipastikan oleh umat Islam apabila memperoleh kekuasaan (Surah al-Hajj 22 : 41).<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Al-Qur\u2019an seterusnya memberikan satu lagi gelaran mulia kepada umat Nabi Muhammad S.A.W., iaitu sebagai umat pilihan lagi adil atau umat yang pertengahan.\u00a0 Pertengahan atau sederhana ini adalah dari segi pembawaan, akhlak, dan amalan.\u00a0 Segala urusan yang meliputi perkara duniawi dan ukhrawi dipelajari serta diusahakan.\u00a0 Kedudukan penting umat Islam ini adalah seumpama seseorang yang berada di tengah-tengah.\u00a0 Apa yang berlaku di sekelilingnya benar-benar diberikan perhatian mendalam.\u00a0 Justeru, pertimbangan serta pengetahuannya tentang baik atau buruk sesuatu perkara adalah adil, benar, dan sah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak dinafikan kedudukan istimewa yang dikurniakan kepada umat Islam ini membuat mereka sentiasa teruji.\u00a0 Ujian bagi menentukan ketabahan untuk membuktikan keimanan dan melayakkan mereka diiktiraf sebagai umat bertaqwa, terbaik lagi adil.\u00a0 Justeru kita dapat melihat bagaimana umat Islam di seluruh dunia ditimpa pelbagai bentuk kezaliman dan penindasan, sama ada mereka merupakan golongan minoriti mahupun majoriti.\u00a0 Sebagai masyarakat minoriti, umat Islam berkemungkinan menghadapi penindasan oleh pemerintahan bukan Islam.\u00a0 Demikian juga sebagai masyarakat majoriti, mereka barangkali pula menghadapi penindasan atau kezaliman oleh pemerintah Islam yang bersifat diktator.\u00a0 Sebagaimana kita umumnya mengetahui, umat Islam yang merupakan masyarakat minoriti di negara-negara seperti China, Myanmar, Thailand, dan Sri Lanka menghadapi kezaliman dan penindasan tidak berperikemanusiaan oleh pemimpin bukan Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masyarakat Uighur di China misalnya menghadapi pelbagai bentuk tekanan dan penindasan untuk melaksanakan ibadah, khususnya pada bulan Ramadan.\u00a0 Penganut Islam di Xinjiang, barat laut China itu pernah dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani dokumen yang melarang mereka berbuat demikian.\u00a0 Selain itu, pelbagai usaha diambil bagi memastikan penduduk Islam itu tidak berpuasa.\u00a0 Antaranya termasuklah penyediaan hidangan tengah hari dan keengganan mereka untuk makan boleh mengakibatkan mereka kehilangan pekerjaan atau bonus tahunan.\u00a0 Malah pegawai-pegawai kerajaan memasuki rumah penduduk Uighur dan memberikan makanan serta minuman pada waktu siang, sedangkan mereka berpuasa.\u00a0 Begitulah seterusnya dengan masyarakat Islam yang lain.\u00a0 Etnik Rohingya di Myanmar\u00a0 berhadapan ancaman perkosaan dan pembunuhan serta kempen pembersihan etnik; umat Islam di selatan Thailand saban hari diancam nyawa dan keselamatan diri serta harta; dan umat Islam di Sri Lanka serta beberapa buah negara lain di dunia lagi yang menghadapi bentuk ancaman dan kezaliman yang hampir serupa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Telah banyak dibahaskan punca bagi segala kemelut dan penderitaan yang membelenggu umat Islam di serata pelosok dunia ini.\u00a0 Antaranya termasuklah ketidaksatuan umat Islam yang begitu meruncing selain segala bentuk kelemahan dan kecuaian mereka dalam melaksanakan ajaran agama.\u00a0 Sebaliknya pula musuh-musuh mereka menggandakan kekuatan dan saling meneguhkan antara satu dengan yang lain selain membudayakan akhlak Islam dalam kehidupan seharian.\u00a0 Perkara ini misalnya diberikan amaran oleh al-Qur\u2019an, \u201c<em>Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain.\u00a0 Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Surah al-Anfal<\/em>\u00a08 : 73)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagaimana yang telah dinyatakan, bagi penduduk Islam yang merupakan golongan majoriti, mereka barangkali diuji dengan pemimpin diktator.\u00a0 Dalam menghadapi situasi ini, harus dipastikan bahawa kezaliman yang ditimpakan atas mereka tidak dibalas dengan kezaliman; sama ada setara mahupun lebih besar.\u00a0 Hal ini disebabkan jika ketidakadilan dibalas dengan ketidakadilan, maka ketidakadilanlah yang akan wujud atau berleluasa.\u00a0 Harus diingat bahawa pertimbangan agama dan akhlak umat Islam menjadikan mereka berbeza daripada bangsa-bangsa lain.\u00a0 Tindakan yang diambil tidak sekali-kali berasaskan kegopohan dan gejolak kemarahan, kebencian, dan dendam yang menebal.\u00a0 Nabi S.A.W. mengingatkan dalam Hadith Baginda bahawa sifat bertenang adalah daripada Allah sementara sifat tergopoh-gapah pula daripada syaitan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelbagai kisah dirakamkan dalam sirah Nabi S.A.W. dan sejarah hidup sahabat yang amat berguna untuk dijadikan panduan dalam menghadapi kezaliman dan penindasan.\u00a0 Apa yang ketara daripada rakaman sejarah itu ialah bagaimana ilmu, kebijaksanaan, dan akhlak luhur berperanan besar untuk memilih langkah terbaik bagi menghadapi serta menghentikan kezaliman tersebut.\u00a0 Demikianlah kita diajar oleh Baginda, sahabat, dan generasi hebat sebelum kita untuk menghapuskan kemudaratan menurut kadar yang diperlukan.\u00a0 Hal ini seumpama merawat sesuatu penyakit.\u00a0 Sekiranya rawatan diberikan secara melampau kerana mahu segera mengubati penyakit yang dihidapi, maka tidak mustahil akhirnya perbuatan tersebut mengundang maut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kekejaman, rusuhan, dan peperangan saudara di beberapa buah negara Islam akibat bantahan terhadap rejim yang zalim seharusnya diambil pengajaran.\u00a0 Betapa luapan kebencian dan kobaran semangat untuk bangun menentang telah turut melahirkan beberapa buah kumpulan pejuang, antaranya Sunnah Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Iraq dan al-Shebab di Somalia.\u00a0 Dalam pertempuran yang berlaku pastinya secara sengaja atau sebaliknya, nyawa orang awam termasuk kanak-kanak turut terkorban.\u00a0 Begitulah harga yang perlu dibayar apabila keamanan sudah terlepas daripada genggaman.\u00a0 Betapa pula ramai antara kita yang sering mengambil mudah keamanan dan ketenteraman yang dinikmati kini. \u00a0Ruang dan peluang untuk melakukan banyak perkara seolah-olah tidak dihargai.\u00a0 Seakan-akan kekerasan diterima sebagai cara terbaik bagi menamatkan kezaliman dan mengembalikan keadilan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kekerasan sehingga mengakibatkan kezaliman tidak mungkin dapat membanteras kezaliman yang sedia berlaku.\u00a0 Hal tersebut hanya bermaksud menggantikan kezaliman dengan kezaliman yang lain.\u00a0 Sedangkan itu bukanlah ajaran agama kita dan dilarang keras. Tidak dinafikan sememangnya masih banyak perkara yang tidak kena dan perlu dinyatakan bantahan serta dibetulkan. Namun langkah pembetulan itu haruslah menurut kaedah yang wajar.\u00a0 Dalam melaksanakan peranan sebagai umat terbaik, iaitu menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran dan membanteras kezaliman, al-Qur\u2019an memberikan bimbingannya, \u201c&#8230;<em>mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Surah al-`Asr<\/em>\u00a0103, ayat 3).\u00a0 Kesabaranlah yang akan mendorong kita untuk menegakkan keadilan, amalan yang dipuji oleh Allah S.W.T.\u00a0 Sebagaimana diungkap al-Qur\u2019an,\u00a0 \u201c&#8230;\u00a0<em>dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.\u00a0 Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa<\/em>.\u201d (<em>Surah al-Ma\u2019idah<\/em>, ayat 8).\u00a0 Dengan demikianlah akhirnya pertolongan Allah S.W.T. berjaya digapai dalam percaturan hidup lewat akhir zaman yang serba menguji ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Umat terbaik, demikian jolokan mulia diberikan al-Qur\u2019an kepada umat Islam.\u00a0 Allah S.W.T. berfirman, \u201cKamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) manusia (kerana) kamu menyuruh\u00a0 melakukan segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).\u201d (Surah Ali `Imran&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-20580","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20580","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20580"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20580\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20580"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20580"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20580"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}