{"id":20619,"date":"2014-06-04T04:17:11","date_gmt":"2014-06-04T04:17:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20619"},"modified":"2014-06-04T04:17:11","modified_gmt":"2014-06-04T04:17:11","slug":"mencari-titik-pertemuan-undang-undang-dan-penguatkuasaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/mencari-titik-pertemuan-undang-undang-dan-penguatkuasaan\/","title":{"rendered":"Mencari Titik Pertemuan Undang-undang dan Penguatkuasaan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Mengikut definisi Kamus, Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Ketiga), penguatkuasaan ialah kekuatan, kemampuan daya untuk melakukan sesuatu. Undang-undang pula merupakan sesuatu peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.\u00a0 Undang-undang dan penguatkuasaan adalah saling bergantungan di antara satu sama lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Proses pembentukan undang-undang di Malaysia bermula dengan penyedian draf dan kemudian setelah diluluskan oleh Parlimen maka ia sah menjadi undang-undang atau akta negara.\u00a0 Undang-undang bertujuan memelihara keamanan, kesejahteraan dan kebaikan am manusia keseluruhannya.\u00a0 Ia menjadi fungsi yang mengimbangi kuasa-kuasa kehakiman, legislatif dan eksekutif.\u00a0 Para penggubal undang-undang akan sentiasa berhati-hati dalam menggubal undang-undang agar ia memenuhi ciri-ciri keadilan.<\/p>\n<p>Pihak hakim akan menterjemahkan undang-undang berdasarkan prinsip keadilan.\u00a0 Manakala pihak peguam akan sentiasa mengambil peluang menterjemahkan undang-undang apatah lagi jika bahasa yang digunakan dalam menulis undang-undang umum dan tidak jelas.\u00a0 Itulah hakikat undang-undang.<\/p>\n<p>Apapun, undang-undang yang dibentuk adalah bertujuan untuk dikuatkuasakan di kalangan masyarakat.\u00a0 Tanpa penguatkuasaan undang-undang, maka sebaik mana pun undang-undang, seadil mana pun peraturan yang dibentuk, maka ia tidak akan memberi kesan ke arah melahirkan kehidupan individu yang tersusun dan masyarakat yang sejahtera seperti matlamat undang-undang berkenaan.<\/p>\n<p>Malangnya hakikat yang berlaku ketika ini, ketidakserasian undang-undang dan pelaksanaannya menjadi duri dalam daging dalam usaha mencapai masyarakat yang harmoni.\u00a0 Keadaan ini menjuruskan kepada pengabaian terhadap kehendak undang-undang dan arahannya.\u00a0 Ini antara lain disebabkan sistem penguatkuasaan undang-undang yang bocor di sana dan di sini.\u00a0 Apabila ketirisan ini berlaku maka masyarakat akan memandang undang-undang sedia ada tiada taring dan tidak boleh menjamin peraturan kehidupan mereka.<\/p>\n<p>Bahkan pada masa yang sama, segelintir masyarakat yang berkepentingan dengan sewenang-wenangnya akan memandang enteng terhadap kehendak undang-undang.\u00a0 Mereka akan melanggar undang-undang kerana ia tidak lagi mempunyai taring.\u00a0 Jika tidak melanggar secara berdepan, mereka akan langgar ikut jalan belakang dengan menggunakan kelemahan yang terlopong khasnya dalam aspek penguatkuasaan.\u00a0 Golongan berkepentingan ini akan bermaharajalela melakukan agenda mereka tanpa mengambil kisah terhadap undang-undang yang mereka anggap boleh dikotak-katikkan di hujung jari.<\/p>\n<p>Hasilnya kita dapat melihat bagaimana penghormatan kepada undang-undang negara menjadi lesu.\u00a0 Seperti baru-baru ini, masyarakat khasnya umat Islam digemparkan dengan penemuan DNA khinzir dalam dua produk ternama dan dimakan oleh majoriti orang Islam iaitu coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd.<\/p>\n<p>Dalam aspek penggunaan yang lain, kes penyelewengan diesel subsidi terus menjadi-jadi.\u00a0 Menurut laporan akhbar, operasi Ops Titik\u00a0 yang dilakukan selama 8 hari sehingga 22 Mei 2014 menyaksikan 56 kes telah berjaya dikesan melibatkan rampasan sebanyak RM 1.78 juta.<\/p>\n<p>Jika dilihat kepada satu aspek peraturan jalan raya, lori berat yang membawa muatan 10 tan ke atas dan juga lori muatan 10 tan yang tidak membawa sebarang barangan adalah dilarang melalui jalan utama pada waktu puncak dari pukul 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi pada hari Isnin sehingga Jumaat.\u00a0 Biasanya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya.\u00a0 Kenderaan berat inilah yang bergelut bersama-sama dengan kenderaan kecil lain yang menuju ke tempat kerja.\u00a0 Jika terperangkap dalam tempoh berkenaan, mereka akan menjadikan laluan tepi jalan sebagai pakir kenderaan berat mereka.\u00a0 Ini sudah tentu turut memberi kesukaran kerana menghalang kelancaran laluan kepada pengguna lain khasnya motosikal.\u00a0 Keadaan ini jika dilihat adalah satu pemandangan yang biasa di laluan selepas susur masuk persimpangan Hentian Rawat dan Rehat, Restoran Jejantas Sungai Buloh, KM 458, arah Kuala Lumpur sehinggalah selepas stesyen petrol di situ.\u00a0 Begitu juga di sekitar tol Jalan Duta.<\/p>\n<p>Kenderaan berat ini bukan sahaja menambahkan lagi kesesakan bahkan menimbulkan kerisauan tentang keselamatan pengguna jalanraya yang lain dari sekecil-kecil motosikal sehinggalah kepada kereta.\u00a0 Kita lihat bagaimana tragisnya sepasang suami isteri dilenyek oleh sebuah lori tanah pada 23 Mei lepas di jalan Cheras susur jalan Chan Sow Lin ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.<\/p>\n<p>Undang-undang untuk setiap pelanggaran perkara-perkara di atas sudah pun ada dan jelas seperti\u00a0 Akta Pengangkutan Jalan \u2013 Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Penggunaan Jalan) (Lebuhraya Utara -Selatan) 2010.<\/p>\n<p>Ini merupakan antara senario yang berlaku.\u00a0 Ia adalah hasil buruk daripada konflik dan percanggahan yang berlaku di antara undang-undang dan pelaksanaan.\u00a0 Konflik yang timbul banyak berpunca daripada aspek penguatkuasaan yang lemah dalam pelbagai sudut. Ini termasuk ketirisan yang berlaku di kalangan anggota penguatkuasa sendiri apabila wujud kepentingan peribadi, rasuah dan pecah amanah.<\/p>\n<p>Secara asasnya, perkara yang perlu ialah pihak eksekutif mesti mencari titik pertemuan di antara undang-undang dan pelaksanaannya.\u00a0 Hubungan kedua-dua aspek ini perlu harmoni dan selari.\u00a0 Apabila berlaku barulah kuasa dan kehendak undang-undang dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perlu diingat jika kita melihat dari perspektif Islam, mencari titik pertemuan undang-undang dan pelaksanaannya adalah juga dituntut oleh Islam.\u00a0 Mereka yang terlibat akan dipertanggungjawabkan.\u00a0 Ini selaras dengan sebuah hadis nabi SAW yang maksudnya \u201cKamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinannya.\u00a0 Ketua adalah pemimpin kaum, lelaki pemimpin kepada keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya.\u00a0 Oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya\u201d (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mengikut definisi Kamus, Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Ketiga), penguatkuasaan ialah kekuatan, kemampuan daya untuk melakukan sesuatu. Undang-undang pula merupakan sesuatu peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.\u00a0 Undang-undang dan penguatkuasaan adalah saling bergantungan di antara satu sama lain. Proses pembentukan undang-undang di Malaysia bermula dengan penyedian draf dan kemudian&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-20619","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20619","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20619"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20619\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20619"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20619"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20619"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}