{"id":20625,"date":"2014-05-27T06:12:11","date_gmt":"2014-05-27T06:12:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20625"},"modified":"2014-05-27T06:12:11","modified_gmt":"2014-05-27T06:12:11","slug":"tadabbur-al-quran-tuntutan-yang-diabaikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/tadabbur-al-quran-tuntutan-yang-diabaikan\/","title":{"rendered":"Tadabbur al-Qur\u2019an : Tuntutan yang Diabaikan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Rejab yang telah pun berada di penghujungnya mengobarkan semangat untuk menanti dan mendoakan agar diberi peluang bertemu dengan penghulu segala bulan, Ramadan.\u00a0 Kemuncak kelebihan bulan kesembilan dalam takwim Islam itu ialah penurunan al-Qur\u2019an yang disebut oleh Allah S.W.T. sebagai nur yang menerangi segala-galanya dan petunjuk bagi golongan bertaqwa dan manusia umumnya.\u00a0 Kehidupan di dunia yang sarat dengan ujian sememangnya memerlukan petunjuk yang benar.\u00a0 Dengan demikian, al-Qur\u2019an merupakan sebesar-besar kurniaan Allah yang harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.\u00a0 Apatah pula al-Qur\u2019an sendiri mengungkap bahawa golongan yang memperoleh kejayaan hanyalah mereka yang kekal atau sentiasa memperoleh petunjuk daripada Tuhan mereka. (Surah Luqman 31 : ayat 5)<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kecintaan terhadap al-Qur\u2019an terzahir dalam kehidupan umat Islam umumnya di segenap pelosok dunia.\u00a0 Penekanan diberikan terhadap pengajian al-Qur\u2019an pada pelbagai peringkat; dari serendah-rendah sehinggalah setinggi-tingginya.\u00a0 Dengan yang demikian institusi dan pusat pengajian al-Qur\u2019an, termasuk di universiti bercambah dengan pesatnya.\u00a0 Demikian juga dengan pelajar-pelajarnya yang akhirnya melahirkan sedemikian ramai huffaz dan tokoh-tokoh terbilang dalam ilmu-ilmu al-Qur\u2019an.\u00a0 Di negara ini secara khususnya pula majlis tilawah al-Qur\u2019an peringkat kebangsaan dan antarabangsa saban tahun diadakan.\u00a0 Justeru, muncul pembaca-pembaca al-Qur\u2019an yang handal membaca dan melagukan bacaan dengan penuh tertib lagi indah. Perkembangan baik ini sewajarnya diberikan penghargaan.\u00a0 Namun hakikatnya, kita dituntut supaya mengorak langkah lebih jauh, iaitu menerokai rahsia dan memanfaatkan pengajaran penting yang terkandung di dalamnya. Hal ini penting dilakukan kerana al-Qur\u2019an antaranya mengandungi petunjuk bagi memahami dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan.\u00a0\u00a0 Selain, itu, al-Qur\u2019an juga mengandungi gagasan-gagasan penting untuk memperbaiki kelemahan atau kesilapan, mencapai kemajuan, dan membina peradaban. \u00a0Gagasan atau prinsip ini begitu penting dihayati dan dilaksanakan umat Islam hari ini dengan mengambil kira pelbagai permasalahan, musibah serta ujian yang tidak berkesudahan menimpa mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nilai besar tidak terbanding yang ada pada al-Qur\u2019an ini diingatkan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali r.h. \u00a0Menurut beliau, al-Qur\u2019an bukan semata-mata bunyi dan huruf.\u00a0 Kebesaran kitab suci itu Qur\u2019an menjangkaui apa yang terzahir daripada bunyi dan huruf dan melangkaui alam saujana yang pelbagai serta langit yang berlapis-lapis. Al-Ghazali juga menegaskan bahawa seandainya pembaca al-Qur\u2019an (al-muqri\u2019), sekadar mengehadkan penerokaan akalnya terhadap pembetulan makhraj huruf maka perbuatannya itu secara tidak langsung merupakan penghinaan terhadap kebesaran al-Qur\u2019an dan juga keupayaan akal yang merupakan nikmat terbesar Allah S.W.T. kepada manusia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada asasnya, kefahaman terhadap isi kandungan al-Qur\u2019an telah diterjemahkan dalam bentuk pelbagai disiplin ilmu seperti tauhid, fiqh, dan tasawuf oleh `ulama\u2019 terdahulu.\u00a0 Sebagai contoh, ayat-ayat berkaitan dengan akidah dihuraikan oleh \u2018ulama\u2019 dengan terperinci dalam kitab-kitab tulisan mereka dalam bidang tauhid dan usuluddin.\u00a0 Demikian pula, ayat-ayat berkaitan dengan ibadah dijelaskan dengan mendalam oleh `ulama\u2019 fiqh dan usul al-fiqh dalam kitab-kitab mereka.\u00a0 Sementara ayat-ayat berkaitan dengan kerohanian dihuraikan oleh `ulama\u2019 tasawuf.\u00a0 Dengan kata-kata lain, `ulama\u2019 salaf dan khalaf telah pun membina jambatan yang baik dan utuh bagi kita untuk sampai kepada al-Qur\u2019an.\u00a0 Justeru, amatlah tidak wajar bagi kita untuk meninggalkan tradisi yang telah diasaskan oleh `ulama\u2019 \u00a0berkenaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">`Ulama\u2019 atau ilmuwan dalam bidang-bidang ilmu yang lain seperti perubatan, sains serta teknologi juga turut melaksanakan perkara yang sama.\u00a0 Ayat-ayat al-Qur\u2019an berhubung dengan alam ciptaan dan manusia misalnya diterokai serta diteliti bagi menghasilkan karya-karya penting. Turut dihasilkan ialah pelbagai bentuk peralatan bagi memudahkan\u00a0 peribadatan dan urusan kehidupan secara umumnya.\u00a0 Betapa ilmuwan-ilmuwan berkenaan telah membuktikan dinamiknya keimanan yang ada dalam diri sehingga mengupayakan mereka untuk mencapai kemajuan dan kegemilangan.\u00a0 Kegemilangan tersebut, iaitu dalam bentuk pembinaan peradaban tidaklah pula menjadi cita-cita mereka, namun ia dicapai hasil daripada keteguhan iman dan ketinggian akhlak mereka.\u00a0 Disebabkan asas yang teguh inilah maka peradaban atau tamadun Islam berbeza sama sekali dengan tamadun-tamadun dunia yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai contoh ialah al-Jazari yang menghasilkan Jam Gajahnya yang masyhur memperoleh dorongan daripada ayat al-Qur\u2019an yang menyentuh tentang kepentingan masa (Surah al-`Asr 103 : 1-3). Masa diketahui umum amat berkaitan dengan ibadah yang dilaksanakan umat Islam seperti solat, puasa, haji, dan sebagainya.\u00a0 Al-Jazari meninggalkan karya agungnya,\u00a0<em>The Book of Knowledge of Indigenous Mechanical Devices<\/em>\u00a0sebagai warisan keilmuan untuk dunia, khususnya bidang kejuruteraan.\u00a0 Demikian juga dengan ilmuwan dalam bidang perubatan seperti Ibn Sina dan al-Zahrawi.\u00a0 Ayat-ayat al-Qur\u2019an yang berkaitan sudah pasti mendorong mereka memberikan sumbangan besar dalam dunia perubatan dan penjagaan kesihatan.\u00a0 Ibn Sina yang menjadi rujukan dunia Islam dan barat, berjaya mewariskan karya besarnya, \u201c<em>Al-Qanun fi al-Tibb<\/em>\u201d (<em>Canon of Medicine<\/em>).\u00a0 Karya ini kekal menjadi rujukan utama dunia barat, misalnya oleh Universiti Brussel sehingga tahun 1909.\u00a0 Al-Zahrawi pula menghasilkan karya yang menghimpunkan sejumlah 200 ilustrasi peralatan pembedahan.\u00a0 Beliau mengilustrasi setiap peralatan dengan menggunakan lakaran lukisan tangan yang jelas selain menyatakan cara dan masa ia perlu digunakan.\u00a0 Jika diamati, peralatan pembedahan yang digunakan pada zaman moden kini tidak jauh berbeza daripada yang dihasilkan oleh al-Zahrawi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang perlu dilaksanakan oleh kita pada hari ini ialah berusaha untuk mempelajari, membaca, dan memahami ilmu-ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab yang ditulis oleh ulama\u2019 sanjungan kita itu.\u00a0 Pada hakikatnya, usaha seumpama ini samalah kedudukannya dengan usaha mengkaji al-Qur\u2019an.\u00a0 Bagi golongan yang berilmu, mereka memikul tanggungjawab yang lebih besar, iaitu menggali tradisi yang dibina oleh ulama\u2019 terdahulu dan menterjemahkannya dalam bentuk baharu-baharu.\u00a0 Hal ini misalnya dalam usaha mendepani cabaran pemikiran semasa yang menggugat akidah umat Islam seperti sekularisme dan liberalisme.\u00a0 Asas yang telah disediakan oleh ulama\u2019 silam dalam kitab-kitab karangan mereka dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan dalam bentuk atau dimensi baharu, sesuai dengan keperluan dan cabaran masa kini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sekiranya usaha digiatkan untuk meneladani kegigihan generasi Islam terdahulu untuk menterjemahkan gagasan-gagasan penting al-Qur\u2019an dalam kehidupan seharian, maka tidak mustahil kegemilangan yang pernah dicapai mereka akan dapat diulangi.\u00a0 Harus diingat bahawa jika sekalipun kita tidak dapat melaksanakan sepenuhnya usaha keras yang telah digembleng oleh generasi Islam terdahulu, maka janganlah pula ditinggalkan kesemuanya.\u00a0 Hal ini bertepatan dengan kaedah dalam agama kita yang berbunyi, \u201c<strong>Apa yang tidak mampu dilakukan sepenuhnya, janganlah ditinggalkan kesemuanya<\/strong>.\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rejab yang telah pun berada di penghujungnya mengobarkan semangat untuk menanti dan mendoakan agar diberi peluang bertemu dengan penghulu segala bulan, Ramadan.\u00a0 Kemuncak kelebihan bulan kesembilan dalam takwim Islam itu ialah penurunan al-Qur\u2019an yang disebut oleh Allah S.W.T. sebagai nur yang menerangi segala-galanya dan petunjuk bagi golongan bertaqwa dan manusia umumnya.\u00a0 Kehidupan di dunia yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-20625","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20625","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20625"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20625\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20625"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20625"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20625"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}