{"id":20668,"date":"2014-04-01T07:25:05","date_gmt":"2014-04-01T07:25:05","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20668"},"modified":"2014-04-01T07:25:05","modified_gmt":"2014-04-01T07:25:05","slug":"jauhari-jua-yang-mengenal-manikam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/jauhari-jua-yang-mengenal-manikam\/","title":{"rendered":"Jauhari Jua yang Mengenal Manikam"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Sebagaimana besar badai dan gelora Lautan Hindi, demikian juga hebatnya gejolak perasaan yang menyelubungi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 ketika ini.\u00a0 Malah kesedihan yang ditanggung turut dikongsi seluruh rakyat negara ini dan di seluruh dunia.\u00a0 Misteri yang seolah-olah sukar dirungkai sejak lebih dua minggu yang lalu dikejutkan dengan kenyataan memilukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014.\u00a0 Perjalanan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, utara Antartika.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa pun juga keadaannya, Allah Yang Maha Pengasih telah mengabulkan sebahagian doa dan hajat agar misteri kehilangan tersebut diberikan penunjuknya.\u00a0 Maka kepada Allah jualah Yang Maha Mengetahui segala-galanya, dikembalikan segala urusan.\u00a0 Dialah yang telah mengizinkan peristiwa yang mendukacitakan itu berlaku dengan hikmahnya yang tertentu.\u00a0 Golongan yang beriman meyakini bahawa Allah S.W.T. tidak akan mentakdirkan sesuatu ujian di luar kemampuan hamba-hamba-Nya.\u00a0 Dalam situasi sebegini hanya Allah sahajalah sebaik-baiknya diadukan kedukaan dan kesedihan.\u00a0 Hal ini sebagaimana dilakukan oleh Nabi Ya`qub A.S. yang dirundung dukacita akibat kehilangan putera kesayangannya, Nabi Yusuf A.S.\u00a0 Al-Qur\u2019an merakamkan (maksudnya), \u201cNabi Ya`qub menjawab, \u201c<em>Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah&#8230;.<\/em>\u201d (<em>Surah Yusuf<\/em>\u00a012 : 86).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Krisis besar yang melanda negara ini membolehkan kita mengamati tindak balas setiap pihak yang terbabit; sama ada wajar diberikan pujian atau kritikan.\u00a0 Kritikan atau pujian itu pula haruslah adil sifatnya.\u00a0 Dengan kata-kata lain, tidak semua yang dilakukan ditolak sama sekali atau sebaliknya diterima tanpa dikritik.\u00a0 Sikap yang adil ialah menerima dan mengiktiraf usaha yang telah dilaksanakan atau sikap yang ditunjukkan.\u00a0 Sebaliknya pula kritikan membina diberikan terhadap kelemahan atau kesilapan yang telah dilakukan.\u00a0 Kepemimpinan negara pada semua peringkat yang teruji dengan krisis ini umpamanya perlu dinilai melalui neraca yang adil ini.\u00a0 Tidak mungkin semua tindakan yang diambil dikatakan salah dan mustahil pula semuanya betul tanpa cacat celanya.\u00a0 Sebagai contoh, penyelarasan operasi mencari dan menyelamat yang bermula di Laut China Selatan, Selat Melaka, dan akhirnya ke Koridor Utara, dan Selatan wajar diiktiraf dengan hati yang terbuka.\u00a0 Begitu juga tugas-tugas lain yang membabitkan perbincangan dengan keluarga penumpang, khususnya dari China yang terbaru dilaporkan mengadakan protes di Kedutaan Malaysia negara itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, kelemahan ketara dan kesilapan yang dilakukan harus diakui.\u00a0 Betapa dalam krisis yang melibatkan dunia dan masyarakat antarabangsa ini, kepemimpinan negara dan pelbagai agensi itu telah tercabar untuk menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan sebenar.\u00a0 Kelemahan yang mengundang kritikan bukan sahaja wajar diterima dengan terbuka malah perlu ditangani segera.\u00a0 Hal ini khususnya apabila negara memasuki fasa krisis seterusnya yang lebih hebat cabarannya.\u00a0 Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa kritikan yang diterima tidak perlu diberi tindak balas secara berlebih-lebihan sehingga gagal melihat motif atau agenda jahat pihak luar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di samping kumpulan kepemimpinan, tindak balas yang ditunjukkan anggota keluarga yang terbabit juga pelbagai sifatnya. Selain beberapa buah keluarga penumpang warga asing seperti Australia, tindak balas keluarga juruterbang, anak kapal, dan penumpang warga tempatan yang terdiri daripada pelbagai agama serta kaum, layak diberikan pujian.\u00a0 Emosi dan tindakan berusaha dikawal dengan sebaik-baiknya.\u00a0 Tidak dipamerkan tindak-tanduk keterlaluan bagi meluahkan kesedihan yang ditanggung.\u00a0 Sikap atau tindak balas anggota keluarga berkenaan secara tidak langsung menunjukkan akhlak luhur dan budaya terpuji masyarakat tempatan.\u00a0 Bagi keluarga yang beragama Islam, tindakan mereka menepati peringatan Nabi S.A.W., \u201cBukanlah daripada kalangan kita orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyakkan kocek baju, dan meratap-ratap sebagaimana ratapan golongan jahiliah.\u201d (Bukhari)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemerhatian kita seterusnya tertumpu pula pada media asing.\u00a0 Sebahagian mereka sejak awal lagi tidak mempamerkan sikap bertanggungjawab dan beradab.\u00a0 Mereka begitu ghairah membentuk teori tertentu dan menyebarkan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya.\u00a0 Daily Telegraph UK misalnya tanpa segan-silu menyiarkan transkrip komunikasi terakhir antara pesawat MH370 dengan menara kawalan yang ternyata tidak tepat dan tidak dapat dipastikan sumbernya.\u00a0 Malah transkrip berkenaan juga melalui proses penterjemahan sebanyak tiga kali.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Media asing juga dengan sewenang-wenangnya memberikan tohmahan dan label buruk kepada pemimpin, pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyiasat. Meskipun mengakui insiden membabitkan MH370 adalah yang pertama seumpamanya di dunia, bahkan ditegaskan Andy Pasztor daripada Wall Street Journal sebagai tugas berat sehingga banyak negara lain juga mungkin gagal, mereka terus mengecam Malaysia semahu-mahunya.\u00a0 Kebebalan mereka juga ketara, misalnya melalui Fox News kerana kekal dengan pandangan stereotaip terhadap umat Islam sebagai pengganas.\u00a0 Hanya disebabkan juruterbang dan pembantu juruterbang serta penumpang beragama Islam, maka mereka mengaitkannya dengan kehilangan pesawat MH370.\u00a0 Saingan terdekat media itu, CNN pula membuat spekualsi secara berterusan dan keterlaluan berhubung dengan tragedi tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebiadaban media asing juga ketara dalam kesungguhan mereka mencemarkan nama baik juruterbang dan pembantu juruterbang dengan pelbagai spekulasi.\u00a0 Mereka seterusnya cuba mengaitkan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan tragedi yang menimpa pesawat yang dikendalikannya.\u00a0 Tanpa sebarang bukti, beliau dikaitkan dengan tindakan membunuh diri; perbuatan yang dilarang keras oleh agama dan diyakini kita semua tidak sama sekali akan dilakukan beliau.\u00a0 Sebagai Muslim, kedua-duanya, Kapten Zaharie dan Fariq Abdul Hamid pasti mengetahui batas atau sempadan yang ditetapkan agama.\u00a0 Kecintaan Kapten Zahar ie yang besar terhadap kerjayanya juga terserlah.\u00a0 Maka sudah pasti beliau memiliki komitmen tinggi untuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah tanpa mengira apa juga situasi yang melanda.\u00a0 Tidak berputus asa dengan kegagalan membuktikan kebenaran teori itu, mereka cuba pula beralih kepada isu lain.\u00a0 Antaranya termasuklah kecenderungan fahaman politik beliau sehingga memungkinkan tindakan protesnya berikutan perkembangan baru dalam negara.\u00a0 Begitu juga pengalaman luas yang dimiliki sehingga mungkin dihubungkan dengan kenyataan pesawat diterbangkan tanpa pengesanan radar. Bahkan hal-hal kekeluargaan beliau turut didedahkan untuk tatapan umum demi mencapai matlamat jahat mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dakwaan-dakwaan liar yang menyakitkan itu jelas menggambarkan usaha mereka untuk menghukum Kapten Zaharie sebagai individu yang bertanggungjawab dan bersalah.\u00a0 Maruah diri juruterbang yang disanjung sebagai wira oleh Chris Goodfellow, bekas juruterbang Kanada yang memiliki pengalaman selama 20 tahun itu tidak diberikan pertimbangan sama sekali.\u00a0 Demikian juga perasaan anggota keluarga beliau.\u00a0 Justeru, kita begitu mengharapkan pendirian tegas MAS sebagai syarikat penerbangan yang terlibat untuk mempertahankan sepenuhnya kewibawaan Kapten Zaharie dan semua anak kapal pesawat MH370 serta seluruh kakitangannya yang masih berkhidmat pada ketika ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai warga negara ini, kita harus berhati-hati dalam mengikuti laporan media asing yang diketahui merupakan salah satu pihak yang mewakili kepentingan barat. Usah sesekali kita diperbodoh-bodohkan atau diperdaya dan dilaga-lagakan sesama sendiri.\u00a0 Barat juga tidak terlepas daripada kegelojohan menegakkan kepentingan peribadi dan melakukan kesalahan.\u00a0 Kesalahan itu sebagaimana sering dilihat, diselindungkan dengan menuding jari kepada orang lain.\u00a0 Maka dalam insiden kehilangan pesawat yang dihasilkan mereka, barat ternyata perlu melakukan sesuatu bagi mempertahankan maruah dan keegoannya yang tercalar.\u00a0 Justeru tidak mustahil mereka menggunakan kita sebagai bahan untuk dihenyak dan diperkatakan sesuka hati.\u00a0 Jika kita mahu menggunakan cara yang sama digunakan mereka untuk menyalahkan kepemimpinan negara, syarikat penerbangan, dan semua agensi tempatan yang terlibat, kita malah juga boleh misalnya mempertikaikan kebenaran dakwaan pengeluar pesawat 777-200ER, iaitu Boeing bahawa pesawat yang dihasilkannya itu merupakan salah satu pesawat yang paling selamat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sikap barat melalui medianya, jelas terserlah melalui insiden menyayat hati yang menimpa pesawat MH370 ini.\u00a0 Betapa mereka telah bersedia sejak awal dengan deretan isu yang perlu dibesar-besarkan meskipun tiada asas bagi membuktikan kebenarannya.\u00a0 Persoalannya di sini, mungkinkah tindakan itu merupakan salah satu cara bagi mengalihkan perhatian kita daripada isu atau perkara sebenar yang berlaku?\u00a0 Jauhari jualah yang mengenal manikam, hanya yang bijak sahajalah yang berupaya mentafsir dan menilai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebagaimana besar badai dan gelora Lautan Hindi, demikian juga hebatnya gejolak perasaan yang menyelubungi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 ketika ini.\u00a0 Malah kesedihan yang ditanggung turut dikongsi seluruh rakyat negara ini dan di seluruh dunia.\u00a0 Misteri yang seolah-olah sukar dirungkai sejak lebih dua minggu yang lalu dikejutkan dengan kenyataan memilukan oleh YAB&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-20668","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20668","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20668"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20668\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20668"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20668"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20668"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}