{"id":20673,"date":"2014-04-01T07:32:47","date_gmt":"2014-04-01T07:32:47","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20673"},"modified":"2014-04-01T07:32:47","modified_gmt":"2014-04-01T07:32:47","slug":"kematian-satu-hakikat-yang-sering-dilupakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kematian-satu-hakikat-yang-sering-dilupakan\/","title":{"rendered":"Kematian Satu Hakikat Yang Sering Dilupakan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.3em;\">Saban hari kita disogokkan dengan berita kematian.\u00a0 Kematian yang berlaku berpunca dari pelbagai sebab-musabab. Di antaranya melalui proses penuaan, sakit dan kemalangan.\u00a0 Kematian akibat kemalangan khasnya merupakan satu kejadian kehilangan mengejut yang banyak meninggalkan kesan secara tiba-tiba kepada waris khasnya dan masyarakat amnya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kematian sebenarnya memberi keinsafan kepada kita apatah lagi yang melibatkan waris, rakan taulan terdekat.\u00a0 Walaubagaimana pun, keinsafan ini akan berkurangan apabila berita kematian menjadi semakin lama dan telah lama berlaku.\u00a0 Dengan kejadian kemalangan yang menimpa sebuah pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 baru-baru ini, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita berkaitan kematian.\u00a0 Walaupun kita masih tidak mengetahui nasib sebenar penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan tetapi risiko kematian mangsa tetap berlegar-legar dalam pemikiran mereka yang mengikuti perkembangan tragedi berkenaan.<\/p>\n<p>Jika dilihat kepada definisi mati secara bahasa atau teknikal, ia bermaksud perkara yang tidak hidup.\u00a0 Dari aspek Syarak kematian berlaku apabila roh berpisah daripada jasad. Kematian merupakan satu fenomena yang wujud dan tidak boleh dielakkan.\u00a0 Ini termaktub dalam maksud firman Allah SWT dalam ayat berikut:<\/p>\n<p><em>Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk: ayat 2)<\/em><\/p>\n<p>Kematian merupakan sesuatu yang tidak diketahui oleh manusia bila akan berlaku.\u00a0 Walaupun begitu dari perspektif syariat Islam ia telah pun ditetapkan oleh Allah SWT dan berada dalam ilmuNya.<\/p>\n<p><em>Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Surah al-A\u2019raf: 34)<\/em><\/p>\n<p>Sebagai umat Islam kita percaya bahawa selepas kematian ada alam barzakh dan akhirnya akan dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak.\u00a0 Segala kerja buat kita di atas muka bumi ini ketika hidup semua akan menjadi perkiraan mengikut syariat Islam.\u00a0 Usaha yang baik akan mendapat kebaikan dan usaha yang sebaliknya akan mendapat balasan sewajarnya.<\/p>\n<p>Maka, sudah semestinya masyarakat boleh mengambil pengajaran kematian sebagai asas untuk mewujudkan kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Ia akan membawa masyarakat moden Muslim kepada wawasan mencari kebaikan di atas muka bumi. Kebaikan dan kemajuan yang dilakukan ketika hidup sama ada dalam kemajuan sosial, ekonomi, akhlak sebenarnya dapat dipertingkat apabila sedar akhirnya ia diberi ganjaran pada kemudian hari.\u00a0 Ia sebagai bekalan untuk kehidupan sesudah kematian.<\/p>\n<p>Sebagai contoh dalam menguruskan urusan mencari pendapatan, seorang Muslim yang waras sudah tentu akan berusaha mencari pendapatan yang halal.\u00a0 Kerja yang dilakukan perlu dilakukan dengan jujur dan amanah terhadap diri dan majikan.\u00a0 Kos sara hidup yang tinggi pada masa kini akan menjadikan mereka lebih berdaya saing untuk mencari pendapatan yang lebih dan bijak menguruskan kewangan dan simpanan.<\/p>\n<p>Dalam aspek hubungan sosial, ahli masyarakat boleh mewujudkan perhubungan yang saling berkasih-sayang, tolong-menolong.\u00a0 Seterusnya mereka dapat mengelakkan daripada hasad dengki, perbalahan, permusuhan dan pelbagai perkara negatif lain yang boleh merosakkan masyarakat.<\/p>\n<p>Apabila wujud elemen positif di kalangan ahli masyarakat, maka kadar gejala sosial dalam masyarakat seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, jenayah boleh berkurangan.\u00a0 Kesedaran yang timbul di kalangan individu dan masyarakat dalam memberi bantuan untuk membasmikan gejala-gejala seumpama ini dapat menjadikan masyarakat bebas daripada perkara-perkara negatif.<\/p>\n<p>Begitu juga jika kita lihat dalam aspek kemalangan jalanraya, kadar kes kemalangan boleh dikurangkan jika wujud kesedaran dan tanggungjawab dalam segenap aspek.\u00a0 Sebagai contoh pemandu sedar pemanduan kenderaan yang berbahaya merupakan satu kesalahan.\u00a0 Bukan sahaja di sisi undang-undang sivil bahkan juga salah daripada undang-undang syarak.\u00a0\u00a0 Dengan penuh kesedaran mereka akan lebih mematuhi peraturan jalanraya, memandu dengan lebih bertimbang rasa, memandu dalam keadaan yang cergas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum perjalanan dan mendapat kemahiran tinggi dalam pemanduan.<\/p>\n<p>Dari segi akhlak, umat Islam yang memikir panjang akan akibat daripada segala perbuatannya akan menilai setiap tawaran yang tidak berakhlak kepadanya.\u00a0 Sebagai contoh rasuah.\u00a0 Mereka bukan sahaja akan menjauhi perbuatan berkenaan bahkan menjauhi daripada menawarkan rasuah kepada orang lain.\u00a0\u00a0 Ini secara positifnya dapat mempertingkatkan amalan intergrasi dalam kehidupan masyarakat termasuk urusan di sektor kerajaan dan sektor swasta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengambil kematian sebagai satu pengajaran berterusan adalah satu perkara yang digalakkan oleh agama Islam.\u00a0 Dengan kesedaran bahawa mati itu adalah pasti dan segala amalan, setiap kerja yang manusia lakukan di atas bumi sepanjang hidup mereka akan dipertanggungjawabkan, maka umat Islam dapat maju dalam segala aspek kehidupan mereka. Ini kerana urusan kehidupan akan dilakukan dengan penuh tanggungjawab sehingga dapat menghasilkan kemajuan dan kebajikan. Dengan itu, marilah kita jadikan kematian sebagai satu pengajaran dengan penuh keinsafan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saban hari kita disogokkan dengan berita kematian.\u00a0 Kematian yang berlaku berpunca dari pelbagai sebab-musabab. Di antaranya melalui proses penuaan, sakit dan kemalangan.\u00a0 Kematian akibat kemalangan khasnya merupakan satu kejadian kehilangan mengejut yang banyak meninggalkan kesan secara tiba-tiba kepada waris khasnya dan masyarakat amnya.\u00a0 Kematian sebenarnya memberi keinsafan kepada kita apatah lagi yang melibatkan waris, rakan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":29,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-20673","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20673","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/29"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20673"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20673\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20673"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20673"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20673"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}