{"id":20694,"date":"2014-02-27T08:45:30","date_gmt":"2014-02-27T08:45:30","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=20694"},"modified":"2014-02-27T08:45:30","modified_gmt":"2014-02-27T08:45:30","slug":"atasi-kejahilan-dengan-ilmu-yang-benar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/atasi-kejahilan-dengan-ilmu-yang-benar\/","title":{"rendered":"Atasi Kejahilan dengan Ilmu yang Benar"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Umum mengetahui keharuan yang ditimbulkan Dr Kassim Ahmad dalam ucapannya pada sebuah seminar di Putrajaya tanggal 15 \u2013 16 Februari lalu.\u00a0 Dr Kassim Ahmad sebagaimana disiarkan dalam ruangan rencana portal The Malaysian Insider pada 17 Januari 2014, cuba menarik perhatian terhadap \u201ckesilapan besar\u201d yang dilakukan umat Islam.\u00a0 Antaranya termasuklah pertama, \u201cmendewakan\u201d Nabi Muhammad S.A.W. dan lafaz syahadah kedua sebagai salah satu buktinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dakwaan berat lagi tidak benar Dr Kassim Ahmad itu menimbulkan beberapa persoalan.\u00a0 Apakah yang dimaksudkan oleh beliau sebagai \u201cmendewakan\u201d Nabi Muhammad S.A.W.?\u00a0 Perbuatan mendewakan sebagaimana ditakrifkan memberi maksud memuja-muja seperti dewa.\u00a0 Manakala dewa pula ditakrifkan sebagai sesuatu yang dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia.\u00a0 Jika perbuatan \u201cmendewakan\u201d itu dimaksudkan sebagai \u201cmenyembah\u201d, maka kenyataan beliau merupakan tuduhan yang amat berat.\u00a0 Tidak pernah berlaku, hatta dalam kalangan pengikut ajaran sesat sekalipun, Nabi Muhammad S.A.W. disembah sebagaimana tuhan disembah.\u00a0 Jika benar Nabi Muhammad S.A.W. di\u201csembah\u201d maka ia tidaklah berbeza dengan perbuatan orang Kristian yang menyembah Nabi `Isa A.S. kerana menganggap baginda sebagai Tuhan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Syahadah sebagai lafaz pembutkian keimanan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. menepati penegasan al-Qur\u2019an tentang kedudukan Baginda sebagai Rasul.\u00a0 Antaranya sebagaimana dapat dilihat dalam ayat berikut yang bermaksud, \u201c<em>Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.\u00a0 Kemudian jika kamu berselisihan tentang sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur\u2019an) dan (Sunnah) Rasul-Nya \u2013 jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.\u00a0 Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya<\/em>.\u201d\u00a0 (<em>Surah al-Nisa\u2019<\/em>\u00a04 : 59)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketaatan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang disebut al-Qur\u2019an selepas ketaatan kepada Allah S.W.T. menunjukkan tingginya kedudukan Baginda. Bahkan dalam ayat yang lain, al-Qur\u2019an menegaskan bahawa syarat untuk memperoleh cinta Allah adalah dengan mengikut dan mentaati Baginda (<em>Surah Ali `Imran<\/em>\u00a03 : 31).\u00a0 Lafaz pembuktian keimanan terhadap Baginda itu tidak sama sekali memberi maksud kedudukan Baginda dianggap setara dengan Allah S.W.T.\u00a0 Hal itu tidak berlaku sama sekali kerana ia merupakan kesyirikan yang nyata.\u00a0 Umat Islam mengetahui dengan jelas kedudukan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasul dan Nabi, utusan Allah.\u00a0 Mereka juga menyedari keistimewaan dan kelebihan yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.\u00a0 Betapa kedudukan Nabi-Nabi dan Rasul-rasul itu berbeza dengan manusia biasa yang lain. Adakah Dr Kassim dapat menafikan kenyataan ini?\u00a0 Jika ibu bapa juga diberikan keistimewaan dan kedudukan yang tinggi oleh Allah S.W.T. apatah pula bagi seseorang yang diangkat menjadi Nabi dan Rasul-Nya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKesilapan\u201d lain yang dilakukan umat Islam menurut Dr Kassim ialah tidak menurut ajaran Nabi Muhammad S.A.W.\u00a0 Sebaliknya mereka menurut kasta paderi yang dipanggil ulama, sama seperti penganut agama Hindu dan Kristian dahulu.\u00a0 Ulama ini dikatakan oleh Dr Kassim melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir agama bagi umat Islam.\u00a0 Umat Islam lebih khusus lagi katanya, melakukan kesalahan dengan mendewakan pemimpin agama yang dianggap sebagai maksum dan memutuskan semua persoalan yang timbul dalam kehidupan mereka.\u00a0 Tindakan para ulama itu dikatakan menutup pintu ijtihad.\u00a0 Dakwaan Dr Kassim itu ternyata menafikan autoriti dalam agama.\u00a0 Lupakah Dr Kassim akan golongan yang diiktiraf sendiri oleh al-Qur\u2019an itu.\u00a0 Al-Qur\u2019an misalnya menyebut kelebihan\u00a0<em>ahl al-zikr<\/em>\u00a0(Surah al-Nahl 16 : 43 &amp; Surah al-Anbiya\u2019 21 : 7),\u00a0<em>ulul<\/em>\u00a0<em>absar<\/em>\u00a0(Surah Ali `Imran 3 : 13),\u00a0<em>`ulama\u2019<\/em>\u00a0(Surah Fatir 35 : 28 &amp; Surah al-Mujadalah 58 : 11), dan sebagainya?\u00a0 Bahawa mereka berperanan untuk membimbing anggota masyarakat ke arah kebenaran dan kebaikan. \u00a0Sekiranya ulama tidak boleh diterima sebagai pentafsir maksud kalamullah maka siapakah yang boleh dicadangkan beliau untuk berbuat demikian?\u00a0 Adakah beliau sendiri dianggap sebagai termasuk dalam kalangan orang yang berkelayakan untuk melaksanakan tugas atau amanah yang penting lagi berat itu?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika sekalipun hasrat sebenar Dr Kassim ialah mengkritik ulama hari ini atas segala kelemahan dan kekurangan yang dimiliki, namun beliau tidak harus sama sekali bertindak keterlaluan sehingga meruntuhkan dasar-dasar ilmu dalam Islam.\u00a0 Atas asas bahawa agama itu nasihat, maka berikanlah nasihat sebaik-baiknya.\u00a0 Nasihati agar kelemahan diatasi dan kesilapan dibetulkan.\u00a0 Ingatkan bahawa ulama perlu memelihara kewibawaan dan meningkatkan tahap keilmuan.\u00a0 Penolakan keseluruhan ahli ilmu bermakna penafian terhadap amalan dan tradisi Islam yang telah dibina dengan kukuhnya sejak sekian lama.\u00a0 Bahkan juga bertentangan dengan pendirian al-Qur\u2019an sendiri.\u00a0 Seandainya ahli-ahli ilmu ini ditolak maka siapakah yang akan mengambil alih peranan mereka untuk membimbing masyarakat?\u00a0 Adakah golongan jahil (<em>juhala\u2019<\/em>) boleh diharap untuk menggalas tugas yang amat mencabar itu?\u00a0 Bukankah al-Qur\u2019an sendiri menegaskan bahawa amanah perlu diserahkan kepada individu yang layak menerima atau memikulnya? (Surah al-Nisa\u2019 4, ayat 58)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Persoalan yang juga penting di sini, sekiranya ulama ditolak, dari tangan siapakah al-Qur\u2019an diperoleh?\u00a0 Dr Kassim yang diketahui tidak menguasai bahasa Arab pasti bergantung pada terjemahannya.\u00a0 Dalam situasi tersebut, bagaimanakan beliau dapat menentukan kesahihan terjemahan yang diperoleh beliau, sebagaimana yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T.? \u00a0Dr Kassim juga ternyata membuat tohmahan palsu apabila menyamakan kedudukan ahli ilmu dalam masyarakat Islam dengan kasta paderi.\u00a0 Malah ahli-ahli ilmu dianggap bebas daripada dosa (<em>maksum<\/em>).\u00a0 Terdapat jurang perbezaan yang besar antara ahli ilmu dalam Islam dengan paderi dan\/atau Pope.\u00a0 Kewibawaan ahli ilmu atau ulama terletak pada autoriti ilmu dan bukannya jawatan.\u00a0 Sebaliknya paderi dalam agama Kristian misalnya dianggap sebagai wakil Tuhan dan Pope pula bebas daripada dosa.\u00a0 Perkara yang sama tidak berlaku bagi ahli ilmu dalam masyarakat Islam.\u00a0 Mereka tidak maksum dan tidak sama sekali memiliki kekebalan tertentu.\u00a0 Mereka tetap berdosa seandainya melakukan sesuatu kemungkaran atau kemaksiatan.\u00a0 Jika Dr Kassim tetap mempertahankan tohmahannya itu, maka beliau perlu bertanggungjawab untuk membuktikan kebenarannya.\u00a0 Namakan siapa ketua atau pemimpin bagi ulama yang diikut oleh umat Islam dan dikatakan memiliki persamaan dengan kasta kepaderian itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mahu tidak mahu Dr Kassim mesti menyedari bahawa jika diumpamakan sebatang pohon, al-Qur\u2019an dan Hadith sebagai akarnya, institusi ilmu dan ulama merupakan batangnya dan kita pula pucuknya.\u00a0 Makanan yang diperlukan oleh pucuk perlu melalui batang pohon tersebut.\u00a0 Jika pohon tersebut mahu ditebang batangnya sudah tentu berakhirlah hayat pohon tersebut.\u00a0 Dapatkah beliau nafikan bahawa kita yang berada pada zaman kini sesungguhnya memperoleh ilmu yang tiada bandingan nilainya daripada ahli-ahli ilmu yang memperolehnya pula daripada Nabi Muhammad S.A.W.?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Peristiwa membabitkan Dr Kassim itu seharusnya menimbulkan kesedaran.\u00a0 Bahawa kejahilan dan keegoan hanya memerangkap kita dalam kehinaan.\u00a0 Kejahilan wajib diatasi dengan pemerolehan ilmu.\u00a0 Ilmu yang berasaskan kebenaran hakiki dan daripada individu yang berkelayakan tinggi.\u00a0 Dengan demikianlah akal akan dibimbing menuju kebaikan serta kesejahteraan.\u00a0 Manakala diri tidak sekali-kali terdorong mencetuskan kerosakan, ketidaktenteraman, dan kemudaratan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Umum mengetahui keharuan yang ditimbulkan Dr Kassim Ahmad dalam ucapannya pada sebuah seminar di Putrajaya tanggal 15 \u2013 16 Februari lalu.\u00a0 Dr Kassim Ahmad sebagaimana disiarkan dalam ruangan rencana portal The Malaysian Insider pada 17 Januari 2014, cuba menarik perhatian terhadap \u201ckesilapan besar\u201d yang dilakukan umat Islam.\u00a0 Antaranya termasuklah pertama, \u201cmendewakan\u201d Nabi Muhammad S.A.W. dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-20694","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20694","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20694"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20694\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20694"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20694"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20694"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}